Tuesday, December 15, 2009

Ulama tidak bina minda kritikal

("Salhan K Ahmad")
Salhan K Ahmad Dis 15, 0911:49am(Msiakini)

Para ulama lebih cenderung untuk menyalahkan 'dunia barat' atas kemunduran umat Islam sedangkan golongan ini sendiri tidak proaktif dalam membangunkan minda masyarakat supaya bersikap lebih kritikal, termasuk terhadap pandangan mereka sendiri.

Prof Tariq Ramadan, seorang tokoh pembaharuan Islam, berkata kelemahan ini dikesan antaranya disebabkan para ulama kini bukan sahaja jauh terpisah daripada ilmu-ilmu baru, khususnya bidang bukan agama, malah dilihat tidak lagi bersama orang kebanyakan dan golongan akar umbi."Ini adalah satu seruan kepada orang Islam supaya memahami di manakah masalahnya, dan apakah kita komited dengan perubahan yang kita uar-uarkan," kata ilmuan Islam berpengaruh itu dalam satu syarahan mengenai reformasi dan pembaharuan agama di Kuala Lumpur hujung minggu lalu.

Bekas pensyarah di Universiti Oxford itu juga berkata, para ulama dilihat bercakap dengan menggunakan istilah-istilah yang sama, tetapi mengandungi makna yang berbeza-beza.Tambahnya, ulama perlu membezakan prinsip dasar perundangan Islam dan juga undang-undang syariah, sesuai dengan keperluan semasa, untuk mencapai objektif prinsip tersebut."Contohnya, Saidina Umar Al-Khattab telah menggantung sementara pelaksanaan hukum hudud pada satu tahun ketika rakyatnya menghadapi kebuluran."Bagaimana ini boleh dilakukan sedangkan di dalam Al-Quran telah menyatakan (kewajiban hudud) ini dengan jelas?" katanya lagi.

Jelasnya, undang-undang itu perlu difahami sebagai satu tujuan untuk mencapai keadilan dan bukannya tentang pematuhan kepada kod syariah semata-mata."Kita memerlukan (model) yang lebih sofistikated. Untuk pergi ke arah itu, kita perlu mempunyai wawasan, rangka kerja dan perubahan radikal dalam pemikiran kita," katanya lagi.Jelasnya lagi, prinsip Islam bersifat sejagat dan merentasi tempat dan masa tetapi model tertakluk pada konteks masa atau lokasi pelaksanaan sesuatu."Jadi, jika kita cuba mempraktikkan model Madinah (pentadbiran Islam era Nabi Muhammad) di Kuala Lumpur, ia adalah mustahil," katanya, kini presiden Jaringan Islam Eropah yang berpusat di Brussels.

Jelasnya, umat Islam juga perlu mengambil sikap lebih radikal, antaranya kewibawaan untuk bercakap tentang Islam juga perlu diubah dan tidak dihadkan kepada para ulama sahaja."Jadi siapakah yang perlu melakukannya? Orang-orang dalam masyarakat ini sendiri, mereka yang duduk secara pasif dan menyalahkan para ulama kerana tidak menjalankan tugas mereka."Ada di kalangan kita yang berada di kemuncak (kerjaya) dalam bidang masing-masing, tetapi apabila ditanya soal agama, mereka kata mereka tidak tahu apa-apa. Mereka bersifat keanak-anakan dalam bidang agama, tetapi pakar dalam bidang-bidang lain," katanya lagi.

Tambahnya lagi di depan kira-kira 300 hadirin, para ulama perlu memahami konteks perkembangan ilmu semasa dan hubungannya dengan asas-asas pemikiran untuk menangani dunia yang pesat berubah seperti hari ini.Ulama pada masa lalu mampu mendalami ilmu bukan agama – yang membantu memahami agama dan kehidupan – dan pada masa sama menjadi pakar dalam ilmu-ilmu asas agama, jelasnya.

"Namun pengetahuan dalam bidang sains, dalam perubatan, malah dalam ekonomi kini sudah menjadi begitu kompleks sehingga memerlukan komitmen yang lebih mendalam untuk memahaminya. "Jadi bagaimana kita hendak menguasai ekonomi sekiranya tidak ada di kalangan kita sekarang yang boleh memberi persaingan kepada sistem riba dan spekulasi pasaran?

"Katanya, apa yang perlu dilakukan oleh para ulama kini adalah dengan mengekstraksi sejarah kegemilangan Islam itu ke dalam model dunia semasa yang boleh dipraktikkan pada masa kini."Jika bercakap tentang sains (Islam), kita bercakap tengan Timur Tengah. Jika bercakap tentang seni bina (Islam), kita bercakap tentang Andalusia, kita cuma bercakap tentang sumbangan pada masa lalu, tapi apa sumbangan kita (kini) untuk masa depan?"

"(Pembangunan) ini adalah salah satu proses, tapi apakah wawasan kita? Apa yang hendak kita capai? Di mana hala tuju kita? Apa projek kita untuk Islam hari ini?"Jelasnya lagi, masyarakat Islam kini tidak boleh hanya bergantung kepada ulama teks, tetapi memerlukan ulama dalam konteks bidang kepakaran masing-masing."Kita perlukan ulama dalam bidang perubatan, psikologi, sosiologi dan ekonomi dan dalam pendidikan untuk memberikan wawasan kepada kita," katanya di majlis bersempena pelancaran NGO baru Islamic Renaissance Front (IRF).

Tambahnya, masyarakat Islam seperti di Malaysia masih berkemampuan untuk mencapai kemajuan tanpa mengabaikan ciri-ciri budaya masyarakat setempat seperti dalam soal kesenian."Ada sesetengah ulama yang kata (bahawa) mendengar muzik itu haram, tapi janganlah kata saya yang dengar muzik ini kurang Islam daripada anda kerana saya dengar muzik.

"Jangan biarkan sesiapa di Malaysia atau dari mana-mana negara memberitahu anda (bahawa) untuk menjadi Islam anda perlu mengarabkan diri anda."Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran dan budaya Arab adalah budaya Arab. Budaya anda perlu menghidupkan Islam sebagai agama sejagat, ini perlu dijelaskan, kata Tariq lagi

Wednesday, December 09, 2009

Laptop Golla for sale...




Harga di pasaran rm199.90..di sini anda tidak perlu berbelanja sebegitu hanya dengan rm59.90 anda mampu memilikinya..untuk keterangan lanjut sila hubungi 0162718105(zam)

Woodsteel again
















More Woodsteels











Woodsteel for main gate,door,window and staircase..

Pintu pagar mempunyai berbagai bentuk dan gaya


Pintu pagar swing yang nampak kemas, ekslusif,cantik dan menarik

Susunan tangga akan kelihatan lebih kemas dengan bahan seperti ini

Pemandangan dari luar akan menambahkan seri rumah ini







Kekemasan pintu pagar ini menggambarkan gaya hidup isi rumah ini..
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:0162718105(zam)

Tuesday, December 01, 2009

Merancang untuk mencoret tentang Aqidah Islamiah

Mungkin niat itu belum terlaksana.Masa adalah pelarian yang selalu menjadi tempat untuk mencipta alasan.Malah kecenderungan sejak kebelakangan ini lebih kepada tulisan pendek yang ringkas dan pendek,itu semua boleh diaplikasi melalui wadah baru laman sosial Facebook.

Masalahnya di sana tidak boleh menulis panjang melebihi had yang telah ditentukan.Alternatifnya,saya harus kembali menulis di sini.Selamat mencuba nanti..

Friday, October 30, 2009

Wajah seorang Ulama..


Antara barisan guru2 yang pernah mendidik..jangan sampai saya di label sebagai liberal kerana gambar yang sebegini..beliau adalah seorang tokoh dakwah yang amat dikagumi bahkan menjadi antara idola yang masih hidup..Dr Muhammad Habash dalam kenangan..

Thursday, October 29, 2009

Ada yang masih terbelengu


Hati saya masih bersama Tuan Guru Nik Aziz yang tidak begitu senang dengan kelibat 'dua tiga kerat' pemimpin dalam Pas..Tetapi saya setuju Tok Guru Haji Hadi kekal sebagai presiden..cumanya orang orang sekeling beliau yang tidak begitu senang dilihat mata,begitu juga Pas Selangor yang dilihat bermasalah.Harus ada rombakan untuk mengembalikan kejernihan persepsi rakyat khususnya bukan Islam terhadap Pas.

Saturday, October 10, 2009

Qardhawi:Selamatkan Al-Aqsa


القرضاوي يدعو لجمعة غضب وقمة عاجلة لإنقاذ الأقصى

د. يوسف القرضاويموقع القرضاوي/7-10-2009

دعا فضيلة الدكتور يوسف القرضاوي رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين العرب والمسلمين لجعل الجمعة المقبل يوم غضب لنصرة المسجد الأقصى المبارك، مطالبا رؤساء وملوك الدول العربية والإسلامية بعقد قمة عاجلة لإنقاذ الأقصى من "التعديات الإسرائيلية."
جاء ذلك في المؤتمر الصحفي الذي عقده فضيلته باسم الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين، ومؤسسة القدس الدولية، اللتين يرأسهما، صباح الإثنين بنقابة الصحفيين المصرية حول ما يمر به المسجد الأقصى من مخاطر، باستباحة حرماته من قبل المستوطنين اليهود، ومنع المسلمين من الصلاة فيه، واعتقال المعتكفين للدفاع عنه، والتهديد بالسيطرة العسكرية عليه، تمهيدا لتقسيمه بين المسلمين واليهود، كما سبق أن حدث في المسجد الإبراهيمي.
وطالب القر ضاوي الهيئات العربية والإسلامية وخطباء المساجد بمخاطبة "الهيئات والمؤسسات الدولية ودول العالم الحر للنهوض بدورها
لوقف تلك التعديات على الحرم القدسي الشريف."
كما دعا رؤساء وملوك وحكام الدول العربية والإسلامية لعقد قمة عاجلة "لإنقاذ المسجد الأقصى"، وطالب بالسماح بالتظاهر وإقامة الفعاليات والمهرجانات بعد صلاة الجمعة تعبيرا عن المساندة للحرم القدسي الشريف.
ووصل الشيخ القرضاوي إلى الدوحة أمس عائدا من رحلة دعوية إلى ليبيا ومصر لحضور " المسابقة السنوية السادسة لجائزة الفاتح
العالمية في حفظ القرآن الكريم"، بدعوة من وزير الأوقاف الليبي.
وفي ليبيا شارك فضيلته بكلمة رئيسية في الاحتفال، ثم زار مدينة مصراته حيث ألقى محاضرة في "منارة زروق" للعلوم الشرعية، كما ألقى محاضرة في أكاديمية الدراسات العليا بطرابلس، علاوة على عدد من الدروس الدينية بمساجد طرابلس.
ويخطب القرضاوي الجمعة بمشيئة الله تعالى في مسجد عمر بن الخطاب بالدوحة، حيث يقام عقب الصلاة مهرجانا جماهيريا حاشدا لنصرة المسجد الأقصى المبارك، يشارك فيه عدد من علماء قطر.

Saturday, October 03, 2009

Bagan Pinang:Antara kegelojohan Umno atau rakyat memang buta

Najib tidak mempunyai kuku di peringkat akar umbi Umno seterusnya kalah dengan desakan mereka sekalipun dia tahu akan risiko mencalonkan Isa Samad di sana.Pencalonan Isa Samad sekaligus menempelak slogan mereka yang 'ingin berubah'.

Mereka juga rakus membakul sampahkan pendapat bekas Presiden mereka yang sangat disanjungi satu ketika dahulu.Itu melambangkan kata2 pemimpin mereka tidak begitu relevan dan hanya dipakai kerana kuasanya dan bukanlah atas dasar prinsip.Tiada integriti dalam perjuangan parti mereka.

Apapun keadaannya,rakyat Bagan Pinang harus menjadi tumpuan terakhir,adakah mereka masih lena dibuai mimpi penjajahan atau telah celik di zaman maklumat tanpa sempadan ini.Kepercayaan harus diberikan kepada pengundi non melayu seperti cina dan india malah golongan di atas pagar yang ramai terdiri di kalangan anak2 muda.

Bersediakah mereka bertindak berdasarkan rasional dan ilmu..?

Selain tentera,Pas tak boleh menang ke.?

Setahu saya jumlah pengundi di Bagan Pinang ada lebih kurang 14 ribu orang,tolak 5 ribu ada lagi 9 ribu itupun bukan semua yang keluar mengundi..Pas perlukan 8 ribu pengundi biasa untuk menang.Akan adakah mukjizat dari langit untuk Pas kali ini..?

