Monday, March 23, 2009

Khairy masih diperlukan Najib?

Saya bosan menunggu bila Pak Lah akan bertindak terhadap Najib.Dalam kesibukan Umno bersiap sedia untuk bertarung sesama sendiri di PWTC,Pak Lah pula jauh di luar negara memanjangkan hubungan perdagangan dengan Kuwait.Barangkali Pak Lah harus memastikan sedikit lagi projek untuk anak anaknya terurus sebelum dia meninggalkan pejabat minggu depan.

Barangkali benarlah bisikannya ke telinga Anwar sewaktu makan tengahari di Hulu Langat tempohari...'Its too late'..Justeru tiada jalan lain bagi Anwar kecuali bersedia untuk berhadapan dengan 'badai' yang entah bagaimana dalam genggaman Najib nanti.Usaha untuk mengekang Najib untuk mara menjadi juara sudahpun gagal.

Seterusnya ulasan harus juga difokuskan ke arah percaturan Najib dalam mengemudi kuasa.Semenjak dua ini si Tua Mahathir mula mengasak lagi.Di atas kertas dikatakan dua proksinya telahpun menang secara moral sekalipun mood pemilihan ahli Umno belum benar benar boleh dibaca.Muhyidin kelihatannya sedikit lega apabila Ali Rustam yang dikatakan telah mendahului kempen Timbalan Presiden dijatuhkan melalui lembaga disiplin.

Manakala Mukhriz anaknya juga dikatakan telah mendahului kempen,ditambah dengan ancaman dan pukulan sipi terhadap khairy yang mungkin sedikit mempengaruhi perwakilan,manakala Norza hulubalang Khairy telah dijatuhkan lagi hari ini.

Mampukah Najib selamat dari bayang bayang Mahathir atau memang naiknya beliau kali ini bersama dengan perjanjian dinasti Mahathir..?Andai Najib sedikit jantan,tentu beliau tidak mahu naik bersama bayangan Mahathir kerana sebelum ini Mahathir telah beberapa kali cuba 'memukul'nya malah memuji Muhyidin orang yang bakal menjadi timbalannya.

Andai naiknya Najib kerana Mahathir,nescaya saya meramalkan kedudukannya sebagai presiden Umno tidak tenang dan selamat.Beliau harus menyelamatkan Khairy untuk mengimbangi Mukhriz,manakala Muhammad Taib harus menjadi gandingannya berbanding Muhyidin yang akan menjadi senjata Mahathir untuk menggangu kerusi empuk presiden nanti.

Dimana sepupunya Hisyamudin?calon naib presiden ini juga kelihatannya tidak boleh diharap kerana cenderung membela Mukhriz yang sudah tentu berada bersama team Mahathir.Zahid Hamidi mungkin orang yang boleh diharapkan untuk menguatkan barisan.Justeru lengkaplah pasukannya Najib-Muhammad Taib-Zahid-Dan Khairy.Sekalipun tidaklah begitu sempurna tetapi lebih selamat berbanding Najib-Muhyidin-Hisyamudin-Mukhriz (Mahathir).

Satu peringatan untuk Najib,Mahathir tidak akan membiarkan anda 'memandu' sendiri,beliau sudah tentu belum puas menggangu sebagaimana dulu beliau menggangu Pak Lah.Andai anda tidak bijak nescaya anda akan menjadi giliran yang seterusnya untuk digulingkan...

Saturday, March 21, 2009

Siapa ulama@pemimpin pasif dalam Pas?

Persoalan ini timbul ekoran dari kenyataan dari Naib Ketua Pemuda Pas Ust Nasaruddin Hassan.Beliau tentu ada asas yang kukuh untuk memperkatakan hal ehwal dalaman Pas yang mungkin orang luar mesyuarat seperti saya (bukan Ajk)tidak boleh tahu tentangnya.

Nampaknya Ust Nasaruddin adalah orang pertama yang menyentuh tentang pemilihan pemimpin dalam Pas.Mungkin bahang pemilihan agung Umno cepat merayap ke dalam pemikiran beliau lalu datang idea untuk mengingatkan ahli Pas agar bersedia lebih awal untuk memilih pemimpin yang 'boleh bekerja dan tidak pasif'.

Siapakah yang dimaksudkan sebagai ulama@pemimpin yang pasif dalam Pas?jawapan hanya mampu dijawab oleh mereka yang mempunyai kesempatan hadir dalam mesyuarat Ajk Pas pusat sahaja.

Pokoknya dalam Pas memang diakui masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki samada di tahap pemimpin malah lebih lagi di peringkat ahli bawahan.Saya sendiri secara peribadi melihat seperti ada sesuatu yang 'longgar' dalam Pas.Sebagai contoh,saya lontarkan satu persoalan bagaimana pemimpin pemimpin Pas berfikir meletakkan perjuangan dalam kerangka sistem yang boleh menjerat diri sendiri di masa hadapan.

Kenapa Pas begitu yakin dan percaya dengan sistem Demokrasi? yang mereka sendiri tahu bahawa sistem itu adalah berasal dan dirangka oleh Barat.Pas sendiri sering terperangkap dan menjadi mangsa kepada Spr, Perlembagaan,Sistem beraja,Parlimen dan sebagainya.

Saya memang ahli Pas yang sah,tetapi perjuangan dan pemikiran saya tidaklah semestinya menurut apa saje yang dibawa oleh pemimpin.Saya menyertai Pas adalah atas dasar perjuangan Islamnya,apa saje bentuk kekurangan,kelemahan dan penyelewengan yang boleh mengagalkan usaha perjuangan itu haruslah saya tegur dan perbaiki sesuai dengan amanah yang ada pada diri saya sebagai hamba Allah yang mu'min.

Saya tidak mahu menentang Pas,bahkan saya mahu perjuangan ini sampai kepada matlamatnya tanpa dilengahkan oleh 'ganguan' yang berlindung di sebalik nama Demokrasi.Sudah sampai masanya kita berjuang atas 'dasar' yang lebih jelas dan meyakinkan...

