Thursday, December 30, 2010

Perlantikan SUK negeri Selangor..lagi2 pencabulan

Menteri besar tiada kuasa dalam pelantikan SUK negeri..?Semangat demokrasi manakah yang mereka pakai..?

Selepas lintah cicak tokay pula..

Berbagai cara manusia zaman ini berusaha dengan mengabui mata orang lain,mereka tidak biasa melakukan kerja untuk mendapatkan duit dengan cara betul.

Satu masa dahulu kita digemparkan dengan cerita lintah dan terbaru dengan cerita cicak tokay pula..Dikhabarkan harganya amat mahal hingga mencecah ke harga jutaan ringgit.Mungkin harganya memang mahal tetapi ada di kalangan mereka yang cuba mengambil kesempatan dengan harga mahal itu untuk memperdaya orang lain yang kian menjadi trend dan budaya masyarakat melayu abad ini.

Apa yang penting anda tidak harus tergesa gesa dan membuat keputusan dengan cerita2 baru yang dilobi untuk mencari 'wang segera'..Selamat menyambut tahun baru masehi 2011..

Wednesday, December 29, 2010

Pertukaran tajuk blog dari Ilmuan kepada Ilmuana

Adalah dimaklumkan tajuk blog ini telah ditukar daripada ilmuan kepada ilmuana sesuai dengan tajuk pada alamat blog ilmuana.blogspot.com.Dengan harapan pertukaran tersebut tidak begitu menyusahkan pembaca untuk mencarinya memandangkan Ilmuan telah tercatat di beberapa blog lain dalam link mereka.

Apapun sebarang kesulitan berlaku kepada pihak pembaca adalah didahulukan dengan ampun dan maaf,insyaallah blog ini akan tampil dengan lebih aktif lagi dalam memberi sumbangan maklumat kepada pembaca di ruangan maya sana..

Ilmuana akan jadi lidah rasmi ORAK

Setelah sekian lama menyepi saya ingin memaklumkan blog ini akan juga turut berfungsi sebagai media kepada satu badan yang akan ditubuhkan oleh tuan blog iaitu ORAK(Persatuan anak orang kampung)

walaubagaimanapun usaha ke arah mewujudkan blog baru khusus untuk ORAK akan dipertimbangkan mengikut keperluan sesuai dengan fungsinya yang menjadi tempat rujukan ramai insyaallah.

Tuesday, October 19, 2010

Musim politik dalaman bergolak..

Bajet 2011 telah pun selamat dibentangkan,ternyata ianya adalah bajet yng boleh memuaskan hati beberapa pihak dn tidak pula kepada pihak yang lain.Sekalian itu gerombolan Umno datang sekali lagi bermesyuarat di PWTC dengan seribu satu macam perasaan masing2 perwakilan,ada yang datang membawa strategi dan malah tak kuarang juga yang datang sebagai memenuhi kouta dan pak turut semata mata.

Di pihak lain PKR sedang rancak memulakan kempen pemilihan jawatan tertinggi Timbalan Presiden hingga lah ke peringkat JKK,Azmin Ali digambarkan calon yang mendominasi pencalonan sebagaimana yang telah dihebohkan oleh lawatan politik beliau Zaid Ibrahim.Mereka seakan akan seperti bergolak membuatkan mata banyak tertumpu kepada proses pemilihan tersebut.Apakah ianya akan membawa kesan positif kepada rakan kongsi mereka dalam Pakatan Rakyat atau sebaliknya tidaklah boleh dibaca akan adanya.

Tidak kelihatan campur tangan atau ulasan dari parti politik luar seperti PAS dan DAP,mereka hanya menjadi penonton kepada senario itu dan barangkali bersedia menerima apa saje keputusan yang bakal terhasil nanti.

Umno dikatakan telah memulakan kempen untuk melobi lebih banyak kerusi pada pilihanraya akan datang memandangkan senario politik yang sudah berubah,persoalannya adakah MCA,MIC dan parti parti komponen BN akan bersetuju..?.Ini semua akan menyaksikan perbalahan terbaru yang barang sudah tentu akan membawa kesan kepada keputusan pilihanraya yang dijangka berlaku selewat2nya tahun depan.

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan menjelma lagi

Seperti biasa Ramadhan datang lagi.Bezanya hati yang menerima kehadiran tamu tahunan itu.Versinya pelbagai menurut acuan sang manusia yang sedang menjalani kehidupan menuju ke alam akhirat di sana.