Nak kena pulun gak tentera ni..

Tuesday, September 29, 2009

Umno tidak perlukan 'moral' untuk berkuasa

Esok adalah hari yang telah ditetapkan oleh Umno untuk mengumumkan nama calon yang bertanding di PRK Bagan Pinang.Sehingga kini hanya ada satu nama yang tersenarai dari Umno bahagian Telok Kemang.Beliau ialah tidak lain dan tidak bukan Isa Samad yang mendapat kritikan beberapa pemimpin Umno termasuk Mahathir tentang 'moral'nya yang 'kununnya' tidak begitu baik untuk politik Umno.

Umno dalam proses untuk memperbaiki reputasinya di mata rakyat.Najib pula adalah seorang perdana Menteri yang kelihatan berusaha untuk mencapai matlamat itu.Persoalannya, sudah bersediakah Umno untuk mengambilkira 'moral' sebagai anutan politik mereka..?

Esok adalah antara jawapannya...

Sunday, September 27, 2009

Siapa Bahktiar Hussin dalam isu SELCAT..?

Rupa rupanya pegawai daerah Klang ini yang melenting hingga politik Selangor bergegar lagi,Hassan Ali pulak seperti hero melayu yang menyerang kerajaan Selangor bagi pihak Umno.Barangkali Hassan Ali dah join the club Ibrahim Ali di Parlimen yang menang atas tiket Pas di kelantan.

Adakah Pas benar benar berniat 'memenatkan' rakan PR di Selangor dengan meletakkan orang seperti Hassan Ali sebagai pesuruhjayanya..?Kecelaruan itu akan terus berlaku hasil dari keputusan pemilihan agung Pas yang dulu.Kumpulan yang menang diketuai tuan Presiden akan sentiasa tidak selari dengan PR kerana hati mereka sudah bersama Umno.

Samada suka atau tidak inilah realiti yang harus dilalui oleh semua penyokong Pas,Siapa yang akan mampu mengubahnya..?

Saturday, September 26, 2009

Hassan Ali dan bola tanggungnya..

Hassan Ali selalu membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi..Bila selalu begitu saya melihat beliau sebagai seorang pemimpin yang membawa imej buruk khususnya bagi sebuah parti yang membawa lambang dan perjuangan Islam sebagai dasar mereka.

Ternyata kemenangan Pakatan Rakyat kali ini telah berjaya membongkar sifat sifat kepemimpinan beliau yang sebegitu.Kenapa beliau masih lagi bertahan di sana sebagai pesuruhjaya Pas Selangor sedangkan saya seolah melihat wajah Umno pada riak mukanya yang saban hari makin kelat untuk dilihat.

Saya ahli Pas, dan saya tidak suka melihat pemimpin yang berketerampilan seperti beliau.Tetapi sudah tentu saya sebagai ahli biasa tidak mampu untuk berbuat sesuatu yang orang lain boleh lakukan kepada beliau...Pas Selangor mempertahankan beliau..?

Sunday, September 13, 2009

Klcc Souvenier for sale...

oo1
oo2

003



004




005



006




Sudah bisa berlari

Anak ini belum mengerti tentang ancaman yang menunggu di hadapan..Malaysia tanahairku tidak diurus dengan begitu baik penuh dengan persoalan...

Wednesday, August 26, 2009

Sebat Kartika:Enam atau 80 sebatan?

Ramai yang menyangkal hukuman sebat yang telah dijatuhkan terhadap Katika dewi,malah yang menjadi isunya sekarang ini adalah kenapa ianya ditangguhkan secara tiba tiba dan kelihatan perjalanan hukumannya berlaku dalam keadaan yang serba tak kena.

Saya juga tidak dapat mempertahankan mahkamah syariah yang telah menjatuhkan hukuman.Adakah mereka benar benar menjatuhkan hukuman mengikut undang undang Islam dan dijulang atas nama Islam atau ianya hukum manusia yang mencemarkan nama Islam..?

Ada pula pihak yang mempersoalkan hukuman yang telah dijatuhkan bagi pesalah yang melakukan kesalahan buat pertama kali sebagai tidak adil,mereka menghujahkan keihsanan dalam Islam dan tolak ansur,dari mana hujah itu mereka ambil?

Persoalannya,mereka yang bertanggungjawab mewujudkan sistem perundangan syariah Malaysia(Kerajaan Barisan Nasional) itulah yang telah MENCEMAR NAMA ISLAM ke seluruh dunia dengan undang undang yang tidak merujuk kepada hukum Alquran dan sunnah.Lalu mengapa mereka menuding jari kepada orang lain..?

Sunday, August 09, 2009

Umno menggoda Pas berlaku curang terhadap PR

Rentetan dari isu muqabalah,muzakarah dan kerajaan perpaduan,Umno belum lagi puas untuk menggoda Pas untuk berlaku curang terhadap Pakatan Rakyat.Terbaru,melalui ketua pemudanya Khairy Jamaludin, Umno menjemput Pas berkongsi pentas untuk 'melawan'kemungkaran Arak di Selangor dan penghinaan Dap terhadap Islam.

'Mulia'nya sikap Umno dalam hal ini untuk memerangi kemungkaran yang hanya kelihatan di negeri Pakatan Rakyat.Sebagaimana mulianya mereka memerangi rasuah melalui SPRMnya yang hanya akan menyerbu adun dan exco negeri Pakatan Rakyat.Siapakah di kalangan rakyat Malaysia yang gagal untuk membaca politik mentah yang sebegitu..?

Saya cuba juga membaca dari mana punca sebenar yang membuatkan Pas tega membuat 'onar' dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui bersama itu.Mungkinkah itu semua berdasar dari hubungan baik sesetengah pemimpin Pas dengan Mantan ketua pemuda PKR Ezam Mohd Nor yang telah berpaling tadah kepada Umno..?

Tanggapan saya itu ada juga asasnya kerana sebelum ini Ezam memang baik dengan pemimpin2 Pas,beliau hanya bermasalah dengan bekas bosnya Anwar,walaupun pada waktu keluarnya beliau dari PKR dulu kelihatannya bermasalah dengan rakannya Azmin,namun serangan demi serangan yang telah diarahkan kepada Anwar menjelaskan kepada saya bahawa masalah sebenarnya ialah bersama Anwar.

Ezam pernah (selepas keluar dari PKR)memberi amaran kepada Pas agar berhati hati dengan PKR.Tidak hairanlah dendam kesumat itu berlarutan yang mana menjadi tugas utamanya di dalam Umno untuk menyerang Anwar.Barangkali beliaulah antara egen yang mendekatkan beberapa pemimpin Pas dengan pemimpin Umno dalam usaha apa yang mereka namakan muqabalah sebelum ini.

Barangkali Ezam juga telah berjaya menambah 'keraguan' yang memang telah sedia ada dikalangan pemimpin Pas terhadap Anwar.Malah keraguan beberapa pemimpin Pas terhadap Anwar itu amat cepat dihidu oleh Tuan Guru Nik Aziz dengan kenyataannya 'ada yang cemburu dengan kebolehan Anwar'.

Persoalannya,mampukah Pakatan Rakyat bertahan untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang yang sebelum ini dikatakan akan berpihak kepada mereka..?Negatifnya sudah semakin banyak timbul sejak kebelakangan ini.

Thursday, July 30, 2009

Salah faham terhadap Tabligh

Berikut adalah luahan dari salah seorang pengikut Tabligh,Saya pula suka mendengar kepada semua pihak yang berusaha membawa kebenaran kepada masyarakat.

salah faham mengenai mengapa tabligh tidak berpolitik,, assalamualaikum..... maafkan saya .. kerana terlalu kerap sangat mendengar desas desus org mempertikaikan ketulusan jemaah tabligh... sebelum itu saya ingin menyatakan yg saya merasakan saya bertanggung jawab bersuara atas situasi yg berlaku,,, saya bukan sesiapa pun..

cuma insan biasa yg beragama islam dan mengharap redha dari allah... bagi saya yg mengkritik tabligh tidak bersalah.. cuma hidayah belum sampai di hati mereka untuk menerima apa yg tabligh bawa..... moga allah sebarkan hidayat untuk mereka,,, seperti yg dikatakan selalu... tabligh adalah kerja .... tugas mengajak jiran solat ke masjid .. bukan bergantung pada kelompok (A) atau kelompok (B)

tugas mengajak orang kepada allah adalah tanggung jawab bersama,,,,,, sesiapa mati tanpa kalimah laaailaahaillallah semua orang akan dipertanggung jawabkan,,,,,, tak kira kelompok(A) atau kelompok (B) atau mana2 kelompok dalam islam.... dalam tabligh ,,,,,, ada 12 usul yg selalu diterapkan ketika berdakwah kalau tuan2 mahu tahu ,,, harus ikut dan dengar dgn niat ingin berlajar bukan duduk mencari silap... kerana kalau duduk mencari silap..

allah akan bukakan segala kesilapan.. dan kita akan lihat silap yg kecil disangkakan besar,,, bergantung pada niat yg busuk dalam hati...... salah satu usul dalam 12 usul itu ialah tidak berpolitik,,,,,, apa maksud tidak berpolitik? yang selalu org terangkan ialah tidak mahukan perpecahan,,,, atau lebih senang tidak mahu menyentuh isu2 yg menjadi penyebab pecah belah ...... yg saya belajar contoh yg kita lihat dizaman nabi,,,,,,,

nabi muhammad s.a.w pernah memberitahu huzaifah nama2 puak2 munafiqin dizaman nabi dan melarang memberitahu org lain.... itu bermakna apa ?? nabi mahu jauhkan perpecahan dikalangan sahabat,,,, sedangkan dikala itu puak2 munafiqin berkecimpung sama2 sahabat ....... kalau nabi beritahu nama2 munafiqin..... akan timbul puak2 baru seperti mana yg terjadi pada syiah ,.,,,,, dan macam2 lagi ..... dan satu kali nabi memberitahu saidatina fatimah yg hasan dan husin akan dibunuh dari mulut dan lehernya ,,, sorang dipancung dan sorang diracun...... lalu saidatina fatimah memohon agar nabi mendoakan anaknya ..... dan nabi berkata,,,, doaku hanya untuk ummatku ........ nabi,

allah bukakan perkara yg ghaib pada dia... kenapa dia tidak beritahu siapa yg akan bunuh hasan dan husin??? bahkan dia berkata doa dia hanya untuk ummat ....... pernah satu ketika ketika saya di alexandria .. menuju ke victoria dgn menaiki train........ ketika itu dalam keadaan sesak .. kami berdua dgn sahabat saya dari azerbaijan ,,,, duduk ,,,pada masa itu datang seorang perempuan kristian qibtiyyah mengendong anak dan berdiri .... kerana tempat semuanya penuh.....

maka kami berdiri dan berikan tempat pada perempuan itu ... maka datang seorang arab mesir ....lalu berbisik..... hey kenapa engkau berikan kerusi pada org kristian ini... bukankah engkau tahu dia kristian..... maka kawan saya beritahu,,,, allah!! hey!! minta maaf,,, islam datang dengan akhlaq,,,,,,, bukan dgn cara macam ni.... kalau cara macam ni lah ... org akan jauh dari islam....... tentang ikram pada manusia ... tak kira pada sesiapa pun.. islam atau kuffar,,,,

lalu arab itu bertanya ..., engkau belajar mana...?? kami diazhar.... oo dia minta maaf dan kami pun minta maaf mungkin bukan salah dia ... cuma menanti hidayat saja...... dan juga sahabat2 pada zaman nabi.... kalaulah mereka menumpu kan islam hanya dimasjid2 sahaja ... maka kita sekarang tengah minum todi sambil chating ..... mereka bertebaran....... adakah mereka berdakwah hanya halaqah2 dalam masjid?? ramai yg berkata org tabligh pergi rumah kerumah adalah bidaah dan nabi tidak pernah buat ,,,

nak tanya dalam berapa tahun nabi menjalankan usaha dakwah,,,, adakah hanya didalam masjid saja nabi berdakwah??? seperti juga yg berlaku pada amru bin al asr,,, sewaktu membuka mesir... kenapa amru bin alasr tidak menghancurkan segala patung2 yg ada dinegeri mesir .. padahal mesirlah ibu segala berhala2 apda zaman itu .... islam datang dgn akhlaq dan ikram..... sahabat sampai dinegeri china.. adakah mereka pandai bertutur dgn bahasa china??? bagaimana penduduk china boleh islam??