Friday, March 20, 2009

Berhati hati dengan minuman YEOs

Oleh amizie

"E-mail dari seorang teman untuk di kongsi bersamaSalam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia.
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredients nya.....
Klik gambar untuk paparan lebih jelasApa kejadah ni? Dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di...... di negara yg dah mmg tersohor bubuh melamine dalam susu!!-Sharing Is Caring-Nota: E471 boleh dihasilkan dari 2 sumber iaitu tumbuhan atau pun haiwan. Bukan semestinya semua E471 adalah haram, perlu dikenalpasti dahulu bahan asas yang digunakan! untuk menghasilkan E471 itu terlebih dahulu. Sekiranya bahan asasnya adalah tumbuhan, E471 itu adalah halal.

Thursday, March 19, 2009

Maulidur Rasul:Bacaan dari sudut politik

Dr Muhammad Habash
Sunday, 08 March 2009
دين ودنيا الثورة 6 /3 /2009{mosimage}

لم يتحدث السلف من الصحابة ولا التابعين عن المولد النبوي ولا يمكنك أن تجد في القرآن الكريم ولا في السنة النبوية
شيئاً عن المولد النبوي، ولو كان المطلوب أن نكتفي بما ورد في الكتاب والسنة لكان إحياء المولد النبوي بالفعل بدعة خاطئة غير مقبولة، ولكن العقل الإسلامي منذ بداية الرشد هدي إلى ابتكار مواسم هادفة ضرورية اتخذها منابر ليعيد للأجيال الآتية سيرة السابقين ويجدد كفاحهم.
وبعيداً عن خطاب المساجد في مديح رسول الله، والحديث عن شمائله ومناقبه وخصائصه فإن هذا المقال ماض للحديث عن الرسول الاكرم في رسالته الخالدة قائداً تحررياً قاد بنفسه أول كفاح من أجل وحدة العرب واستقلال سوريا. في غاره كان يتأمل في حرية أمته ومستقبلها، كيف يسوغ أن نقبل باحتلال رومي لأرض مصر والشام العربية، واحتلال فارسي لأرض الرافدين، لقد تحدث إلى الناس في بصرى وإربد وعمان والبتراء باللسان العربي، كل شيء في بلاد الشام عربي اللسان والعادات والقبائل والشعر والمشاعر والتاريخ والآباء والحنين والنوق والخيل كل شيء هناك عربي بلهجة آرامية، إلا حكامها فقد كانوا روماً بيزنطيين!!
الشام أرض زنوبيا (زينب بنت عمرو بن الظرب) وأرض الغساسنة والكلدانيين والإيبلائيين والفينيقيين من العرب كانت
محكومة من قبل نسطاس بن نسطورس وهو محتل رومي لا يمت بشيء من الصلة لأرض الشام الشري
.لا شك أنه سمع بكفاح زنوبيا أول كفاح عربي في مواجهة روما، لقد بنت حضارتها في قلب الصحراء وخلقت المعجزة
الشاهدة على الدهر، وأعلنت وحدة سوريا مستقلة حرة، ثم وصلت جيوشها إلى مصر تعلن أول دولة عربية تضم سوريا ومصر، ولكن الجيوش الرومانية لم تبطئ في اقتحام الصحراء ووصل الامبراطور يوليان نفسه إلى تدمر ولم يهدأ لروما
بال حتى قضت على طموح سيدةالصحراء وأعلنت نهاية الحلم العربي في الاستقلال والحرية!
ومع أن الرسول الكريم كان رجل هداية وعبادة ولكنه لم يكتم مشروعه السياسي في التحرر من ربقة الاستعمار الرومي والفارسي وقال بوضوح: إذا مات كسرى فلا كسرى بعده وإذا هلك قيصر فلا قيصر بعده!! مذ كان يافعاً كانت تطوف بخاطره آمال كبار لقد وصل إلى بصرى الشام في غمار قوافل التجارة وكان يتأمل في ذلك كله ويقول كيف يمكن لأمة ترتبط اقتصادياً من اليمن إلى الشام بإيلاف واحد أن تكون في قبضة مستعمر غاز لا يرحم؟
ولماذا يجب على أهل الشام طاعة القيصر في بيزنطة؟ ولماذا يرغم نهر بردى أن يعبر القنوات الرومانية ليسقي المزارع التي تجبى ثمراتها إلى القسطنطينية؟ ولماذا يجب أن يكون نهر النيل العظيم شرياناً للرومان الذين ما زالوا يأكلون خيرات مصر منذ اقترن أنطونيو بكليوباترة، ومنذ بدأ المصريون نتيجة خرافة غادرة بإلقاء خيرة صباياهم في النيل كل عام من اجل استرضاء الرب الأبله الذي لا يفجر ماء النيل إلا إذا خطف واحدة من صبايا مصر الحسناوات!! وهو أرق استمر حتى بعد الفتح الإسلامي وحين كتب عمرو بن العاص إلى عمر بن الخطاب بشأن ذلك يستأذنه في تنفيذ رغبة أهل مصر وإلقاء فتاة في النيل استرضاء للرب واستجداء لماء النيل كتب له عمر غاضباً ويلك: وإذا الموؤودة سئلت بأي ذنب قتلت
!
المشروع السياسي للرسول الكريم كان من وجهة نظري واضحاً تماما، تحرير بلاده ومن ثم بناء علاقات صحيحة ومسؤولة مع أمم الجوار من فرس وكرد ورم وحبش وهند، لقد بدا أولاً بتوحيد جزيرة العرب، ثم أطلق رجاله إلى بلاد العرب التاريخية التي تمتد تقليديا من الكويت إلى موريتانيا، هي أراض لم يحصل أن زارها النبي الكريم من قبل، ولم تكن لديه بالطبع خرائط لجغرافيا أرض العرب ولكنه كان يدرك تماماً أن هناك كفاحاً قدمه الآباء السوريون من فينيقيين وكلدان وبابليين على شواطئ المتوسط من أنطاكية إلى الاسكندرية إلى قرطاج كان يحمل إلى تلك الشواطئ المترامية الأطراف شوق الصحراء العارم، وحديثاً دافئاً عن بيت المقدس وعن الكعبة بيوت الله الطاهرة التي بناها إبراهيم جد
العرب.
رجاله الذين ساروا فيما بعد على الشاطئ الشمالي لأفريقيا من عمرو بن العاص إلى عقبة بن نافع لم يكونوا في سيبل خلق ديموغرافيا جديدة، بل كانوا في سبيل إحياء ما تصرم من عناء الآباء المنزرعين منذ فجر التاريخ في تلك الشواطئ، والذين بنوا الشواطئ الأفريقية وانقطعت وشائجهم مع أرض العرب وتبربرت ألسنتهم وتأمزغت وقد انقطع بهم وبأبنائهم السبيل للوصال مع أرض الأنبياء.
كان رجاله يعرفون تماماً أين ينبغي أن تمضي رسالة الحرية، فوق أرضهم العربية التي عانت طويلاً من الاحتلال والقهر، وفي إشارة واضحة للبوابة الشرقية قال عمر: وددت لو أن بيننا وبين فارس جبلاً من نار لا يصلون إلينا ولا نصل إليهم!! وفي الجانب الأعلى من وطنه العربي كان يقول اتركوا الترك ما تركوكم فإنه لا يسلب أمتي ملكها وما خولها الله إلا بنو قنطوراء!
ومن جهة الجنوب فقد أرسل علياً ومعاذ بن جبل وأبا موسى الأشعري ولم يكن ليقبل اليمن السعيد إلا بكامل ترابه من باب المندب إلى بحر العرب، أما المنذر بن ساوى فقد رسم لدولة الإسلام كامل الشاطئ الشرقي من أرض العرب من عمان إلى الكويت.
أرجو أن لا أبدو هنا سمجاً أستخدم خطاباً خشبياً يربط منطق النبوات بعصر القوميات، ولكنه في الواقع صورة متقدمة من الكفاح إياه الذي يكابده اليوم أهلنا في العراق وأهلنا في فلسطين للخلاص من الاحتلال البغيض وبناء دولة الحرية بعد رحيل الاستبداد.
لا أستطيع أن أزعم بالطبع أن النبي الكريم رسم خريطة العرب من الكويت إلى موريتانيا ومن أنطاكية إلى أكسوم إلى
القرن الأفريقي، وأدخل فيها الطنب الكبرى والطنب الصغرى وأبو موسى وكيليكيا وعربستان ولواء اسكندرون، وكتب تحتها أمة عربية واحدة ذات رسالة خالدة!! ولكن قراءة دقيقة لتاريخ الفتوح يجعلك تشعر بالدهشة حيث ترسمت خطى الفاتحين نفس الخطى التي سلكها من قبل في الشمال السوريون الفينيقيون الأوائل، وفي الجنوب العرب العدنانية والقحطانية، وأنجزوا خلال الخلافة الراشدة تحديداً خلاص البلاد العربية من الاستعمار الرومي والروماني والفارسي وبدء فجر جديد للأمة العربية.
قد يكون في شهادتي نوع من التجريح بسبب انتمائي إليه، ولكنني سأختار شاهدي على رواية هذه الحقائق من كلام واحد
من أوفى أبناء السيد المسيح الشاعر القروي رشيد سليم الخوري الذي كتب في ضمير التاريخ
:عيد البرية عيد المولد النبوي في المشرقين له والمغربين دوييا فاتح الأرض ميداناً لدولته صارت بلادك ميداناً لكل قوييا قوم هذا مسيحي يذكركم لن يوقظ الشرق إلا حبنا الأخويفإن أتيتم رسول الله تكرمة
فبلغوه سلام الشاعر القروي هل نسيء إلى رسالته إذا قلنا إنه كان يحمل هماً قومياً وطنياً من اجل بناء بلده؟ بعض
الأصدقاء يظنون أن أي كلام عن رسالة النبي الوطنية أو القومية أو عبقريته وموهبته تقتضي ضرورة أنه كان خارج سياق النبوة، وكأن النبوة لا تنزل على العباقرة والموهوبين، وكأن رسالته في نشر الإيمان تتعارض مع دوره في خدمة المجتمع وبناء الحياة.
المشروع السياسي للنبي الأكرم باختصار تحرير أرض العرب سلماً أو حرباً، ثم بناء علاقات صحيحة مع الأمم، وتوجيه رسالة الهدى والرحمة للعالمين.

