Nampaknya isu Altantuya mula menjadi hangat kembali,tatkala Najib tinggal lagi dua minggu untuk menunggu tarikh peralihan kuasa yang telah dijanjikan,sewaktu membentangkan bajet mini di parlimen beliau telah diselar kerana bersungguh menggunakan wang rakyat untuk pembangunan sedangkan isu keadilan untuk rakyat masih lagi terabai.
Lebih malang kali ini nama Altantuya disebut dihadapannya,malah dituduh sebagai pembunuh secara berdepan.Namun dalam keadaan begitupun beliau masih mendiamkan diri menunggu orang lain untuk bangun mempertahankan namanya dari dikaitkan dengan wanita Monggolia itu.Kenapa Najib tidak berani bertindak terhadap mereka yang secara terang memrovokasinya di parlimen malah di luar parlimen juga.
Ahli Parlimen Puchong Gobind Sing merujuk kepada kenyataan pegawai penyiasat kes tersebut, Supt Gan Tack Guan yang bersetuju dengannya di dalam perbicaraan terhadap Raja Petra Kamarudin bahawa Najib adalah saksi penting dalam kes pembunuhan Altantuya tetapi masih belum memberikan kenyataan.
"Seorang pegawai polis bersetuju dengan saya bahawa Najib adalah saksi penting pembunuhan beliau (Altantuya)," katanya.
Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee segera mengingatkan Gobind supaya jangan membangkitkan isu tersebut kerana perkara itu sedang dibicarakan di mahkamah tetapi Ahli Parlimen Puchong itu terus menuntut Najib menjawab persoalan yang dibangkitkannya.
Gobind terus diherdik oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaludin Jarjis.
Ketika itulah Najib hendak bangun meninggalkan dewan. Melihat Najib mahu meninggalkan dewan, Gobind terus memanggil Najib dan menuduh beliau pembunuh: "Saya belum habis dengan kamu. Tolong duduk... Ahli Parlimen Pekan, awak di sini, bangun dan jelaskan.
"Jawab (soalan) saya, kamu pembunuh!"
Najib kembali ke tempat duduknya dan terus berdiam diri. Ketika peristiwa itu berlaku, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya berada di galeri awam sebagai pemerhati persidangan.
Selepas berkali-kali mengarahkan Gobind berhenti membangkitkan perkara itu, Kiandee mengarahkan Ahli Parlimen Puchong itu keluar dewan.
Selepas ini harus ada lagi ahli parlimen PR yang berani bangun mengutarakan isu itu di parlimen hingga ia benar benar menjadi 'hangat' dan tidak boleh ditepis lagi melainkan melalui proses mahkamah juga.
No comments:
Post a Comment