sahabat hanya menunjukkan akhlaq,,,, berjual beli amanah dan macam2,,,,,,, perpecahan dikalangan ummat islam adalah kesukaan bagi yahudi ..... seperti mana yg berlaku pada zaman khilafah uthmaniah .... dikala itu masing2 gilakan kuasa dan harta ... hingga meletakkan agama dibawah mereka ,,, disitu timbulnya perkauman dan perpecahan ... hingga tersungkurnya islam .. ramai orang kata .... apa tanggung jawab tabligh dalam membangunkan islam dimalaysia .... tanggung jawab semua org .. ialah membangunkan islam dalam jiwa2 manusia ... tanggung jawab semua org ialah untuk membangunkan islam diseluruh alam .. bukan dimalaysia sahaja ...

kalau kita fikirkan bagaimana nak bangunkan islam dimalaysia,,so apa tanggung jawab kita pada negara2 jiran yg tidak islam??islam hanya dimalaysia sahaja kah ?? islam hanya melayu sahajakah?? .. janganlah mengkecilkan skop kefahaman penyebaran islam ,,, adakah nabi pernah berkata .. bagaimana nak membangunkan kerajaan islam disaudi??? nabi terapkan iman dahulu dalam diri sahabat ,, barulah mereka bertebaran kemerata tempat hinggalah kemalaysia...... ramai yg berkata tabligh tak pernah menerima apa2 ancaman dari mana2 pihak,,,, kalau mahu tahu,,,

cuba try ikut sekali bersama jemaah tabligh dan akan tahu dimana dugaannya .... macam2 dugaan yg mereka terima... bagaimana nak berhadapan dgn org yg tahu agama tapi ego dan sombong..... dan bagai mana nak berhadapan dgn org jahil yg bongkak ..... kadang2 berhadapan dgn org jahil lebih mudah dari berhadapan dgn org berilmu tak beramal...... macam2 jenis org mereka jumpa...... ada yg kena halau dan macam2...... dalam tabligh mereka belajar macam mana mahu menahan sabar dan macam mana nak belajar taat ,,,,,,

ramai org kata .... sunnah nabi seperti serban dan jubah adalah pakaian adat arab dulu2 kita cintakan nabi ..... so apa bukti kita cintakan nabi??? bagai mana kita nak praktikkan hadis nabi (tidak beriman seseorang itu sehinggakan dia menyukai aku lebih dari keluarganya ) cinta seseorang pada yg dicinta .. ia akan cinta apa yg berkaitan dgn hidup dia ,,,,,,kalau benci sunnah dan tak mengamalkan sunnah .... diam jgn berkata .... tak amal... tapi pertikai .. kita buat perbandingan..... kalau masa solat jumaat ada dua khatib datang (a) dgn pakai topi cap dan Tshirt dan seluar jeans sebagai khatib dan datang (b) dgn pakai jubah dan serban.. antara dua ni mana yg tuan2 akan pilih sebagai khatib? anak kecil pun pandai pilih ,,,,,,,,

ramai org pertikaikan org tabligh tinggalkan anak bini ,,,,,, contoh ,,, org selalu ceritakan perihal suami yg kerja diluar negara,,, suami saya kerja di uk.. 2 tahun sekali balik..... lalu mereka menjawab.. ee bagusnya ,, untung awak dapat suami mcm tu .. mesti senang hidup awak.... tapi kalau org kata .. suami saya pergi fi sabilillah 4 bulan.... org kata ee betul?? habis nafkah macam mana??:O ai pelik.... pasal nak tegakkan islam nak bina islam dalam jiwa ... itu org pertikaikan..... nak tanya..... yg bising2 selalu pasal islam ni.....

berapa banyakkah pengorbanan yg antum2 semua lakukan demi agama?? berapa kalikah ajak jiran2 kemasjid?? berapa kalikah dalam sebulan antum ceritakan kebesaran allah pada org lain ??? dalam semua kawan2 antum berapa ramai kah yg antum telah berjaya mengubah hidup dia kembali kejalan allah??? ramai org berdakwah .... tapi berdakwah dgn teguran yg menjatuhkah .. bukan teguran yg membina,,,,

berdakwah ialah dgn niat belajar dan menasihati diri sendiri .. bukan berdakwah dgn niat untuk mengajar.. kalau berdakwah dgn niah untuk mengajar,,,, kita akan merasakan sekeliling kita semuanya tak betul , dan akan timbul rasa ingin betulkan ,,,,, jadi kat situ boleh masuk sikit bau2 riak dan takabbur .... wallahuaaa lam....sekian

Thursday, July 23, 2009

khabar tentang iman

Apa khabar imanmu
apa khabar amalmu
apa khabar akhlakmu
apa khabar semua itu

apa jua tentang hati
tentang kehambaan
dan rasa ingin hadir sebagai jiwa hamba
pada yang Esa

sesekali biar kita sisihkan bicara
tentang dunia dan pancaroba
tentang sifat hayawani yang bernafsu
tentang apa jua yg bersifat sementara

kembali meruntuni hati
menginsafi dan merenungi
hakikat diri kemana haluannya
alam ukhrawi yg sedang menanti

Rejab kembali Sya'ban menuruti
Ramadhan adalah kemuncak buruan diri
mengharap rahmat dan keampunan
serta ketaqwaan Rabbulizzati..

Monday, July 13, 2009

Senarai ahli jawatankuasa Parlimen PR

Kementerian
Ahli Parlimen PKR
Ahli Parlimen PAS
Ahli Parlimen DAP

JABATAN PERDANA MENTERI
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Mohamed Azmin Ali
YB Sivarasa Rasiah
YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim
YB William Leong
YB Ahmad Kasim
YB Fuziah Salleh
YB Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang
YB Ust Nasharudin Mat Isa
YB Salahuddin Ayub
YB Dr Hatta Ramli
YB Dr Dzulkifli Ahmad
YB Taib Azamuddin
YB Khalid Samad
YB Lim Kit Siang
YB Ngeh Koo Ham
YB Hiew King Chiew
YB John Fernandez

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
YB Dato’ Johari Abdul
YB Salahuddin Haji Ayub
YB Karpal Singh

KEMENTERIAN KEWANGAN
YB Mohamed Azmin Ali
Dr Dzulkifli Ahmad
YAB Lim Guan Eng

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
YB Khalid Samad
YB Tan Kok Wai

KEMENTERIAN KERJA RAYA
YB Dato’ Kamarul Bahrin Abbas
YB Dato’ Mahfuz Omar
YB Gobind Singh Deo

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
YB Dato’ Rashid Din
YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah
YB Er Teck Hwa

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
YB Chua Tian Chang
YB Nasir bin Zakaria
YB Charles Anthony Santiago

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
YB William Leong
YB Dr Mohd Hatta Ramli
YB Teresa Kok

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
YB Ahmad Kassim
YB Taib Azamuddin Md Taib
YB Sim Tong Him

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
YB Azan Ismail
YB Dr Mohd Abdul Wahid Endut
YB Jeff Ooi

KEMENTERIAN PELAJARAN
YB Yusmadi Yusoff
YB Che Uda Che Nik
YB Chong Eng

KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
YB Amran Abdul Ghani
YB Dato’ Mahfuz Haji Omar
YB Teo Nie Ching

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
YB Abdullah Sani Abdul Hamid
YB Muhammad bin Husin
YB M Kulasegaran

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
YB Nurul Izzah Anwar
YB Dr Che Rosli Che Mat
YB Chow Kon Yeow

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
YB Hee Loy Sian
YB Dr Siti Mariah Mahmud
YB Nga Kor Ming

KEMENTERIAN PERTAHANAN
YB Saifuddin Nasution Ismail
YB Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
YB Liew Chin Tong

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
YB Ab Aziz Ab Kadir
YB Dato’ Ab Halim bin Ab Rahman
YB M Manogaran

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
YB Sivarasa Rasiah
YB Dato’ Kamarudin Jaffar
YB P Ramasamy

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
YB Tan Tee Beng
YB Mohd Firdaus bin Jaafar
YB Anthony Loke Siew Fook

KEMENTERIAN KESIHATAN
YB Dr Lee Boon Chye
YB Dr Mohd Hayati Othman
YB Dr Tan Seng Giaw

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
YB Zuraida Kamaruddin
YB Siti Zailah bt Mohd Yusuf
YB Fong Po Kuan

KEMENTERIAN PELANCONGAN
YB Manikavasagam a/l Sundaram
YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah
YB Fong Kui Lun

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
YB Wee Choo Keong
YB Dr Lo’ Lo’ Haji Mohd Ghazali
YB Lim Lip Eng

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
YB Zulkifli Nordin
YB Salahuddin Haji Ayub
YB Tony Pua

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
YB Gobalakrishnan a/l Nagapan
YB Dr Mujahid Yusof Rawa
YB Chong Chien Jen

Thursday, July 02, 2009

Tumpukan pada kerja kemasyarakatan

Kurangkan berpolitik dan tumpukanlah pada kerja kerja mendidk masyarakat.Apa khabar Selangor,Kedah,Kelantan dan Pulau Pinang...?

Sunday, June 21, 2009

Kenyataan Setiausaha Agung boleh dipercayai?

Setiausaha Agung Pas yang baru Hj Mustapha Ali telah mengeluarkan kenyataan mengatakan "Pas tidak bersedia untuk berbincang dengan Umno buat masa in",sekaligus bercanggah dengan kenyataan Timbalan presiden sebelum ini yang nampak garang untuk berbincang.Kenapa kenyataan kedua dua pemimpin yang dilihat dalam satu pasukan (Kerajaan Perpaduan)berlainan pada kali ini..?

Adakah kenyataan ini boleh dipegang sebagai satu kenyataan yang bermaruah atau hanya sekadar mainan dan pemanis bibir sebagaimana sebelum ini kenyataaan tentang itu pernah juga keluar sebelum muktamar tetapi berbeza pula selepas muktamar.Malah ianya menjadi semakin hangat hingga menjadikan TGNA marah dan mengeluarkan 'suara' yang agak keras dan hampir tidak dipercayai oleh ramai ahli Pas.

Saya melihat tindakan Hj Mustapha Ali itu sebagai ingin menjadi suara utama selepas Presiden,yang mana sebelum ini beliau bertindak mengarahkan supaya percakapan tentang isu Kerajaan Perpaduan dihentikan yang sekaligus ditempelak pula oleh TGNA.Arahan itu adalah sebagai langkah untuk meredakan keadaan 'tetapi dibelakang tabir mereka terus berkerja hingga ke satu tempoh yang hanya mereka yang terlibat sahaja yang mengetahui.

Friday, June 19, 2009

Ulasan kenyataan Ketua Pemuda PAS

Isu kerajaan perpaduan telah sampai ke tahap yang makin kronik,idea dilontarkan tetapi tidak ada usaha untuk memberi penerangan dengan secara terperinci.Mereka yang menyokong idea itu seolah bersikap 'lontar dan lari' dari menghadapi hakikat bahawa Massa 'teruja' untuk mendengar perincian tentang idea tersebut.

Oleh kerana sikap yang 'longlai' itu membuatkan ramai yang membuat huraian tersendiri dan mula beranggapan sesuatu yang 'kurang enak' telah berlaku.Lalu mereka menyifatkan idea kerajaan perpaduan itu adalah satu usaha sulit yang hanya akan memihak kepada UMNO sekaligus mendapat reaksi yang tidak baik dari ramai pihak.

Ramai yang marah termasuk Tuan Guru Nik Aziz,lalu mengeluarkan keyataan yang mungkin menambahkan luka dan jurang antara dua pihak yang membawa fahaman yang berbeza dalam hal ini.

Terbaru Ketua Pemuda PAS tampil pula dengan temuramah bersama Malaysiakini yang menyifatkan 'idea kerajaan perpadua itu adalah umpama usaha Musa (AS) berdakwah kepada Firaun'.Satu hujah yang telah dilontarkan untuk menyokong usaha 'Kerajaan Perpaduan'.

Saya melihat idea dakwah Musa kepada Firaun itu memang benar,dan harus dirujuk kembali dalam melaksanakan sunnah dakwah dalam kehidupan kita hari ini.Tetapi persoalan timbul juga dari pemikiran saya,kenapa idea itu baru timbul hari ini dan tidak 20 atau 30 tahun yang lalu atau paling kurang pun sebelum terbentuknya gabungan dalam pakatan rakyat..?

Adakah Ulama dalam PAS baru tersedar tentang sunnah dakwah tersebut sedangkan sebelum ini mereka tidak mengambil jalan itu sebagai usaha untuk berhadapan dengan kerajaan UMNO BN.

Seperti ada sesuatu yang tidak kena dalam tindakan kita apabila sudah bertahalluf bersama Pakatan Rakyat kemudian bertindak seolah ingin menyalahi perjanjian yang telah diputuskan.Tentunya idea Kerajaan Perpaduan akan mendatangkan satu perasaan yang kurang enak di kalangan rakan Pakatan Rakyat yang jelas tidak bersetuju dengan idea tersebut.