Wednesday, March 18, 2009

Khairy 'mesti' rancang gabungan PakLah dan Anwar

Setelah 'dikenakan' semalam oleh Umno,Khairy sepatutnya memikirkan jalan yang selamat untuk survivor politik yang akan datang.Andai pemikirannya masih waras seharusnya telah diusahakan perancangan bagaiman untuk berkongsi kuasa bersama Anwar di Parlimen.

Mendung sudah berarak memayungi lapang politik di hadapannya,Dato' Norza yang bertindak sebagai hulubalangnya juga sudah 'diusik' oleh team Najib,manakala Ali Rustam yang dikatakan rapat dengan Ayah Mertua juga sudah 'dihabiskan' oleh mereka yang sama ingin membelasahnya,entah alasan apa Khairy masih dibiarkan 'bernafas' sedangkan Ali tidak.Barangkali itulah gaya samseng bergaduh,masih dibiarkan budak hingusan bernafas untuk kembali membawa dendam dan bertarung kembali nanti.

Sungguh mengasyikkan drama politik Malaysia dewasa ini,apabila ia melibatkan kumpulan samseng terbesar yang bercakaran merebut kawasan naungan dan menentuka siapakah yang lebih berkuasa.

Atau Khairy memang tidak pernah ada semangat untuk melawan sebagaimana sesetengah hero filem gengster Hong Kong yang sering kita tonton lewat kaca television.Bagimana pula taiko Melaka yang dikatakan ramai pengaruh dalam Umno itu,masih juga pasrah dibelasah oleh kawan kawan sendiri..?tidak mahu merencana tindak balas yang paling kurang bisa mencederakan mereka yang boleh saje digelar lawan kini..?

Khairy,Ali dan Paklah...come on la fight la sikit baru mencabar drama ni,jangan la anti klimaks pulak ye...

Monday, March 16, 2009

Bicara tentang harta rampasan (Ghanimah)

Bolehkah kita sifatkan pilihanraya sebagai medan peperangan.?lalu apabila kita menang di sesebuah kawasan samada dun atau parlimen kita telah dianggap menguasai kawasan tersebut,bagaimana pula dalam konteks sesebuah negeri yang mempunyai pengurusan dan harta melalui anak syarikat kepunyaan kerajaan negeri?bolehkah kita sifatkan harta harta itu sebagai ghanimah?atau bagaimana?

