Persoalan ini timbul ekoran dari kenyataan dari Naib Ketua Pemuda Pas Ust Nasaruddin Hassan.Beliau tentu ada asas yang kukuh untuk memperkatakan hal ehwal dalaman Pas yang mungkin orang luar mesyuarat seperti saya (bukan Ajk)tidak boleh tahu tentangnya.
Nampaknya Ust Nasaruddin adalah orang pertama yang menyentuh tentang pemilihan pemimpin dalam Pas.Mungkin bahang pemilihan agung Umno cepat merayap ke dalam pemikiran beliau lalu datang idea untuk mengingatkan ahli Pas agar bersedia lebih awal untuk memilih pemimpin yang 'boleh bekerja dan tidak pasif'.
Siapakah yang dimaksudkan sebagai ulama@pemimpin yang pasif dalam Pas?jawapan hanya mampu dijawab oleh mereka yang mempunyai kesempatan hadir dalam mesyuarat Ajk Pas pusat sahaja.
Pokoknya dalam Pas memang diakui masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki samada di tahap pemimpin malah lebih lagi di peringkat ahli bawahan.Saya sendiri secara peribadi melihat seperti ada sesuatu yang 'longgar' dalam Pas.Sebagai contoh,saya lontarkan satu persoalan bagaimana pemimpin pemimpin Pas berfikir meletakkan perjuangan dalam kerangka sistem yang boleh menjerat diri sendiri di masa hadapan.
Kenapa Pas begitu yakin dan percaya dengan sistem Demokrasi? yang mereka sendiri tahu bahawa sistem itu adalah berasal dan dirangka oleh Barat.Pas sendiri sering terperangkap dan menjadi mangsa kepada Spr, Perlembagaan,Sistem beraja,Parlimen dan sebagainya.
Saya memang ahli Pas yang sah,tetapi perjuangan dan pemikiran saya tidaklah semestinya menurut apa saje yang dibawa oleh pemimpin.Saya menyertai Pas adalah atas dasar perjuangan Islamnya,apa saje bentuk kekurangan,kelemahan dan penyelewengan yang boleh mengagalkan usaha perjuangan itu haruslah saya tegur dan perbaiki sesuai dengan amanah yang ada pada diri saya sebagai hamba Allah yang mu'min.
Saya tidak mahu menentang Pas,bahkan saya mahu perjuangan ini sampai kepada matlamatnya tanpa dilengahkan oleh 'ganguan' yang berlindung di sebalik nama Demokrasi.Sudah sampai masanya kita berjuang atas 'dasar' yang lebih jelas dan meyakinkan...
No comments:
Post a Comment