Sunnah dakwah Musa adalah benar tetapi bukanlah HIKMAH yang harus kita pakai pada waktu yang genting begini.

Wednesday, June 10, 2009

Bisul bisul dalam serban PAS

Azizi Hj. Abdullah

Orang Pas kata kepada Umno, busuk ikan bermula di kepala, bukan ekur. Ertinya kebobrokan Umno, kotor dan kelamkabutnya Umno adalah kerana pemimpin.Pengikut Pas bertepuk tangan. Semua kata betul. Tetapi bagaimana pula kalau Umno kata, bisul-bisul Pas berada di kepala yang memakai ketayap atau serban?Memang pun bisul tidak seperti ikan busuk yang bermula di kepala. Bisul boleh muncul dan bernanah di mana-mana, hata di kepala yang memakai serban.

Saya di antara pengikut dan ahli Pas sejak berusia 14 tahun, yang berkempen waktu itu sampai kena baling telur ayam kemuruk. Pemimpin yang saya ikuti dulu semua berserban, berketayap putih. Semua bermatlamat satu; berjihad menegak agama Allah dengan motto; Negara yang baik yang mendapat keampunan Allah.

Kini setelah 56 tahun hidupnya Pas, serangan demi serangan terhadap Umno diteruskan. Dikatakan Umno berkepentingan duniawi, rasuah, tidak adil, kepentingan pribadi, mengaut kekayaan, bertokak sama sendiri, melarikan wang, melarikan perempuan, banglo besar, kereta besar, munafik malah sampai kepada taghut, maha firaun dan lain-lain.

Apabila kemasukan cerdik pandai, peguam, profesor dan lain-lain ahli profesional ke dalam Pas, maka sedikit sebanyak nampak semacam sedikit tergugat golongan ulama. Lalu mereka pun bangkit dengan memberi alasan betapa ulama sebenarnya penting dalam perjuangan Pas. “ Jangan tinggalkan kami” , kata mereka.

Memang satu ketika dulu golongan profesional tidak ada tempat dalam Pas. Tetapi kini ulama pula nampak macam tergugat. Seperti dibimbangi akan ujud satu fenomena baru di mana Pas akan dikuasai oleh golongan profesional.Secara peribadi, saya melihat golongan ulama di dalam Pas ialah golongan yang hanya bijak dalam soal-soal kupasan perkara ukhrawi, haram halal dan sunah makruh. Mereka tidak profesional. Beremosi. Pembakar semangat tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah. Ia tidak bersifat profesional keagamaan. Jadual atau atur cara antara golongan profesional dengan golongan ulama, golongan ulamalah yang paling tercorot. Jadual majlis jam 9, majlis bermula jam 10. Perkataan Insyaallah hanya sandaran menutup kelemahan.

Maka apabila dilihat golongan profesional ini semakin ramai, kemungkinan satu ketika lubang-lubang jawatan di dalam parti akan dimasuki oleh golongan profesional, lalu timbul tanda tanya, ke mana hendak pergi golongan ulama?Di Pinggir Neraka?Sebenarnya, sebelum ini pertanyaan patut dikemukakan: Mengapa harus ada golongan ulama dan profesional?

Dalam satu jamaah Islamiah, bagi saya tidak penting adanya ulama dan profesional. Jamaah Islamiah yang mengambil politik sebagai landasannya dan sebagai dasar perjuangan ke arah jihad, apa pentingnya membahagi kepada dua kategori? Apakah ulama itu lebih baik dari profesional? Apakah gologan profesional, ilmu mereka tidak berguna? Apakah profesional tidak ada aqidah?Istilah ‘walak, setia kepada pemimpin, wali,ulama’ menjadi satu kegerunan, seolah-olah siapa yang tidak membuktikan arah ini, ia sedang berada di pinggir neraka.

Kemunculan golongan profesional menjadikan sebahagian besar ulama merasa fobia. Sehingga ada kawasan dan negeri sangat mencurigai hendak melantik golongan profesional menjadi pemimpin. Kemudian apabila tiba muktamar tahunan, hal ini pun ditimbulkan. Akibatnya bergemalah puak profesional dan ulama. Ada yang meragui dan berkata, profesional saja tidak memadai dalam perjuangan Pas dan ulama juga tidak memiliki kecekapan dalam petadbirannya.

Wadah Pas ialah perjuangan dan dakwah, satu wadah yang meletak dasar tertinggi Al-Qur`an dan Hadis, Ijmak dan sebagainya. Mereka yang memasuki Pas ialah mereka yang yakin dengan dasar ini. Maka apabila seorang jurutera yang belajar bertahun-tahun, apakah ia seorang komunis atau athis ketika ia memohon menjadi ahli Pas dan perlukah kita bertanya, pengajian agama kamu setinggi mana? Tidak pernah terjadi, sebaliklnya kita berbangga.

Begitu juga kita berbangga sekarang ini bilamana ramai mereka yang bukan Islam, terutama golongan Cina yang sudah mulai mendekati Pas. Malangnya Pas yang dianggap kepimpinan ulama tidak pernah mengambil kata putus bagaimana kaedah untuk menerima mereka. Yang dilakukan ialah satu rancangan yang tidak disukai ramai, iaitu ‘Pemerintahan perpaduan.’Kita hairan tentang gagasan yang tidak diterima ramai ini. Ada jalan atau uslub membolehkan Pas menjadi kuat dengan sokongan bukan Islam, tiba-tiba mahu melakukan sesuatu yang dibenci oleh ramai orang.

Pas tidak pernah belajar sejarah. Kaedah apa yang dipakai, jika dulu, kini dan selamanya Umno dianggap musuh, tiba-tiba presidennya pula menganggap, di sanalah jalan perpaduan.Apa Kayu Ukur Ulama?Maka bergema dan berkumandanglah di media bagaimana pentingnya perpaduan tetapi malang Pas melalui pucuk pemimpinnya tidak sedar, setiap rancangan yang disiar, Pas menjadi batu loncatan, Pas diperbodoh dan Pas dimomok-momok.Atas nama ulama, kita diajar sangka baik. Maka apapun tohmahan dan senda, kita menerimanya.Apa kayu ukur ulama? Ini pun satu hal.

Di dalam Pas, ukuran ulama berlainan dari ukuran biasa. Masakan sekadar lulus Azhar atau belajar di Jordan kita sudah boleh namakan ulama? Sekarang ini begitulah ukuran ulama di dalam Pas, selain dari syarat tersembunyi mesti berserban atau berjubah dan mesti ada sedikit janggot. Diperbesarkan soal janggut lalu ditekan sebagau Sunnah Nabi.Maka sebab itu Pemuda dengan senang hati menerima Hasan Tantawi, kerana ia 100% berwatak ulama.

Tetapi apakah ukuran ini, termasuk keluar dari universiti agama atau lulus syariah maka ia harus kita lebalkan sebagai ulama? Apapun yang terkesan sekarang, kita tersangat cepat melebalkan ulama terhadap seseorang yang pulang dari Mesir atau Timur Tengah dari seorang PhD agama di UKM atau di UIA.Inilah satu tanggapan yang silap.

Sehingga kini orang Pas tidak mengakui Tan Sri Hamid Othman, Nakhaie, Noh Gadot dan terakhir Hj Hairussani yang baru menerima anugerah Tan Sri sebagai ulama. Malah mufti-mufti sendiri bagi Pas, hanya Dato’ Ishak Baharum sahaja yang diakui ulama.Inilah kesilapan kita.Ulama Bukan Penghurai Masalah?Maka atas kepercayaan ulama mempunyai bidang tersendiri, apabila ulama melakukan sesuatu, atau melontarkan idea sesuatu yang bersifat sekular, bersifat keduniaan maka orang tidak berapa ambil peduli hendak mempertikaikan, menolak atau menyanggah.

Sebaliknya jika golongan profesional yang ingin melakukan sesuatu yang bersifat agama ia dipertikaikan.Ulama mestilah berhati-hati dan tidak boleh memandai-mandai dalam semua hal atas status ulamanya. Di awal tadi telah dikatakan, kebanyakan ulama ialah mereka yang hanya mampu dan bijak mentafsir dasar, bukan menjalankan dasar. Mereka mampu menghurai syarah dan tafsir Qur`an juzuk demi juzuk, tetapi mereka belum tentu mampu melaksanakan mengikut tafsir itu. Mereka mampu melihat isu dan masalah tetapi mereka bukan penghurai masalah.

Maka kerana itu, ulama yang sudah berada di peringkat atas, ia mestilah bijak mengawasi dasar dan ia perlu memelihara dasar, bukan mengubah dasar atau memandai-mandai menyimpang dari dasar.Ingatlah, pemimpin ialah orang yang memelihara dasar, melaksanakan dasar tetapi bukan mengubah dasar, memandai-mandaikan dasar.

Kerajaan perpaduanPresiden Pas, dalam ingatan saya sudah membuat percubaan pertama bagaimana hendak merealisasi ‘kerajaan perpaduan’ tetapi ia disanggah oleh ramai ahli dan pemimpin. Maka selepas muktamar beliau mengulangi lagi dan mencari celah dan ruang untuk menerangkannya.

Tetapi Presiden ini lupa dan tidak nampak bagaimana pengikut-pengikutnya melompat dan gelisah, bagaimana mereka menangis dan meraung sedih, menyumpah dan maki hamun kerana:
1. Itu bukanlah dasar Pas yang ditubuhkan sekian lama.
2. Apapun istilah, seakan nampak satu hambatan pelangi beberapa pemimpin Pas untuk duduk sama taraf dengan pemimpin Umno/BN.
3. Seakan nampak semakin hilang teras perjuangan Pas. Dinyatakan oleh mereka, perjuangan Pas bukan untuk menang bersama Umno/BN tetapi ialah perjuangan menegakkan dasar Pas itu sendiri dan mereka percaya dasar Pas akan diterima juga pada satu hari nanti.

“Apa untungnya mewujudkan ‘Pemerintahan Perpaduan?’ jika dengan Pakatan Rakyat sendiri kita sudah ada acuan perpaduan?” Begitu yang lain bertanya pula.Posted by Tukya

Sunday, June 07, 2009

Timbalan Presiden PAS pertikai kenyataan TGNA

He may not be aware of the irony but when Nasharudin Mat Isa, deputy president of PAS, said Nik Aziz Nik’s views do not represent the party, it is akin to the Islamist party rejecting its soul as the Tok Guru is PAS spiritual leader.

Nasharudin was, of course, referring to Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat’s speech at the muktamar last night, when he rubbished talk of a unity government.

“That is the opinion of Tok Guru, but in the organisation we take the party’s stance. Now there isn’t actually any concrete decision made by the party with regards Umno. The issue will be decided by the party,” he said

( Malaysian Insider 7/6/09 bertajuk "No.2 says Tok Guru is not PAS")

Ust Nasarudin nampaknya mula berani bersuara selepas menang jawatan Timbalan Presiden,dan lebih tragis lagi beliau berani membelakangkan kenyataan yang keluar dari Mursyidul Am PAS sendiri.

Andai mengikut kenyataan dari Timbalan Mursyidul Am Dr Haron Din,Ust Nasa boleh dikategorikan sebagai mereka yang membawa budaya 'non Muslim' ke dalam PAS kerana tidak wala' dan taat kepada pemimpin yang mana TGNA adalah lebih tinggi kedudukannya berbanding Ust Nasa dalam PAS.

Apa pula kata Dr Haron Din tentang Ust Nasa..?Saya kata:PAS selepas muktamar masih belum aman...

Kerajaan perpaduan:masa yang salah

Niat baik Presiden PAS TGHH untuk berdakwah dengan UMNO itu memang betul tetapi masa dan ruang yang digunakan adalah salah.TGHH yang kita kenal dari dulu amat keras dengan UMNO tiba tiba menjadi muluk pula seolah seorang gadis yang telah 'diguna gunakan' oleh seorang lelaki yang ingin memikat.

Pendirian Presiden dilihat seolah olah 'goyang' kerana sebelum ini beliau melalui arus yang berbeza kemudian berpaling untuk melalui arus yang lain pula.Barangkali beliau ingin menyertai Ustaz Asya'ari yang memang dari dulu berdakwah dengan lembut dan kasih sayang dan tidak bersikap menghentam.

Saya boleh sifatkan idea Kerajaan Perpaduan itu sebagai "kalimatul hak arada bihil bathil",meminjam kata kata Saidina Ali yang berhadapan dengan M'uawiyah yang ingin mengangkat Alquran untuk berdamai.