Saya mengambil contoh Selangor,negeri yang saya sedang bermastatutin sekarang dan mencari rezeki di situ.Kerajaan negeri Selangor mempunyai beberapa anak syarikat yang bernaung di bawah perbadanan kerajaan negeri atau menteri besar.Antaranya ialah PKNS,dan apa yang ingin saya sentuh di sini ialah Yayasan Selangor yang menguruskan hal ehwal pendidikan anak anak Selangor.

Apa yang saya tahu ialah Yayasan Selangor ini diketuai oleh seorang pengarah yang bernama Haji Takril,menurut ceritanya beliau ini pernah dipecat semasa awal pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat dulu kemudian diambil kembali kerana takut membawa kontroversi barangkali atau masih ingin memberikan peluang untuk beliau memperbaiki perkhidmatan.Difahamkan juga ada beberapa orang pegawai di bawahnya turut dipecat dan diambil kembali entah atas alasan apa saya juga kurang pasti.

Sebagaimana di jabatan jabatan lain,Yayasan Selangor juga mempunyai persatuan kebajikan untuk pekerjanya yang diberi nama Persatuan Kebajikan dan Sukan Kakitangan Yayasan Selangor(PKSK).Aktiviti persatuan ini tidaklah saya ketahui secara detail,cuma sebahagian sahaja yang saya tahu ialah persatuan ini ada menguruskan hartanah yang menggunakan nama Yayasan Selangor.Hartanah itu adalah berupa kiosk kiosk yang terpacak sekeliling bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang.

Apa yang meragukan pula ialah beberapa kiosk itu telah diserahkan pengurusannya di bawah satu syarikat yang bernama GREEN NETWORK yang dipercayai mempunyai hubungan dengan salah seorang kakitangan Yayasan Selangor yang memegang jawatan biro ekonomi dalam PKSK.Saya pernah berurusan dengan pegawai itu yang sempat saya kenali sebagai en Zurin sahaja.Dalam perbincangan saya dengannya beliau pernah menimbulkan satu polimik berkenaan dengan politik yang memberikan isyarat kepada saya betapa dia adalah penyokong UMNO.

Berurusan dengan orang sebegini membuatkan hati saya menjadi sedih,kerana PAS telahpun menang di Selangor tetapi saya sebagai ahli dan penyokong PAS diperlakukan sebegitu oleh kakitangan sebuah badan yang bernaung dibawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Mengapa PAS tidak boleh menguasai Yayasan Selangor yang masih dikuasai oleh juak juak dan pencacai Umno yang rakus dan tamak itu.?

Adakah kita dinafikan dari menikmati GHANIMAH PERANG MARCH 2008 yang lalu..?

Friday, March 13, 2009

Isu Altantuya di Parlimen:Najib panas punggung

Nampaknya isu Altantuya mula menjadi hangat kembali,tatkala Najib tinggal lagi dua minggu untuk menunggu tarikh peralihan kuasa yang telah dijanjikan,sewaktu membentangkan bajet mini di parlimen beliau telah diselar kerana bersungguh menggunakan wang rakyat untuk pembangunan sedangkan isu keadilan untuk rakyat masih lagi terabai.

Lebih malang kali ini nama Altantuya disebut dihadapannya,malah dituduh sebagai pembunuh secara berdepan.Namun dalam keadaan begitupun beliau masih mendiamkan diri menunggu orang lain untuk bangun mempertahankan namanya dari dikaitkan dengan wanita Monggolia itu.Kenapa Najib tidak berani bertindak terhadap mereka yang secara terang memrovokasinya di parlimen malah di luar parlimen juga.

Ahli Parlimen Puchong Gobind Sing merujuk kepada kenyataan pegawai penyiasat kes tersebut, Supt Gan Tack Guan yang bersetuju dengannya di dalam perbicaraan terhadap Raja Petra Kamarudin bahawa Najib adalah saksi penting dalam kes pembunuhan Altantuya tetapi masih belum memberikan kenyataan.

"Seorang pegawai polis bersetuju dengan saya bahawa Najib adalah saksi penting pembunuhan beliau (Altantuya)," katanya.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee segera mengingatkan Gobind supaya jangan membangkitkan isu tersebut kerana perkara itu sedang dibicarakan di mahkamah tetapi Ahli Parlimen Puchong itu terus menuntut Najib menjawab persoalan yang dibangkitkannya.
Gobind terus diherdik oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaludin Jarjis.

Ketika itulah Najib hendak bangun meninggalkan dewan. Melihat Najib mahu meninggalkan dewan, Gobind terus memanggil Najib dan menuduh beliau pembunuh: "Saya belum habis dengan kamu. Tolong duduk... Ahli Parlimen Pekan, awak di sini, bangun dan jelaskan.
"Jawab (soalan) saya, kamu pembunuh!"

Najib kembali ke tempat duduknya dan terus berdiam diri. Ketika peristiwa itu berlaku, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya berada di galeri awam sebagai pemerhati persidangan.

Selepas berkali-kali mengarahkan Gobind berhenti membangkitkan perkara itu, Kiandee mengarahkan Ahli Parlimen Puchong itu keluar dewan.

Selepas ini harus ada lagi ahli parlimen PR yang berani bangun mengutarakan isu itu di parlimen hingga ia benar benar menjadi 'hangat' dan tidak boleh ditepis lagi melainkan melalui proses mahkamah juga.

Thursday, March 12, 2009

Tuan Guru Haji Hadi,Anwar dan Pak Lah

Adakah begitu arus politik yang berombak march ini..?sebelum ini Tuan guru Haji Hadi telah melontarkan satu saranan agar diwujudkan sebuah kerajaan yang bersatu antara BN dan PR.Saranan itu bersambut juga oleh beberapa pihak dari kem Umno malah calon timbalan presiden juga Mohammad bin Muhammad Taib.Kelmarin kita dikhabarkan pula tentang pertemuan antara Anwar dan Pak Lah walaupun dikatakan ianya secara tidak sengaja.

Politik adalah ragam segala kemungkinan,angin yang bertiup itu mungkin sedang membawa arus baru.Apakah akan berlaku gabungan antara penyokong Pak Lah dalam Umno dan juga pembangkang di parlimen?Barangkali ada bisikan dari Anwar berbunyi "U teruskan jadi PM I bantu dari belakang sebagai Timbalan pun takpe,kita perlu duduk bersama untuk pulihkan ekonomi negara,jangan bagi 'Anu' tu tak boleh harap"..

