Hari ini umat Islam di Malaysia bercuti menyambut perayaan hari Maulidur Rasul SAW,pelbagai aktiviti dan program telah dan sedang diadakan sejak semalam.Perayaan sebegini tetap akan disambut saban tahun namun penghayatannya terserah kepada setiap individu mengikut tahap pemikiran dan keimanan masing masing.
Saya hanya di rumah dan tidak kemana mana pada hari ini.Sebagaimana biasa saya juga belum berkesempatan untuk menghadiri sebarang perarakan menyambut Maulidur Rasul SAW yang dianjurkan oleh mana mana pihak.Entahlah kenapa saya merasakan perarakan yang sebegitu adalah tidak penting,barangkali saya tidak didedahkan dengan budaya begitu sewaktu saya belajar di Syria dulu.Dr Bouti dan Dr Wahbah Zuhaili tidak pernah pula menganjurkan perarakan sebagaimana kita di Malaysia ini,yang cuma ada adalah majlis majlis ilmu yang mengimbas kembali perjalanan sirah junjungan nabi kita Muhammad SAW.
Tahun ini umur saya akan menjangkau ke angka 39 tahun.Ada satu tahun lagi tempoh untuk mencapai ke angka 40 tahun.Angka yang mana telah tercatat dalam sejarah perjuangan risalah Tauhid sejak 1429 tahun yang lalu.Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa dakwah Nabi SAW hanya bermula pada umur Baginda menjangkau ke angka 40 tahun.
Sebelum angka 40,apakah yang telah baginda lakukan dalam hidup..?Tidak syak lagi baginda telah melalui proses pembersihan dan pembentukan diri untuk menjadi seorang manusia yang dipertanggungjawabkan memikul tugas dakwah kearah TUHAN YANG SATU iaitu ALLAH SWT.
Itulah saya,pada umur 39 tahun ini telah kembali merapatkan diri dengan dunia pendidikan,melatih,mencerna hati,menjana minda dan pemikiran serta memupuk satu budaya yang boleh membantu kearah usaha usaha dakwah yang telah menjadi tuntutan itu.Sekalipun kecil tetapi saya telah berusaha setakat kemampuan dan bakat yang telah ALLAH kurniakan pada diri,besarlah harapannya ia diterima sebagai modal untuk 'mengadap' di hari KEBANGKITAN nanti.
Warga As Syakirin,terimalah seadanya...
No comments:
Post a Comment