Idea kerajaan perpaduan sepatutnya dilaungkan 20 tahun yang lalu dan buka sekarang dalam keadaan PAS sudah hampir untuk menang menentang UMNO.Semoga ALLAH memberi petunjuk....

Husam kalah tetapi 'Erdogan' tetap menang

Semenjak pertembungan bermula saya menjadi simpati,seterusnya simpati saya bertukar pula kepada suka.Ya itulah namanya Erdogan..

Keputusan telahpun diumumkan,sekalipun kedapatan sedikit perkara yang mengundang minda untuk bertanya dan berfikir,Ustaz Nasarudin walaubagaimanapun tetap telah disahkan menang jawatan Timbalan presiden.

Sekalipun Husam kalah,secara moralnya kumpulan Erdogan juga mengikut peratus kemenangan dan mereka yang dilantik ke jawatan Ajk PAS pusat.

Namun apa yang menyedihkan ialah Presiden dan Timbalannya seolah gagal membaca mesej perwakilan atau sengaja 'buat kering' dengan terus mengeluarkan kenyataan tentang idea kerajaan perpaduan.

Dulu saya menghormati mereka berdua ini, tetapi hari ini saya melihat seolah ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka.Maaf...saya layak mengkritik mereka kerana merasakan kedudukan mereka yang mendapat pendidikan dari Timur Tengah itu adalah sama.Meminjam kata kata Tuan Ibrahim Tuan Man:'Ustaz sama sama ustaz mengkritik tak mengapa..'

Wednesday, June 03, 2009

Nik Aziz sokong Erdogan dalam PAS

Tuan Guru Nik Aziz tidak lagi menyembuyikan sokongannya kepada kumpulan Erdogan dalam Pas menjelang muktamar yang bakal bermula beberapa hari lagi.

Tuesday, June 02, 2009

Persediaan PAS menggantikan UMNO

Dr Dzulkefly Ahmad (Hrkh)

Sesungguhnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sedang berada di tahap paling baik dalam 58 tahun sejarah jatuh-bangun perjuangan politiknya.

Natijah dari pelbagai dinamika politik nasional dan hasil kesediaan kepimpinan memposisi kepentingan perjuangan, PAS kini berada sekali lagi di kedudukan penting yang sekaligus menuntut parti Islam ini terus membuat beberapa pilihan strategik.

Paling kritikal, atas pilihan strategik ini pula akan ditentukan keupayaan dan kelangsungan PAS, samada untuk terus mara menempah kejayaan yang lebih besar atau berpatah balik seumpama yang disaksikan pasca-kejayaan PRU ke-10, yakni keputusan PRU ke-11 April 2004 yang mengembalikan PAS pada garis sokongan tegarnya, tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

Maka di ambang Muktamar ke-55 ini, punya cita-cita besar bagi meletakkan seluruh kepimpinan parti, aktivis, pendukung dan pencintanya, supaya sedar dan insaf, bahawa sekali lagi, kita berada di persimpangan kritikal ini.

Umum bahkan dunia, sedang memerhatikan penampilan serta pengolahan 'Risalah Perjuangan Parti Politik Islam' ini, dalam persaingan mendominasi kuasa abad 21 Masihi-15 Hijrah.
Khususnya di persada pertarungan politik sebuah negara-bangsa yang punya demografi cukup plural atau majmuk, di segi pertentangan pelbagai tuntutan agama, etnik dan budaya yang bersifat 60:40 Islam:Bukan-Islamnya. Cabaran inilah yang cuba digarap dalam penulisan ini, bagi menyambung penulisan lalu "Meniti Tuntutan Perjuangan Pasca Muktamar ke-55".
Penulis ingin pertama-tamanya merakamkan perasaan terkilannya, bahawa polemik kepimpinan Ulama-Profesional telah menelan waktu, tenaga dan penumpuan yang agak keterlaluan.

Yang lebih penting dari kesemua itu sewajarnya ialah menekuni serta mentakrifkan tuntutan perjuangan yang bakal dipikul kepimpinan yang akan dipilih.
Dengan kejelasan itu, akan terserlah gandingan pasukan kepimpinan yang diperlukan bagi memantapkan lagi kepemimpinan Presiden memacu dan melonjakkan parti ke garis prestasi ke keluk yang seterusnya.

Maka membicarakan pilihan strategik di ketika ini adalah satu yang 'dhoruri' dan paling tidaknya sangat dihajatkan parti dalam rangka tuntutan kebijaksanaan perjuangan.
Menggantikan kepimpinan Umno bagi kelompok Islam-Melayu
Seperti yang ditegaskan kepimpinan tertinggi parti umpama Pengarah JK Pilihanraya PAS Pusat, waktunya telah tiba untuk mengambil alih kedudukan Umno selaku parti politik pilihan nombor satu untuk kelompok demografi pengundi Melayu-Islam di Negara ini.
Meski pun telah acap disebut termasuk salah seorang calon Timbalan Presiden, belum ada satu kejelasan strategi yang pernah dilakarkan kearah itu.

Sementara PAS berada di tahap paling kukuh dan kuat, Umno sebaliknya sedang berada di tahap paling lemah dalam laluan usia politiknya. Sebelum kita dikatakan berkhayal, PAS (dan Pakatan) perlu mengalahkan Umno dalam pertandingan 72 kerusi parlimen yang memiliki 2/3 majoriti Melayu-Islam dan 42 kerusi di mana yang majoriti mudahnya adalah pengundi Islam-Melayu. Selebih 51 kerusi parlimen yang lain adalah kerusi majoriti Bukan-Melayu, di mana 18 adalah kerusi majoriti 2/3 dan 33 adalah kerusi majoriti mudah Bukan-Melayu.

Jumlah kerusi pertarungan di Semenanjung ialah 165. Nah, perhatikan baik-baik apa maksud untuk menumbangkan Umno sebagai parti untuk orang Melayu-Islam.
Penulis, seorang optimis tegar seperti didakwanya, yakin bahawa objektif tersebut mampu dilakukan.

Telahan para 'pundit' politik meramalkan Umno tidak akan dapat memugarkan atau 'reengineer' kembali perjuangan sehingga parti Melayu terbesar itu mengalami kekalahan kuasa di peringkat Pusat dan belajar semula selepas menjadi pembangkang untuk satu jangka waktu.
Menarik tesis tersebut. Tidak mustahil kerana kemenangan disilih gantikan Allah SWT. (al-ayat) .

Pun begitu, di segi perhitungan politiknya PAS perlu mengalahkan Umno dalam pertandingan pilihanraya umum akan datang. Untuk ingatan, PAS bertanding dalam 64 kerusi parlimen di Semenanjung, sementara memenangi 27 kerusi.
Umno sebagai perbandingan, menguasai 78 kerusi di Semenanjung. Sebutan mengambil alih kedudukan Umno sebagai parti pilihan orang Islam-Melayu wajar menyedari tuntutan realitinya.

PAS dalam ukuran politik hari ini sudah melepasi kekangan prestasi tradisinya. Dulu, PAS hanya mampu menang dalam pertandingan kerusi-kerusi yang berada dalam 'Malay Belt' atau Kawasan Melayu di Utara dan Pantai Timur.

PAS telah memecahkan tembok ini dalam pola Politik Baru dan bersedia memenangi kerusi-kerusi campuran 60:40 bahkan lebih �mixed� dari itu seperti kerusi Kota Raja. Tegasnya PAS telah menemui formula dan resepi kejayaannya.
Persoalan buat kepimpinan kini ialah: Apakah yang perlu dilakukan kepimpinan parti untuk seterusnya merealisasikan cita-cita mengambil alih kedudukan Umno? Apakah yang bakal menghalang pencapaian objektif ini?

Bersama menggandingkan kekuatan menjatuhkan Umno-BN
Muktamar ke-55 ini juga membawa erti besar untuk parti Islam yang terbesar di negara ini, sekali lagi mempertegaskan komitmennya untuk menyaksikan tumbang kuasa yang telah memerintah negara selama lebih 5 desawarsa.
Lanjutnya kuasa ini telah menafikan negara dan rakyat mengecapi kesejahteraan hidup sebenar sesuai dengan kedudukan negara yang memilikki sumber per kapita antara tertinggi di dunia kerana pelbagai kebobrokan gelagat segelintir pemerintah yang sarat rasuah, kerakusan dan mementing diri.

Amalan demokrasi rosak sementara institusi kehakiman terus reput dan badan legislatif dicekik kuasa Eksekutif.
Media Baru memerdekakan rakyat dan pengundi. Tekanan ke arah pertanggungjawaban dan ketelusan menuntut kerajaan mendedahkan segala kecurangan yang dilakukan pihak pemerintah. Terkini skandal besar PKFZ yang bakal menelan RM12.8 bilion, sebagai 'mercu tanda' pengurusan sarat rasuah Umno-BN.

Umno-BN sudah sampai ke penghujung usianya. Mereka wajib di kalahkan dalam PRU ke-13 bagi mengangkat martabat, maruah dan daya saing negara.
Tidak ada kemungkaran yang lebih jelek dan membinasakan watak negara-bangsa ini amnya dan ummat Islam khususnya dari kehidupan yang menjauhkan manusia dari fitrahnya untuk memakmurkan bumi dan mensejahterakan kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

PAS bergandingan dengan komponen parti Pakatan Rakyat, KeADILan dan DAP, berupaya melakukan sesuatu yang ajaib dan bijak dalam Politik Permuafakatan atau Tahaluf Siyasi (Coalition Politics).

Sindrom takut kalah Umno, takut menang PAS

Di persimpangan 'Politik Transisi' yang serba tidak menentu ini, Umno jelas telah dihinggapi 'Sindrom Takut Kalah' atau 'Atichyphobia- Fear of Failures', sehingga sanggup memberi laluan mudah di Penanti. Umno akan terus dihantui ketakutan dahsyat ini sehinggalah dapat menjalani rawatannya.

Namun PAS juga ditanggapi menghadapi satu fenomena yang sama tetapi sedikit berlainan. Apa yang dialami PAS kini ialah 'Sindrom Takut Kejayaan - Fear of Success'.
PAS bukan takut dikalahkan tetapi lebih takut kejayaan akan mengakibatkan parti Islam kehilangan aAl-Asolahnya' atau 'Ketulenan keIslamannya' lantas curiga serta khawatir untuk menempuh 'jalan-jalan' yang ditanggapi bukan lebuhrayanya bahkan didakwa sesetengah pihak berpotensi membawa kelunturan, pelarutan dan penyimpangannya dari cita-cita perjuangannya.

Penulis memerhatikan bahawa di sebaliknya polemik Ulama-Profesional, tersirat secara lebih mendalam tekanan sindrom ini, khususnya kepada golongan tertentu yang tidak dapat mentasawurkan proses dan gelagat perubahan yang wajar di pacu PAS dalam persaingan di gelanggang politik pluralis yang punya matlamat yang saling bertentangan dan bersimpang-siur.
PAS sangat berhajatkan dirawat dengan tekunan ilmu yang lebih mendalam dan keberanian ijtihad para ulama harakinya untuk keluar dari bahana sindrom ini.
Kesimpulan

Di persimpangan kritikal ini juga, PAS perlu tahu bahawa Umno bukan kawan tapi lawannya. PAS wajar menegaskan bahawa Pakatan Rakyat adalah wasilah paling bijak bertepatan dengan tuntutan waqi� dan fiqh siyasi serta berpadanan dengan maslahah perjuangannya.

PAS sangat perlu menekuni kebijaksanaan untuk menampilkan terus 'tag-line' - 'PAS Untuk Semua' dan 'Islam Untuk Semua' melalui program-program perjuangan yang lebih 'Inklusif' menggamit serta melebarkan tapak sokongan, sementara memperkukuhkan kemurnian agenda Islam bagi sokongan tegar Melayu-Islam.

Sebagai contoh kecil, sedikit waktu lalu beberapa tokoh muda ulama PAS cukup berani membicarakan tentang zakat yang harus dipanjangkan kepada golongan 'asnaf muallaf' termasuk yang bukan-Islam seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Tegasnya, PAS wajar keluar dari kotak pemikiran terlalu 'fiqhiy' (legalistik) kepada paradigma pemikiran 'Usuliy dan Maqasidiy' (Prinsip dan Maksud) lantas berani memposisi Islam dengan lebih mantap lagi dengan hujjah tekunan ilmu Islam yang lebih 'daqiq' (mendalam) dan intelek yang lebih peka dengan realiti semasa.