Lalu keluar juga kenyataan dari PakLah,"persepakatan yang menjurus ke arah takwa adalah bagus,yang penting ikhlas" katanya.Seolah olah sudah ada persetujuan yang tak rasmi dari beliau.Cuma caranya yang mungkin agak merumitkan.Justeru keluar juga kenyataan dari Najib yang melarang sebarang bentuk spekulasi tentang tarikh sebenar peralihan kuasa."Biarlah perdana Menteri sendiri yang menentukan tarikh yang beliau pilih sendiri".

Gambar yang menunjukkan wajah Pak Lah yang susah hati semasa mengadap makan bersama Anwar di Hulu Langat mungkin boleh menceritakan kepada kita kedudukan beliau ketika ini.Apakah tindakan yang terbaik perlu diambil dalam masa dua minggu ini sama samalah kita tunggu dan lihat..

Wednesday, March 11, 2009

Selamatkah Najib dari badi Altantuya.?

Artikel ini diterjemahkan oleh Kerajaan Rakyat dari artikel asal yang bertajuk “The Altantuya Shaaribuu’s Case : How And Why She Was Killed?” dan disiarkan oleh sebuah akhbar Perancis pada 5 Mac 2009.
—-
Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya.

“Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.

Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan.

Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.

Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.

“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”

Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis *Liberation* adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.

Dengan kecantikan dan keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004.

Baginda adalah seorang pakar keselamatan dan pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.

Jika Altantuya muda dan cantik, Baginda yang kaya dan menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menteri Pertahanan, Najib Razak (baginda juga penasihat urusan keselamatannya). Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkungan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah.

Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda berangkat ke Eropah, mengelilingi Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan Ferrari merah Baginda, menginap di hotel-hotel mewah dan menjamu selera di restoran-restoran terbaik di benua itu. Bagaimanapun, lawatan itu bukan sekadar lawatan biasa: kontrak untuk menjual dua kapal selam itu telah ditandatangani pada tahun 2002, tetapi beberapa hal-hal penting yang berkaitan masih belum diselesaikan.

“Kami mengetahui bahawa Baginda digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengantara dalam urusan system persenjataan, terutama sekali di peringkat tertinggi,” kata seorang pakar urusan keselamatan serantau.

Pada hujung bulan Mac Altantuya dan Baginda berada di Paris, di mana mereka bertemu dengan Najib Razak. Sekeping gambar yang diambil pada akhir Mac 2005, menunjukkan bahawa ketiga mereka berada di sebuah kelab persendirian di Paris.

“Tuya menunjukkan gambar itu. Katanya salah seorang lelaki itu, Abdul Razak Baginda adalah teman lelakinya, dan seorang lagi, Najib Razak, adalah “big boss”. Saya bertanya kepadanya adakah mereka bersaudara kerana nama mereka, tetapi katanya tidak, dan Najib Razak adalah “perdana menteri”, cerita Amy, teman rapat Altantuya (Najib Razak telah bersumpah dengan Quran mengatakan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya).

Menurut seorang detektif persendirian, sekarang bersembunyi di India, si Tuya yang cantik itu juga adalah perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri, yang dikenalkan oleh Baginda kepadanya pada akhir tahun 2004.

Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi.

Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar.

Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.

Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.

Tidak ada jenayah yang sempurna. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak dapat menerima kenyataan bagaimana penumpangnya yang masih belum membayar tambang diculik di depan matanya. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis.

Dalam beberapa hari, polis mendapat tahu indentiti kereta itu dan mendapati ia adalah kereta kerajaan. Beberapa peristiwa berlaku sehingga Najib Razak sendiri tidak dapat menghalangnya. Dia cuba untuk menutup kes ini. Beberapa jam sebelum penahanan Baginda, dia menghantar satu SMS: “Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah”. Beberapa jam kemudian, Baginda ditahan, begitu juga dengan dua orang pegawai dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.


Selepas perbicaraan yang dianggap meragukan oleh ramai pemerhati, Baginda dilepaskan dari tuduhan telah memerintahkan pembunuhan itu dilakukan dan dibebaskan pada bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang dituduh melakukan jenayah tersebut, tampil di hadapan Mahkamah bulan lepas. Jika disabit kesalahan, mereka akan dihukum mati. Mahkamah akan memutuskan pada 9 haribulan April.

Beribu batu dari Kuala Lumpur, di ibu Negara Mongolia, Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya berusaha mengawal perasaan marahnya. Untuk dia dan keluarganya, pembebasan Baginda adalah simbol kepada ketidakadilan di dalam proses perundangan Malaysia.

“Kerajaan Malaysia langsung tidak membals surat-surat yang dihantar oleh Kementeria Luar Mongolia,” katanya. Ketika Shaaribu datang ke parlimen Malaysia untuk bertemu dengan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa keluar mengikut pintu belakang untuk mengelakkan pertembungan yang memalukan.

Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia di antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini) dan Anwar Ibrahim. Sehingga kini, Najib Razak Berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya.

Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar.

Dia menegaskan bahawa bayaran itu bukan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan.

‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris. Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah Negara ahli).

Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.

Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi.

“Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu.

Tentang Baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun.

Monday, March 09, 2009

Di sebalik banyak buku yang dibaca

Oleh: Nik Abduh

Salam Kamunting,

Mengapa kita sukar memperolehi jawaban yang menenangkan? Atau kita asyik salah membuat kesimpulan? Atau kita terpinga - pinga dan keliru apabila berdepan isu dan persoalan yang melanda di depan mata? Atau paling malang, mengapa kita menyalahkan sesuatu yang sememangnya betul?

Ramai ulama memberikan jawaban bahawa ia sebenarnya berpunca daripada dua faktor yang bertentangan. Pertama, kita tidak atau kurang membaca. Kedua, kita terlalu banyak membaca!
Anda tidak membaca anda jahil. Itu jawaban untuk manusia hari ini. Dunia kini bergerak sepantas ilmu yang dikuasai manusia. Oleh kerana ilmu adalah dengan membaca, anda akan terperuk di belakang dalam kotak jahil jika anda gagal untuk membaca . Anda hanya mengharap jawaban daripada angin yang lalu.