Terlalu banyak yang perlu digarap termasuk hiburan, mua'malat kewangan-ekonomi, pembangunan sosial, pendidikan dan pertentangan perundangan itu sendiri.
Inilah antara pengisian agenda "Penampilan Agenda Politik Islam PAS" dalam persaingan era baru. PAS mengongsi Keadilan serta Kesejahteraan sistem Islam kepada semua dan Aqidah Islam kepada yang meyakini.

PAS tidak wajar mengulangi kesilapan pendekatan terlalu 'eksklusif' dan 'centrik' yang meminggir rakyat dan pengundi dan dalam kedudukan yang tidak difahami kecuali penyokong tegarnya di kawasan-kawasan tradisinya.
Kesemua ini adalah agenda kepimpinan yang wajar diperbahaskan dan dicermati dengan lebih mendetail dalam Muktamar yang mempersiapkan parti untuk menempah kejayaan yang sama-sama di ingini dan diperjuangkan.

Memang benar kejayaan bukan segala-galanya, namun segala-galanya menantikan kejayaan bagi melakasanakam cita-cita perjuangan!

(Penulis adalah AJK PAS Pusat).





Monday, May 11, 2009

Nik Abduh 'dihukum' Nasarudin Hassan bagaimana?

Sebagaimana Nik Abduh telah merasakan bahawa dia akan 'dihukum' setelah 'kerja kerja bodoh dalam Pas',saya juga merasakan begitu.Kalau saya berada di tempatnya tentu saya amat sukar untuk berdiri di hadapan ramai tambahan pula kedudukannya sebagai anak Tok Guru yang dihormati semua.

Elok juga beliau kalah.Paling tidak boleh juga menyelamatkan Pas dari dikata orang sama seperti Umno yang bersifat parti anak beranak.Tambahan pula Nik Abduh yang selalu menggunakan nama ayahnya sebagai pelindung dan hujah dalam mempertahankan tindakannya.

Apakah nasib yang sama bakal menimpa Ust Nasaruddin Hassan?Saya khuatir sebenarnya, tetapi setakat ini tidak melihat calon yang boleh mencabar kedudukannya.Harap beliau boleh memperbaiki keadaan.

Saya juga turut musykil dengan ulasan MSO yang menyifatkan pertarungan antara 'janggut pendek' dan 'janggut panjang' di Kelantan.Ulasan beliau memperlihatkan dirinya sebagai antara 'penulis murahan' yang kurang nilai intelek.Saya harus berhati hati dengan tulisannya selepas ini.

Hingga saat ini debaran terus menanti, apakah yang bakal tercorak hasil dari musim pemilihan kali ini..

Sunday, May 10, 2009

Bahang pemilihan Pas terasa juga

Dunia saya barangkali masih lagi hanya berkisar tentang sekolah dan anak anak pelajar yang sedang membesar dan mencari acuan hidup masa depan.Perjalanan harian di sekolah bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh hingga tidak mendapat tempat dalam penulisan saya di sini,tetapi bahang di luar sana yang lebih besar memimpin saya agar turut memberikan perhatian.

Pemilihan pemimpin parti memang selalu menarik perhatian saya,kerana sebelum ini pun saya masih belum puas menelaah perjalanan sejarah Islam yang memaparkan bagaimana percaturan dan pergolakan yang berlaku di zaman sahabat khususnya.Pelantikan Abu Bakar sebagai khalifah,Omar,Osman dan Ali seterusnya pemerintahan Muawiyah yang menggambarkan seribu satu persoalan yang tidak pernah memuaskan.

Politik adalah sebahagian dari sejarah,jadi saya secara semulajadinya tidak dapat lari daripada mengikuti,mengkaji,membaca arus dan terdorong meramalkan apa yang bakal terjadi dalam percaturan yang telah dan sedang mereka rencanakan.

Dalam pemilihan Umno yang lalu juga saya tidak terlepas untuk mengikuti dan meneropong gerak perjalanan,dan sudah tentu hati saya terdetik juga untuk melihat nama nama tertentu berjaya dalam cita citanya,Namun nama mereka itu tidak usahlah disebutkan di sini kerana ianya tidaklah begitu penting,malah menyebut nama mereka boleh membuatkan kita terpalit dengan 'fitnah' yang sedia ada di kalangan mereka.

Tak semena mena pemilihan parti Pas yang bakal berlangsung awal jun ini menjadi hangat dan panas juga.Ianya berjaya dipolemikkan dengan isu lama 'Ulama dan Profesional' yang seharusnya sudah selesai tetapi 'sengaja' ditimbulkan kembali untuk menarik simpati dan sokongan dari perwakilan yang bakal memberikan undi dalam muktamar nanti.

Isunya bukan ulama atau profesional,malah isunya ialah siapa yang lebih solid untuk diberikan peluang memimpin gerakan yang sedang meningkat sokongan dan penerimaan dari masyarakat samada dari orang melayu yang beragama Islam atau yang lainnya dari kalangan non muslim.

Malah isu yang lebih besar ialah Pakatan Rakyat atau 'Unity government'.Andai tersalah langkah kedua dua pasukan itu akan menerima keputusan yang tidak memihak.Secara umunya saya setuju dengan idea untuk mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.Itu tidak bermakna ianya sudah sempurna tetapi masih terlalu banyak yang boleh diperbaiki dalam membawa cita cita Islam di Malyasia.

Adapun tentang idea Unity government,ianya seperti berpaling ke belakang,setelah kita berusaha bersama sama pakatan rakyat seterusnya kita timbulkan pula idea unity government yang tidak begitu menarik perhatian rakan kongsi dalam pakatan.Sekalipun unity government itu dikatakan meliputi pakatan rakyat dan Bn tetapi ideanya telah 'diragui' kerana dilihat seperti gabungan antara Pas dan Umno sahaja yang mewakili parti 'orang melayu'.

Idea melayu itulah yang 'tidak benar' dalam unity government,sedangkan sebelum ini Pas telah diterima dengan pendekatan 'Pas for All'.Pas bukan untuk melayu atau muslim sahaja sebagaimana Umno yang lantang dengan idea 'Ketuanan Melayu'nya sebelum ditukar sekarang ini kepada 'One Malaysia'.

Persoalannya adalah,apakah Pas menyesal bersama dengan pakatan rakyat dalam pilihanraya march 08 yang lalu?lalu mengorak langkah untuk membuka laluan yang baru bersama kerajaan BN yang sudah semakin lemah itu..?

Sebagaimana rakusnya Nik Abduh menuding jari kepada pembantu pembantu TGNA,saya juga berani mempersoalkan bagaimana pembantu pembantu Presiden TGHH berperanan mempengaruhi pemikiran TGHH.

Saturday, May 09, 2009

Bila ulama disokong media BN

Dalam suasana musim pemilihan pemimpin Pas yang diadakan dua tahun sekali itu,mereka secara tidak sengaja telah terperangkap dalam gaya dan terma pemilihan parti lawan khususnya Umno.Budaya menghentam dan merendahkan calon lawan sudah semakin meliar dalam parti yang menggelarkan diri mereka sebagai gerakan Islam itu.

Adalah menjadi kebiasaan apabila melihat mereka yang berada dalam aliran kebangsaan berbalah sesama mereka,tetapi apabila 'pebalahan' itu melibatkan mereka yang berada dalam aliran agama,itu adalah sesuatu yang amat menyedihkan sekalipun kita tahu perbezaan pendapat itu adalah sebahagian dari sunnatullah yang tidak dapat tidak pasti berlaku sebagaimana juga telah berlaku pada zaman sahabat Rasulullah SAW dahulu kala.

Kita selalu mendengar rungutan dan kenyataan yang berupa perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin pemimpin Pas terhadap media,namun kini mereka seolah olah lupa akan hal itu bahkan menjadi penyumbang kepada laporan negatif pihak media terhadap pergolakan dalaman rumahtangga mereka.(Lihat Utusan)

Politik telah melekakan mereka dari memerhatikan 'perangkap' yang sedang menunggu di hadapan mereka.Kebejatan musuh seolah sudah tidak menjadi masalah bagi mereka lagi kerana apa yang lebih penting ialah lawan sesama sahabat dalam jemaah yang dikesan berlainan dengan pemikiran mereka.Aliran pemikiran yang berbeza adalah sangat bahaya kepada jemaah dan ianya haruslah 'dibenteras' malah 'dihapuskan' sama sekali.

Friday, May 01, 2009

Sisi lemah blog sebagai platform

Saya tidak mahu terheret lebih mendalam seperti orang lain dalam kemelut dan isu unity goverment vs pakatan rakyat hingga menampakkan sisi lemah dan negatifnya mereka sebagaimana negatifnya 'platform' yang telah mereka pilih untuk menyampaikan sesuatu kepada masyarakat.Yang pasti saya juga bukan anti teknologi.

Sebagaimana dulu saya selalu mengatakan sms adalah satu alat perhubungan yang kadang kadang agak 'nakal' dalam menyampaikan maksud,blog juga mempunyai kelemahan yang hampir sama kerana kedua dua medium itu tidak membekalkan sama sekali deria 'intonasi' yang saya kira amat penting sebagai alat komunikasi.Tanpanya manusia akan sentiasa terdedah dalam perangkap salah faham yang berpanjangan.Malah saya teringat akan kata kata guru semasa belajar dulu yang bersikap lebih extreem dengan mengatakan penulisan melalui buku juga adalah diluar 'akhlak dakwah' kerana masing masing penulis akan terdedah kepada suasana berbalas hujah dan 'tembak menembak' sebagaimana yang berlaku dalam jemaah Islam hari ini.

Tulisan Nik Abduh yang mendatangkan kontroversi dalam Pas ketika ini menarik minat saya untuk diulas.Saya seronok dan terhibur membaca gaya bahasanya dalam penulisan.Nilai sastera yang mendasar dalam penulisannya sesuai dengan jiwa saya yang lembut ini.Keseronokan saya hanya terhenti di situ.Pemikiran saya pasti akan pantas menilai dari sudut lain pula kerana melihatkan beliau adalah seseorang yang sedang menyinar bakatnya ditambah dengan kedudukannya sebagai anak kepada tok guru yang dihormati.Saya sifatkan sebahagian dari tulisannya sebagai kurang nilai akhlak bagi seseorang yang bergelar ustaz sepertinya.

Nik Abduh sepatutnya tidak harus terperangkap dalam 'sunnah pertembungan idea' antara beliau dengan Yb Khalid Samad contohnya.Atau tidak betah membiarkan perasaan cemburu terhadap Husam Musa 'barangkali' yang banyak membantu ayahandanya dalam kerja kerja kerajaan negeri daripada menguasai diri.

Maaf saya tidak pernah mengenali mereka yang terlibat secara dekat,atau saya juga akan terperangkap dalam fitnah 'Blogger' zaman ini.Selain itu saya juga suka menegaskan bahawa Pas ketika ini sedang berhadapan dengan 'fitnah kemenangan' yang sering melemahkan mana mana gerakan Islam bahkan sejak zaman Rasulullah SAW dan Khulafah Ar Rasyidin lagi.

Sunday, April 26, 2009

Mesyuarat agong PIBG As-Syakirin

Mesyuarat berlangsung dengan jayanya.Tahniah kepada YDP baru yang dilantik bersama barisan ajknya.Semoga perjalanan program sekolah akan bertambah berkesan lagi dalam usaha mengisi matlamat perjuangan kita sesuai dengan moto 'PROFESIONAL BERTAKWA'.

Saya teruja dengan ucapan perasmian Ir Izham Hashim juga merangkap pengerusi lembaga pengarah yang menyatakan As-Syakirin adalah merupakan sebuah institusi yang dimiliki oleh ibubapa dan guru sekalipun diasaskan oleh ahli lembaga pengarah yang memegang saham dalam syarikat.Bertitik tolak dari itu beliau amat mengalu alukan sumbangan dan kerjasama dari semua guru dan ibupaba dalam menjayakan cita cita mendidik anak anak agar menjadi manusia yang berguna.

As-Syakirin telahpun bergerak selama 9 tahun,pada usia yang sebegitu telah banyak juga pencapaian yang telah diperolehi namun kita belum boleh berpuas hati setakat itu sahaja malah harus bekerja dengan lebih gigih lagi dalam usaha membina peribadi pelajar dan juga guru sebenarnya malah ibubapa juga.

Sebagaimana ditegaskan oleh Ir Izham juga,pelajar As-Syakirin yang kini berada di tingkatan 3 adalah antara pelajar asas yang merupakan kayu pengukur sejauh mana As-Syakirin berperanan dalam membentuk pelajar.Kejayaan pelajar sudah tentu bukan hanya diukur dari kecemerlangan akademik sahaja malah keseimbangan dari segi rohaninya amatlah dititik beratkan.

Kepada semua warga AsSyakirin,selamat melaksanakan tanggungjawab dengan dedikasinya..

Monday, April 20, 2009

Organisasi kecil

Beberapa hari ini saya banyak termenung memikirkan hal ehwal pelajar dan perjalanan jadual harian organisasi kecil As Syakirin.Sudah masuk bulan keempat saya di sana tetapi belum kelihatan bibit bibit mekar 'wajah hamba' dalam lembaran diari hidup mereka.

Saya termenung mengenangkan betapa itulah gambaran kepada sebuah kehidupan yang ramai antara kita yang membariskan diri sebagai pejuang kebenaran ini bertungkus lumus memastikan pentas yang kondusif terhampar di hadapan mata.Itu semua kita dedikasikan dengan istiqamahnya melalui platform politik.

As Syakirin adalah sebuah monumen kecil yang mewakili sebuah negara Islam yang bakal terbina pada masa depan.Saya adalah antara mereka yang terlibat melakar perjalanan,menyumbang saranan dan menyiram seteguk dua cinta dari keagungan cahaya Ilahi.Tetapi saya bukan 'nakhoda'nya yang akan menentukan arah sebenar sasar perjalanan.Evolusi Ilmuana belum berada pada tracknya yang sebenar.

Anak anak remaja itu punya latarbelakang yang pelbagai.Kebanyakan mereka datang dari keluarga sederhana dan tidak kurang juga dari keluarga yang berada.Pendek kata makan pakai mereka semuanya beres.Kekurangan mereka adalah 'ilmu dan didikan' yang menjadi harapan kepada ibubapa mereka untuk dijadikan bekal buat meneruskan kehidupan.

'Profesional bertakwa' adalah kata kata azimat yang perlu dijadikan pemangkin kepada semua guru dalam setiap nafas pergerakan tugas mereka saban hari.Persoalan selalunya timbul dalam setiap azam yang dilafazkan..jujurkah mereka melaksanakan niat itu?

Saturday, April 18, 2009

Politik PAS mengambil giliran

Pemilihan Umno sudah pun selesai.Penuh kontroversi dan kadangkala memualkan apabila Mahathir kembali 'berdrama'.Kabinet baru juga sudah terbentuk.Ternyata Najib masuk juga ke dalam 'perangkap' Mahathir.Biarlah luncai terjun dengan labu labunya...

Bulan Jun akan menyaksikan giliran Pas pula untuk bermuktamar dan memilih pemimpin.Manakala Saya masih di sini juga tidak mendapat surat untuk menghadiri mesyuarat walaupun ahli.Entah dimana kelemahannya Pas saya pun kurang pasti.Namun itu bukanlah masalahnya kerana saya merasa tetap sebahagian daripada perjuangan ini.Masih ada tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam masyarakat.

Secara kebetulan, kali ini saya berpeluang untuk mengetahui perkembangan politik Pas secara lebih dekat.Barangkali setelah menjadi ahli atau mungkin juga kedudukan saya sebagai salah seorang warga pendidik di Shah Alam itu sebagai faktor.Rupa rupanya Ydp yang baru menang di Kelana Jaya minggu lalu adalah juga Boss saya(Ir Izham Hasyim),seterusnya orang yang ditakdirkan kalah itu pula adalah saudara Roslan sms yang selalu juga saya menjenguk sebagai pembaca di blognya sejak dulu.

Perkembangan politik Pas semenjak dua menjak ini kelihatan lebih menarik untuk dibincangkan kerana sudah heboh diperkatakan dalam Pas kini telah ada dua team.Bila sebut soal team pemikiran saya akan cepat terbayang akan Umno yang kapalnya sedang melalui saat seperti dalam filem 'Titanic' itu.

Apakah benar kepemimpinan Pas akan berubah?

Sunday, April 05, 2009

Bagaimana PAS Selangor berperanan

Ulang tahun pertama pemerintahan Pakatan Rakyat di selangor telahpun disambut.Berbagai aktiviti telah diadakan untuk mengenang kembali suasana kemenangan march 2008 yang lalu.Saya cuma sempat hadir pada pidato kebangsaan Anwar yang diadakan di audatorium MBSA Shah Alam sebulan yang lalu.Manakala majlis yang dipelopori oleh pemimpin Pas di Selangor khususnya, tidak begitu mendapat liputan yang sewajarnya.Kenapa PAS tidak menonjol di Selangor?

Barangkali dari segi promosinya kurang,berikutan Pas yang tidak mempunyai saluran media yang besar lagi berpengaruh selain harakah yang terbit dua minggu sekali.Harakah edisi internet juga kurang melaporkan tentang Pas di Selangor.Atau Pas Selangor harus memikirkan bagaimana untuk tampil dengan blog sendiri seperti Tengganukite.net yang diusahakan oleh Pemuda Besut sejak lama dulu.

Saya teruja untuk menulis sedikit tentang peranan dan aktiviti Pas di Selangor lantaran melihat seperti ada 'penangguhan' dalam kerja kerja mendekati masyarakat atau dalam kata lainnya dakwah kepada rakyat Selangor.Pas seolah olah tidak mahu memanfaatkan kuasa yang ada di Selangor sedangkan sebelum ini kita bermati matian berjuang mendapatkan kuasa itu daripada kerajaan BN.

Bagaimana Pas memanfaatkan JAIS untuk sampai kepada masyarakat?atau Pas masih belum mampu untuk menyerap ke dalamnya lantaran terdapatnya unsur unsur yang terlalu berhati hati memelihara saki baki pengaruh Umno di situ?yang agak kelihatan ialah Pas cuba untuk mengubah peranan dan gerak kerja di Masjid dan surau seluruh Selangor dengan mengadakan pemilihan AJK dan Nazir yang baru sesuai dengan semangat demokrasi yang bebas memilih itu.

Itu mungkin melibatkan exco agama,bagaimana pula exco pendidikan yang tentunya memainkan peranan yang lebih berkesan untuk sampai kepada masyarakat.Saya ambil contoh KUIS dan Yayasan Selangor yang banyak berperanan berkenaan dengan pelajar dan jenerasi muda Selangor,bagaimana Pas memanfaatkan dua institusi besar tersebut untuk membawa pengaruh islam yang lebih berkesan?

Manakala satu lagi exco perumahan yang dipegang oleh Pas,saya tidak begitu arif untuk mengulas kerana ianya kelihatan tidak terlibat dengan pendidikan terhadap masyarakat,ianya lebih kepada pembangunan,tetapi tidak mustahil andainya adun yang memegang portfolio tersebut bijak memainkan peranan sebagai seorang pendakwah dalam mendekati masyarakat.

Pas Selangor...bangunlah 'lebih agresif' berdakwah kerana perjuangan sebenar kita selama ini adalah untuk itu.

Kemenangan Khairy dan Zahid tak bersambut?

Setelah Najib menjadi Perdana Menteri,Kelibat ketua pemuda yang baru Khairy Jamaludin tidak begitu menonjol,yang sering kelihatan ialah Hisyamudin Husain yang tampil berganding dengan Shahrizat berkempen di pilihanraya kecil,malah Zahid yang menang lebih bergaya berbanding Hisyamudin juga tidak menonjol.Apakah benar 'persepsi awam' yang mengatakan orang orang Pak Lah akan dipinggirkan dalam Umno?

Isyarat awalnya mengatakan begitulah,tambahan lagi Mahathir sudah kembali ke dalam Umno,orang tua yang masih bernafsu itu pasti akan mengatur perancangan bagaimana untuk menyingkirkan menantu Pak Lah yang telah memalukannya dengan kekalahan anaknya Mukhriz dalam pemilihan ketua pemuda.Manakala Zahid pasti belum terlepas badi bersama Anwar yang menghentam Mahathir semasa menjadi ketua pemuda dulu.

Lembaga disiplin Umno telah memberikan isyarat awal mengatakan ada dikalangan mereka yang menang pemilihan Umno tempohari sedang disiasat terlibat dengan politik wang.Sekalipun individu yang terlibat tidak didedahkan,peminat politik sudah tentu cepat membaca riak apabila Khairy yang tidak berperanan mengetuai gerak gempur pemuda dalam tiga pilihanraya kecil yang bakal diadakan selasa ini.

Apa pula masalahnya dengan Zahid yang menang bergaya tempohari?sehingga Hisyamudin pula yang lebih menonjol,mungkin itulah permulaannya dinasti keluarga Abd Razak dan Husain merencanakan penguasaan mereka di bumi Malaysia yang serba boleh ini.

Apakah Zahid dan Khairy sedar akan riak yang sedang bermula ini?bagaimana Khairy berusaha untuk melepaskan diri dari perangkap dan jerat yang ada dihadapan?bara Umno yang 'digenggam' pasti akan lebih perit dan panas selepas pemergian bapa mertua dari singgahsana seri perdana.

Isyarat kedua pasti akan menyusul selepas pilihanraya kecil,ketika itu Najib akan tampil dengan mengumumkan barisan kabinetnya yang baru.Tersenaraikah Khairy dan zahid dalam 'pasukan mantap' Najib yang baru itu?sama samalah kita tunggu dan lihat..

Monday, March 23, 2009

Khairy masih diperlukan Najib?

Saya bosan menunggu bila Pak Lah akan bertindak terhadap Najib.Dalam kesibukan Umno bersiap sedia untuk bertarung sesama sendiri di PWTC,Pak Lah pula jauh di luar negara memanjangkan hubungan perdagangan dengan Kuwait.Barangkali Pak Lah harus memastikan sedikit lagi projek untuk anak anaknya terurus sebelum dia meninggalkan pejabat minggu depan.

Barangkali benarlah bisikannya ke telinga Anwar sewaktu makan tengahari di Hulu Langat tempohari...'Its too late'..Justeru tiada jalan lain bagi Anwar kecuali bersedia untuk berhadapan dengan 'badai' yang entah bagaimana dalam genggaman Najib nanti.Usaha untuk mengekang Najib untuk mara menjadi juara sudahpun gagal.

Seterusnya ulasan harus juga difokuskan ke arah percaturan Najib dalam mengemudi kuasa.Semenjak dua ini si Tua Mahathir mula mengasak lagi.Di atas kertas dikatakan dua proksinya telahpun menang secara moral sekalipun mood pemilihan ahli Umno belum benar benar boleh dibaca.Muhyidin kelihatannya sedikit lega apabila Ali Rustam yang dikatakan telah mendahului kempen Timbalan Presiden dijatuhkan melalui lembaga disiplin.

Manakala Mukhriz anaknya juga dikatakan telah mendahului kempen,ditambah dengan ancaman dan pukulan sipi terhadap khairy yang mungkin sedikit mempengaruhi perwakilan,manakala Norza hulubalang Khairy telah dijatuhkan lagi hari ini.

Mampukah Najib selamat dari bayang bayang Mahathir atau memang naiknya beliau kali ini bersama dengan perjanjian dinasti Mahathir..?Andai Najib sedikit jantan,tentu beliau tidak mahu naik bersama bayangan Mahathir kerana sebelum ini Mahathir telah beberapa kali cuba 'memukul'nya malah memuji Muhyidin orang yang bakal menjadi timbalannya.

Andai naiknya Najib kerana Mahathir,nescaya saya meramalkan kedudukannya sebagai presiden Umno tidak tenang dan selamat.Beliau harus menyelamatkan Khairy untuk mengimbangi Mukhriz,manakala Muhammad Taib harus menjadi gandingannya berbanding Muhyidin yang akan menjadi senjata Mahathir untuk menggangu kerusi empuk presiden nanti.

Dimana sepupunya Hisyamudin?calon naib presiden ini juga kelihatannya tidak boleh diharap kerana cenderung membela Mukhriz yang sudah tentu berada bersama team Mahathir.Zahid Hamidi mungkin orang yang boleh diharapkan untuk menguatkan barisan.Justeru lengkaplah pasukannya Najib-Muhammad Taib-Zahid-Dan Khairy.Sekalipun tidaklah begitu sempurna tetapi lebih selamat berbanding Najib-Muhyidin-Hisyamudin-Mukhriz (Mahathir).

Satu peringatan untuk Najib,Mahathir tidak akan membiarkan anda 'memandu' sendiri,beliau sudah tentu belum puas menggangu sebagaimana dulu beliau menggangu Pak Lah.Andai anda tidak bijak nescaya anda akan menjadi giliran yang seterusnya untuk digulingkan...

Saturday, March 21, 2009

Siapa ulama@pemimpin pasif dalam Pas?

Persoalan ini timbul ekoran dari kenyataan dari Naib Ketua Pemuda Pas Ust Nasaruddin Hassan.Beliau tentu ada asas yang kukuh untuk memperkatakan hal ehwal dalaman Pas yang mungkin orang luar mesyuarat seperti saya (bukan Ajk)tidak boleh tahu tentangnya.