Akhirnya anda hidup tertipu. Ditipu oleh diri sendiri yang buta atau oleh orang lain yang suka mengambil kesempatan memangsakan anda. Pendek kata, tiada yang positif daripada kalimah jahil.

Ubat jahil adalah dengan membaca atau berkawan dengan orang yang membaca. Perhatikan berapa ramai orang yang tidak membaca dan dia pula suka berkawan dengan orang yang juga tidak membaca. Perhatikan juga betapa orang yang membaca tidak gemar berkawan dengan orang yang tidak membaca. Jadi, jika anda ingin berkawan dengan orang alim, anda kenalah juga jadi alim dengan membaca. Jika tidak, anda mungkin hanya boleh mendekatinya tetapi dia tidak pun mendekati anda.

Justeru, anda kekal sebagai murid sampai tua. Jika guru anda itu alim yang baik, anda selamat menumpang ilmunya. Jika dia alim yang jahat, anda tak mungkin selamat. Bagaimana anda yang jahil nak selamat jika anda tak tahu pun dia jahat? Hanya yang berilmu tahu gurunya baik atau tidak.

Itu jika si jahil itu mahu jadi murid. Bagaimana jika dia enggan? Tidakkah hanya orang yang mencintai ilmu sahaja yang suka menjadi murid?

Begitulah kesukaran mengubat kejahilan. Justeru adalah tidak sukar untuk mengatakan bahawa orang yang jahil sentiasa sukar memperolehi jawaban yang benar dalam kehidupan dunianya, apatah untuk akhiratnya.

Tetapi, anda perlulah juga sedar bahawa antara faktor sukarnya memperolehi jawaban yang benar adalah kerana terlalu banyak membaca!

Banyak membaca adalah baik. Tetapi jika anda membaca apa sahaja sedang anda gagal membina asas binaan diri yang kukuh, bacaan anda itu pasti akan memberati anda lalu ia menindih atau menggelincirkan anda sama sekali.

Anda membaca itu dan ini, pandangan itu dan ini, jawaban itu dan ini. Akhirnya kepala anda jadi berat dan bersilang - silang. Anda gagal memilih mana satu pilihan yang tepat. Sebabnya anda tak tahu siapa anda sebenarnya. Anda belum membina diri sendiri sebelum menduduki binaan orang lain.

Apa yang anda baca hari ini?

Ya, Allah berfirman, “Bacalah.” Tetapi tidakkah Dia juga menambah, “Dengan nama tuhanMu.” Ertinya, sebagai seorang muslim, anda perlu membina diri dengan sebagai seorang muslim yang tunduk pada kekuasaan dan keesaaanNya. Jika tidak, anda akan melampaui batas!
Ilmu mencipta keegoan melampau jika ia tidak menundukkan. Anda samada tunduk dan tawadu’ atau jadi sombong takbur kerana banyak membaca. Anda enggan kecuali hanya tunduk pada nafsu sendiri yang merasa tahu dan serba tahu.

Dalam surah yang sama ( al Alaq ), Allah berfirman, “Ketahuilah, sesungguhnya manusia itu pasti melampaui batas tatkala mendapati dirinya cukup!”
Orang alim yang banyak membaca egonya hebat. Dia rasa dia tahu itu dan ini. Soalnya, adakah itu yang Allah mahu daripada arahanNya agar hambaNya membaca? Tidakkan?

Membaca hendaklah dengan nama Allah, keranaNya dan untukNya. Allah berfirman lagi selepas itu, “Sesungguhnya kepada tuhanMulah tempat kembali.” Ubat mengelak takbur adalah menginsafi bahawa kepadaNyalah tempat kembali. KepadaNya kembali segala perkara.

Kebanyakan kita membaca sesuka hati mengikut kehendak dan keseronokan diri. Ini tidak banyak membantu walaupun ia baik.
RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam tidak tahu membaca. Apabila baginda disuruh membaca, baginda membaca dan bacaan awal dan akhirnya adalah al Quran. Baginda kemudian dikurniakan ilmu dan hikmat.

Al Quran penuh ilmu. Malangnya kebanyakan manusia seronok menimba ilmu yang bukan dari al Quran atau bersumberkan al Quran. Dia membaca tetapi dia jauh daripada al Quran. Apakah keyakinannya bahawa dia akan selamat daripada ego nafsunya nanti? Dia mungkin berilmu tetapi ilmunya tidak bermanfaat bahkan merosakkannya.

Al Quran hidup di dada orang berilmu yang bertaqwa. Malangnya kita menjauhi buku - buku karangan ulama yang bertaqwa dan leka pula dengan buku - buku yang penulisnya tiada bukti dan petunjuk taqwa. Kepala dan otak kita dipenuhi pandangan dan jawaban daripada mereka yang kering keinsafan dan kontang rasa takut pada tuhan mereka.

Akhirnya kita gagal memperolehi jawaban yang benar yang menenangkan hati kita yang ingin tunduk pada kebenaran sebagai seorang muslim.
Membina diri hendaklah bermula dengan akidah yang benar. Anda perlu melumati ilmu akidah. Dengannya anda akan rasa tenang sungguh untuk berjalan di bumi ini sebab anda akan memandang secara tepat dan tajam. Anda tidak keliru lagi dengan simpang siur di depan.

Membina diri hendaklah bersumberkan al Quran dan al Sunnah. Anda pula mestilah mendapatkannya melalui jalan yang betul untuk mengenal sesuatu itu adalah benar daripada Allah dan rasulNya. Anda perlu sedar bahawa penafsiran kedua - dua sumber itu dipenuhi kekaburan dan kerumitan kerana jauhnya kita daripada guru pertama iaitu RasuluLlah, juga murid - muridnya yang diredhai tuhan, iaitu para sahabat ridhwanuLlahi alaihim.

Ada talian emas yang menghubungi kita kepada ar Rasul. Ia bersanad dengan kekuatan para ulama muktabar yang lahir sepanjang zaman. Ia sehingga mencipta darjah ‘mutawatir‘ yang kesepakatan antara mereka adalah akidah yang tidak boleh ditinggalkan lagi.
Ia ilmu khas Islam dan tidak mungkin wujud kecuali dalam Islam. Ia ilmu ciptaan sifat amanah dan benar.

Anda perlu memahami betapa sumber ilmu yang anda baca mestilah memakai talian emas ini dan mengambil inspirasi ilmu ini. Jika tidak, kita tidak memperolehi apa - apa kecuali padangan otak manusia yang macam kita juga. Lebih kita hanya pada ilmu. Lebih ilmu hanya pada taqwanya.

Perhatikan, orang menyokong mazhab UMNO yang sekular, kebangsaan dan liberal kerana kekuasaannya, keramaiannya, keduitannya atau mungkin keilmuannya. Jika mereka membaca dan memahami al Quran secara betul, mudah sahaja untuk menolak UMNO dengan kesesatannya. Tetapi, bagaimana mereka menbaca? Atau, adakah mereka membaca?

Perhatikan juga orang yang menyokong aliran yang menghina para sahabat RasuluLlah dan keluarganya. Mereka membaca sejarah tetapi mereka gagal menilai bahawa sejarah memerlukan fakta yang tepat. Sejarah adalah cerita dan sirah. Bayangkan sukarnya kita memfaktakan cerita dan khabar hari ini. Bagaimana dengan cerita dan khabar seribu tahun dulu??

Talian emas Islam menolak sekerasnya aliran yang membunuh karektor para sahabat al Rasul dengan tuduhan sebagai pengkhianat. Ia dibuktikan penuh dengan kebatilan, penipuan dan kekhayalan.

Tetapi dek membaca tanpa panduan yang dimestikan, anda mungkin seronok melihat perayaan Karbala yang penuh cerita batil semata - mata anda ingin menunjuk simpati dengan keluarga Al Rasul. Anda akhirnya menangisi cerita karut sebagaimana anda menangisi filem epik.

Manakan sama antara menangisi filem Hisdustan dan filem Gaza!? Fakta Karbala takkan boleh diadun dengan epik Karbala. Fahami ini jika anda ingin selamat dan diredhaiNya.
Saya nyatakan contoh yang sedikit sedangkan di hadapan kita kesalahan dan kegelinciran yang banyak dek kejahilan dan kecelaruan daripada sumber ilmu yang lemah dan lintang pukang.

Kembalilah membaca al Quran, memahaminya dan dekatilah buku - buku yang muktabar penulisnya dan jernih ilmunya. Kelak kita akan mudah membuat kesimpulan daripada pelbagai jawaban yang dibentangkan di hadapan.

Tafakur di hari kelahiran Rasulullah S.A.W

Hari ini umat Islam di Malaysia bercuti menyambut perayaan hari Maulidur Rasul SAW,pelbagai aktiviti dan program telah dan sedang diadakan sejak semalam.Perayaan sebegini tetap akan disambut saban tahun namun penghayatannya terserah kepada setiap individu mengikut tahap pemikiran dan keimanan masing masing.

Saya hanya di rumah dan tidak kemana mana pada hari ini.Sebagaimana biasa saya juga belum berkesempatan untuk menghadiri sebarang perarakan menyambut Maulidur Rasul SAW yang dianjurkan oleh mana mana pihak.Entahlah kenapa saya merasakan perarakan yang sebegitu adalah tidak penting,barangkali saya tidak didedahkan dengan budaya begitu sewaktu saya belajar di Syria dulu.Dr Bouti dan Dr Wahbah Zuhaili tidak pernah pula menganjurkan perarakan sebagaimana kita di Malaysia ini,yang cuma ada adalah majlis majlis ilmu yang mengimbas kembali perjalanan sirah junjungan nabi kita Muhammad SAW.

Tahun ini umur saya akan menjangkau ke angka 39 tahun.Ada satu tahun lagi tempoh untuk mencapai ke angka 40 tahun.Angka yang mana telah tercatat dalam sejarah perjuangan risalah Tauhid sejak 1429 tahun yang lalu.Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa dakwah Nabi SAW hanya bermula pada umur Baginda menjangkau ke angka 40 tahun.

Sebelum angka 40,apakah yang telah baginda lakukan dalam hidup..?Tidak syak lagi baginda telah melalui proses pembersihan dan pembentukan diri untuk menjadi seorang manusia yang dipertanggungjawabkan memikul tugas dakwah kearah TUHAN YANG SATU iaitu ALLAH SWT.

Itulah saya,pada umur 39 tahun ini telah kembali merapatkan diri dengan dunia pendidikan,melatih,mencerna hati,menjana minda dan pemikiran serta memupuk satu budaya yang boleh membantu kearah usaha usaha dakwah yang telah menjadi tuntutan itu.Sekalipun kecil tetapi saya telah berusaha setakat kemampuan dan bakat yang telah ALLAH kurniakan pada diri,besarlah harapannya ia diterima sebagai modal untuk 'mengadap' di hari KEBANGKITAN nanti.

Warga As Syakirin,terimalah seadanya...

Tiada tanda Anwar akan memintas

Perlumbaan march sudah semakin hampir kepada pusingan yang terakhir.Semalam saya sempat hadir mendengar pidato kebangsaan Anwar di Shah Alam.Tiada yang boleh saya sifatkan baru bagi sebuah pidato dari seorang tokoh sehebat Anwar kecuali kemahiran yang ditunjukkan oleh beliau lewat nukilan beberapa kata kata hikmah dari tokoh pelbagai Islam, Cina dan India.

Saya gagal membaca objektif dari pidato kebangsaan yang telah disampaikan oleh beliau.Apa yang menjadi tumpuan saya ialah bagaimana perancangan beliau untuk menghalang kemaraan Najib yang akan menguasai takhta hujung bulan march ini nanti.Anwar seolah olah sudah akur bahawa Najib akan menjuarai perlumbaan march ini.Beliau sudah mengingatkan kepada penyokong betapa perjuangan selepas ini akan menjadi lebih mencabar di bawah kuasa 'Raja Penculik' abad ini.

Seperti biasa Anwar dengan semangatnya yang belum pernah pudar,serta keraguan kepada sistem perundangan dan kuasa mahkamah yang sedang diperkudakan,tetap menaruh keyakinan beliau akan terus bertahan dan bekerja untuk memastikan kemenangan akan terlakar juga dalam era Najib nanti.

Tersenyumkah Najib dengan kenyataan Anwar yang begitu..?