Nampaknya Ust Nasaruddin adalah orang pertama yang menyentuh tentang pemilihan pemimpin dalam Pas.Mungkin bahang pemilihan agung Umno cepat merayap ke dalam pemikiran beliau lalu datang idea untuk mengingatkan ahli Pas agar bersedia lebih awal untuk memilih pemimpin yang 'boleh bekerja dan tidak pasif'.

Siapakah yang dimaksudkan sebagai ulama@pemimpin yang pasif dalam Pas?jawapan hanya mampu dijawab oleh mereka yang mempunyai kesempatan hadir dalam mesyuarat Ajk Pas pusat sahaja.

Pokoknya dalam Pas memang diakui masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki samada di tahap pemimpin malah lebih lagi di peringkat ahli bawahan.Saya sendiri secara peribadi melihat seperti ada sesuatu yang 'longgar' dalam Pas.Sebagai contoh,saya lontarkan satu persoalan bagaimana pemimpin pemimpin Pas berfikir meletakkan perjuangan dalam kerangka sistem yang boleh menjerat diri sendiri di masa hadapan.

Kenapa Pas begitu yakin dan percaya dengan sistem Demokrasi? yang mereka sendiri tahu bahawa sistem itu adalah berasal dan dirangka oleh Barat.Pas sendiri sering terperangkap dan menjadi mangsa kepada Spr, Perlembagaan,Sistem beraja,Parlimen dan sebagainya.

Saya memang ahli Pas yang sah,tetapi perjuangan dan pemikiran saya tidaklah semestinya menurut apa saje yang dibawa oleh pemimpin.Saya menyertai Pas adalah atas dasar perjuangan Islamnya,apa saje bentuk kekurangan,kelemahan dan penyelewengan yang boleh mengagalkan usaha perjuangan itu haruslah saya tegur dan perbaiki sesuai dengan amanah yang ada pada diri saya sebagai hamba Allah yang mu'min.

Saya tidak mahu menentang Pas,bahkan saya mahu perjuangan ini sampai kepada matlamatnya tanpa dilengahkan oleh 'ganguan' yang berlindung di sebalik nama Demokrasi.Sudah sampai masanya kita berjuang atas 'dasar' yang lebih jelas dan meyakinkan...

Friday, March 20, 2009

Berhati hati dengan minuman YEOs

Oleh amizie

"E-mail dari seorang teman untuk di kongsi bersamaSalam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia.
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredients nya.....
Klik gambar untuk paparan lebih jelasApa kejadah ni? Dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di...... di negara yg dah mmg tersohor bubuh melamine dalam susu!!-Sharing Is Caring-Nota: E471 boleh dihasilkan dari 2 sumber iaitu tumbuhan atau pun haiwan. Bukan semestinya semua E471 adalah haram, perlu dikenalpasti dahulu bahan asas yang digunakan! untuk menghasilkan E471 itu terlebih dahulu. Sekiranya bahan asasnya adalah tumbuhan, E471 itu adalah halal.

Thursday, March 19, 2009

Maulidur Rasul:Bacaan dari sudut politik

Dr Muhammad Habash
Sunday, 08 March 2009
دين ودنيا الثورة 6 /3 /2009{mosimage}

لم يتحدث السلف من الصحابة ولا التابعين عن المولد النبوي ولا يمكنك أن تجد في القرآن الكريم ولا في السنة النبوية
شيئاً عن المولد النبوي، ولو كان المطلوب أن نكتفي بما ورد في الكتاب والسنة لكان إحياء المولد النبوي بالفعل بدعة خاطئة غير مقبولة، ولكن العقل الإسلامي منذ بداية الرشد هدي إلى ابتكار مواسم هادفة ضرورية اتخذها منابر ليعيد للأجيال الآتية سيرة السابقين ويجدد كفاحهم.
وبعيداً عن خطاب المساجد في مديح رسول الله، والحديث عن شمائله ومناقبه وخصائصه فإن هذا المقال ماض للحديث عن الرسول الاكرم في رسالته الخالدة قائداً تحررياً قاد بنفسه أول كفاح من أجل وحدة العرب واستقلال سوريا. في غاره كان يتأمل في حرية أمته ومستقبلها، كيف يسوغ أن نقبل باحتلال رومي لأرض مصر والشام العربية، واحتلال فارسي لأرض الرافدين، لقد تحدث إلى الناس في بصرى وإربد وعمان والبتراء باللسان العربي، كل شيء في بلاد الشام عربي اللسان والعادات والقبائل والشعر والمشاعر والتاريخ والآباء والحنين والنوق والخيل كل شيء هناك عربي بلهجة آرامية، إلا حكامها فقد كانوا روماً بيزنطيين!!
الشام أرض زنوبيا (زينب بنت عمرو بن الظرب) وأرض الغساسنة والكلدانيين والإيبلائيين والفينيقيين من العرب كانت
محكومة من قبل نسطاس بن نسطورس وهو محتل رومي لا يمت بشيء من الصلة لأرض الشام الشري
.لا شك أنه سمع بكفاح زنوبيا أول كفاح عربي في مواجهة روما، لقد بنت حضارتها في قلب الصحراء وخلقت المعجزة
الشاهدة على الدهر، وأعلنت وحدة سوريا مستقلة حرة، ثم وصلت جيوشها إلى مصر تعلن أول دولة عربية تضم سوريا ومصر، ولكن الجيوش الرومانية لم تبطئ في اقتحام الصحراء ووصل الامبراطور يوليان نفسه إلى تدمر ولم يهدأ لروما
بال حتى قضت على طموح سيدةالصحراء وأعلنت نهاية الحلم العربي في الاستقلال والحرية!
ومع أن الرسول الكريم كان رجل هداية وعبادة ولكنه لم يكتم مشروعه السياسي في التحرر من ربقة الاستعمار الرومي والفارسي وقال بوضوح: إذا مات كسرى فلا كسرى بعده وإذا هلك قيصر فلا قيصر بعده!! مذ كان يافعاً كانت تطوف بخاطره آمال كبار لقد وصل إلى بصرى الشام في غمار قوافل التجارة وكان يتأمل في ذلك كله ويقول كيف يمكن لأمة ترتبط اقتصادياً من اليمن إلى الشام بإيلاف واحد أن تكون في قبضة مستعمر غاز لا يرحم؟
ولماذا يجب على أهل الشام طاعة القيصر في بيزنطة؟ ولماذا يرغم نهر بردى أن يعبر القنوات الرومانية ليسقي المزارع التي تجبى ثمراتها إلى القسطنطينية؟ ولماذا يجب أن يكون نهر النيل العظيم شرياناً للرومان الذين ما زالوا يأكلون خيرات مصر منذ اقترن أنطونيو بكليوباترة، ومنذ بدأ المصريون نتيجة خرافة غادرة بإلقاء خيرة صباياهم في النيل كل عام من اجل استرضاء الرب الأبله الذي لا يفجر ماء النيل إلا إذا خطف واحدة من صبايا مصر الحسناوات!! وهو أرق استمر حتى بعد الفتح الإسلامي وحين كتب عمرو بن العاص إلى عمر بن الخطاب بشأن ذلك يستأذنه في تنفيذ رغبة أهل مصر وإلقاء فتاة في النيل استرضاء للرب واستجداء لماء النيل كتب له عمر غاضباً ويلك: وإذا الموؤودة سئلت بأي ذنب قتلت
!
المشروع السياسي للرسول الكريم كان من وجهة نظري واضحاً تماما، تحرير بلاده ومن ثم بناء علاقات صحيحة ومسؤولة مع أمم الجوار من فرس وكرد ورم وحبش وهند، لقد بدا أولاً بتوحيد جزيرة العرب، ثم أطلق رجاله إلى بلاد العرب التاريخية التي تمتد تقليديا من الكويت إلى موريتانيا، هي أراض لم يحصل أن زارها النبي الكريم من قبل، ولم تكن لديه بالطبع خرائط لجغرافيا أرض العرب ولكنه كان يدرك تماماً أن هناك كفاحاً قدمه الآباء السوريون من فينيقيين وكلدان وبابليين على شواطئ المتوسط من أنطاكية إلى الاسكندرية إلى قرطاج كان يحمل إلى تلك الشواطئ المترامية الأطراف شوق الصحراء العارم، وحديثاً دافئاً عن بيت المقدس وعن الكعبة بيوت الله الطاهرة التي بناها إبراهيم جد
العرب.
رجاله الذين ساروا فيما بعد على الشاطئ الشمالي لأفريقيا من عمرو بن العاص إلى عقبة بن نافع لم يكونوا في سيبل خلق ديموغرافيا جديدة، بل كانوا في سبيل إحياء ما تصرم من عناء الآباء المنزرعين منذ فجر التاريخ في تلك الشواطئ، والذين بنوا الشواطئ الأفريقية وانقطعت وشائجهم مع أرض العرب وتبربرت ألسنتهم وتأمزغت وقد انقطع بهم وبأبنائهم السبيل للوصال مع أرض الأنبياء.
كان رجاله يعرفون تماماً أين ينبغي أن تمضي رسالة الحرية، فوق أرضهم العربية التي عانت طويلاً من الاحتلال والقهر، وفي إشارة واضحة للبوابة الشرقية قال عمر: وددت لو أن بيننا وبين فارس جبلاً من نار لا يصلون إلينا ولا نصل إليهم!! وفي الجانب الأعلى من وطنه العربي كان يقول اتركوا الترك ما تركوكم فإنه لا يسلب أمتي ملكها وما خولها الله إلا بنو قنطوراء!
ومن جهة الجنوب فقد أرسل علياً ومعاذ بن جبل وأبا موسى الأشعري ولم يكن ليقبل اليمن السعيد إلا بكامل ترابه من باب المندب إلى بحر العرب، أما المنذر بن ساوى فقد رسم لدولة الإسلام كامل الشاطئ الشرقي من أرض العرب من عمان إلى الكويت.
أرجو أن لا أبدو هنا سمجاً أستخدم خطاباً خشبياً يربط منطق النبوات بعصر القوميات، ولكنه في الواقع صورة متقدمة من الكفاح إياه الذي يكابده اليوم أهلنا في العراق وأهلنا في فلسطين للخلاص من الاحتلال البغيض وبناء دولة الحرية بعد رحيل الاستبداد.
لا أستطيع أن أزعم بالطبع أن النبي الكريم رسم خريطة العرب من الكويت إلى موريتانيا ومن أنطاكية إلى أكسوم إلى
القرن الأفريقي، وأدخل فيها الطنب الكبرى والطنب الصغرى وأبو موسى وكيليكيا وعربستان ولواء اسكندرون، وكتب تحتها أمة عربية واحدة ذات رسالة خالدة!! ولكن قراءة دقيقة لتاريخ الفتوح يجعلك تشعر بالدهشة حيث ترسمت خطى الفاتحين نفس الخطى التي سلكها من قبل في الشمال السوريون الفينيقيون الأوائل، وفي الجنوب العرب العدنانية والقحطانية، وأنجزوا خلال الخلافة الراشدة تحديداً خلاص البلاد العربية من الاستعمار الرومي والروماني والفارسي وبدء فجر جديد للأمة العربية.
قد يكون في شهادتي نوع من التجريح بسبب انتمائي إليه، ولكنني سأختار شاهدي على رواية هذه الحقائق من كلام واحد
من أوفى أبناء السيد المسيح الشاعر القروي رشيد سليم الخوري الذي كتب في ضمير التاريخ
:عيد البرية عيد المولد النبوي في المشرقين له والمغربين دوييا فاتح الأرض ميداناً لدولته صارت بلادك ميداناً لكل قوييا قوم هذا مسيحي يذكركم لن يوقظ الشرق إلا حبنا الأخويفإن أتيتم رسول الله تكرمة
فبلغوه سلام الشاعر القروي هل نسيء إلى رسالته إذا قلنا إنه كان يحمل هماً قومياً وطنياً من اجل بناء بلده؟ بعض
الأصدقاء يظنون أن أي كلام عن رسالة النبي الوطنية أو القومية أو عبقريته وموهبته تقتضي ضرورة أنه كان خارج سياق النبوة، وكأن النبوة لا تنزل على العباقرة والموهوبين، وكأن رسالته في نشر الإيمان تتعارض مع دوره في خدمة المجتمع وبناء الحياة.
المشروع السياسي للنبي الأكرم باختصار تحرير أرض العرب سلماً أو حرباً، ثم بناء علاقات صحيحة مع الأمم، وتوجيه رسالة الهدى والرحمة للعالمين.