Sunday, March 08, 2009

GSM 2

GSM merupakan satu kursus Motivasi Antarabangsa untuk Program Pengubahan Diri yang diformulasikan oleh Dr Napoleon Hill seorang penulis yang prolifik yang diasaskan daripada hasil penyelidikan beliau selama 20 tahun menegenai rahsia 500 orang jutawan. Kursus ini pada asalnya dibawa masuk ke Malaysia oleh seangkatan Master Trainers dari Jepun, Mahaguru Sensei Psychology dalam pertengahan 90an yang telah mengubahsuainya kepada penghidupan seseorang.

Mempunyai tenaga pengajar yang bertauliah .
Program ini ternyata telah menghasilkan ramai individu yang berjaya dalam kerjaya masing-masing, baik dalam bidang profesional atau perniagaan
Mengikut pembangunan karier dalam syarikat, perniagaan dan kemajuan diri serta dedikasi kami ke atas kejayaan setiap ahli.

GSM akan membantu anda menjelajahi potensi dalaman anda dan membiarkan anda mengalaminya sendiri rahsia untuk mencapai kejayaan.
Gsm telah dijalankan selama 30 tahun yang lalu dengan nama yang berbeza dan seramai lebih daripada 1 juta orang, tidak mengambil kira umur dan jantina di seluruh dunia termasuk Eropah, Amerika, Asia Tenggara dan Jepun telah menyertai program ini.

Apa yang perlu anda lakukan ialah…….
Menyertai GSM dengan sifat yang terbuka (back to square one) dan anda telah mengorak langkah pertama ke arah mencapai kejayaan yang memberangsangkan di dalam pelbagai bidang profesion yang anda ceburi.

GSM Great Super Muslim

Kelmarin jumaat 6hb march 09,jam 5 ptg hingga sabtu 8 pagi telah selamat berlangsungnya program Qiamullail yang telah saya olah kembali dalam modul yang diadaptasi dari kursus GSC,satu modul peningkatan potensi diri yang diasaskan oleh Dr Napolean Hill.

Secara umumnya program itu saya sifatkan tidaklah begitu berjaya kerana beberapa faktor kelemahan dalam perlaksanaan modulnya.Memang diakui kakitangan yang terlibat dalam mengendalikan program ini adalah dari mereka yang tidak pernah menyertai program itu sebelumnya kecuali saya,jadi sudah tentu agak sukar untuk memberikan arahan yang berkesan,tambahan lagi pertukaran facilitator dan komitmen mereka yang tidak begitu mendalam dalam melaksankan program yang dirancang.

Apapun kelemahan itu haruslah dipertanggungjawabkan keatas diri saya sendiri yang bertindak sebagai pengarah program.Kegagalan yang pertama ialah gagal membentuk team yang sempurna dan bekerja.

faktor masa dan tempat juga turut memainkan peranan kearah itu,jumaat 5 petang hingga sabtu 8 pagi bukanlah masa yang cukup untuk menjayakan program tersebut dengan lebih berkesan.Apapun pengisisan program ini agak berjaya andai dilihat dari pengisian kepada program qiamullail yang berlangsung dalam suasana yang agak berlainan.

Program berjalan agak baik pada mood permulaan,pelajar kelihatan agak teruja dan terkesan dengan suasana program yang agak berlainan.perlaksanaan program agak hambar oleh beberapa orang guru yang seperti tidak begitu memahami kehendak sebenar perjalanan program.

Harapan pada program yang akan datang perjalanannya akan lebih lancar dengan slot slot yang seterusnya.Juga kerjasama yang lebih jitu diberikan oleh semua guru yang terlibat sebagai fasilitator membantu tugas tugas saya merencanakan pemikiran dan minda pelajar sebagai seorang yang berjaya di dunia dan akhirat.

Wednesday, March 04, 2009

Politik MARCH berombak lagi

Jadual waktu saya agak padat sejak kembali ke sekolah januari lalu.Agenda saya bersama pelajar sedang giat berjalan dan masih terlalu baru untuk dinilai.Agenda bersama pelajar tidak kurang hebat berbanding agenda setiap YB bersama rakyat setempat yang melibatkan kawasan yang lebih luas dan penduduk yang lebih ramai,sudah pasti lebih mencabar.

Kadang kadang isu isu hangat kebelakangan ini tidak sempat diikuti oleh kerana hambatan masa yang begitu.Namun saya sekali sekala cuba juga mencuri curi masa mengikuti perkembangan semasa agar tidak ketinggalan terlalu jauh di belakang.

Hari ini selasa 3 march 09 telah tercatat satu lagi sejarah negara apabila sidang dun Perak terpaksa diadakan di bawah rimbunan pokok sahaja.Peristiwa bersejarah ini berlaku rentetan daripada sikap rakus dan dayus kerajaan Umno BN memperkudakan kuasa yang ada melalui polis dan jentera kerajaan yang lain.

Sejauh mana krisis perlembagaan ini terus dicabul begitu seolah olah tiada siapa yang boleh menentukannya.Bahkan Sultan sendiri sudah kelihatan tidak mempunyai pendirian yang tersendiri dalam menangani kemelut yang melanda rakyat jelata kini.Pemangku Sultan yang sebelum ini sering ditonjolkan sebagai seorang yang begitu 'mesra' dengan undang undang dan perlembagaan tiba tiba seolah tersihir membisu tanpa suara.

Nampaknya kerajaan Pakatan rakyat begitu sibuk untuk dibiarkan tersenyum,paling kurang untuk sekadar menyambut ulang tahun pertama kemenangan bersejarah pada pilihanraya yang lalu.Tarikh 24 march ini adalah satu tarikh baru yang sayugianya menjadi perkara yang perlu dibahas dan difokuskan oleh semua.Berjayakah Najib menguasai takhta atau 'mukjizat' akan turun menyelamatkan Malaysia dari 'bencana' yang bakal menimpa..?

Dimana Anwar dan bala tenteranya..?dalam keadaan siap siaga untuk menyerang atau sedang pasrah kebuntuan bagaimana lagi cara untuk memintas Najib dari menjuarai perlumbaan musim ini..?Di mana pula KJ..?sibuk dengan Khir Toyo dan Mukhriz sahaja atau sudah ada 'Deal' yang menjamin situasi menang menang bersama pasukan Najib...?

NAJIB,KHAIRY DAN ANWAR,sudah sampai masa untuk memecut atau kejutan hanya akan berlaku pada minggu terakhir pertarungan abad ini....