Ramadhan..terasa deruannya,tetapi tidak semanis yang pernah dilalui di lorong2 kecil rumah usang di pinggiran masjid Nabulsi kota Damascus.Cuacanya barangkali agak menusuk,namun sedikitpun tidak menganggu semangat dan keghairahan mereka di sana menghayati suasana Ramadhan yang penuh gersik dan derai itu.

Suara lembut Syeikh Nabulsi dalam menghuraikan maksud ayat lewat bacaan imam setiap malam terawih dan kuliah subuh seakan memanggil manggil..tanpa jemu malah sangat mendahagakan..membuatkan setiap hati pasti akan ternanti nanti untuk bertandang lagi..Ramadhan akan membawa semua itu terhidang mencuci sanubari..

Aku merindukan Ramdhan yang begitu..namun belum ketemu suasana itu di sini...

Monday, July 05, 2010

Bn telah mencanangkan perang..

Barisan Nasional telah mula mencanang semboyang perang dengan menggunakan media yang berada dibawah kawalan mereka..apa yang terjadi pada Pakatan Rakyat..?masih menanti atau sekadar bergerak melalui ceramah tk berkala..?semua harus sedia maklum..

Sunday, June 13, 2010

Pertukaran latar belakang yang baru..

Setelah sekian lama dengan terma hijau saya sengaja untuk mencuba mood baru walaupun begitu selesa dengan yang lama..adakalanya yang baru mampu merangsang sesuatu,moga ianya membantu..

Wednesday, May 26, 2010

Pengisian jiwa..


Ombak laut yang bergelora mengambarkan jiwa yang sentiasa melalui proses pasang dan surut,diasak dan diuji dengan segala ragam kehidupan.Matlamatnya masih sama tetapi manusia tidak boleh kekal aman menghayati perjalanan yang sedang di tempoh bersama..

Sejauh ini berjalan...

Hari ini 26 mei 2010,26 hari saya telah melalui kehidupan sebagai seorang dewasa,ye benar saya sudah menjangkau ke umur dewasa sejak tarikh lahir 1 mei 2010 yang lalu.Tarikh yang pernah saya tetapkan sebagai titik permulaan yang baru dalam fasa kehidupan sebagai seorang hamba.

Walaubagaimana pun saya masih belum berputus asa untuk terus menyumbang pada masa yang sesuai satu hari nanti...Saya harus bangun dan bersedia untuk memberi...

Thursday, May 06, 2010

Mp5 terjemahan dan bacaan al quran

Pen bacaan Al quran..


Akan memudah bacaan bagi yang masih ragu ragu atau ingin mengulangkaji bacaan di luar pantauan guru,apapun bacaan berguru adalah satu kemestian..alat ini hanya membantu..

Mempunyai bacaan tiga imam haramain,dengan hanya menyentuh pada ayat,surah,juzu' dan muka surat segala bacaan akan tersedia membantu..

Mp5 bacaan al quran serta terjemahan

Mp5 ini mengandungi bacaan al quran serta terjemahan ke beberapa bahasa.Terdapat juga hadis2 nabi dari imam2 ternama dan nasyid pilihan,ianya boleh memuat turun bahan2 lain sebagai bekalan untuk pengguna.

Teknologi pembacaan Al quran

Untuk sesuatu yang dinamakan teknologi,hari ini umat Islam melangkah setapak lagi dalam sistem pembacaan Al quran.Andai sebelum ini kita dikejutkan dengan naskhah Al quran yang dilengkapi warna warni yang membantu kita dalam bacaan bertajwid,kini bagi mereka yang kurang mahir dan ingin memperbaiki bacaan mereka boleh melakukannya sendiri dengan bantuan teknologi.

Selain dari mp3 yang memuatkan bacaan Al quran serta terjemahan kepada beberapa bahasa dunia,kini alat yang boleh membantu kita dalam bacaan juga telah dihasilkan.Al qalamul qurra' itulah rengkasan namanya.Alat yang akan membantu kita dalam setiap bacaan ayat,surah,juzu' dan muka surat.Sekiranya kita mempunyai keraguan tentang bacaan sesuatu ayat,alat ini dengan mudah akan membantu dengan bacaan beberapa imam dari Masjidul Haram Makkah.

Untuk kemudahan,sila dapatkannya agar membantu...

Thursday, April 22, 2010

Politik:'Tiada musim perpindahan'..

Bila setiap kali ada pemimpin khususnya PKR yang melompat parti,mereka pasti mengatakan akan ada ramai lagi yang bakal mengikuti jejak langkah mereka selepas ini.Bukan seorang dua yang berkata begitu,malah saya percaya mereka bukan sengaja untuk menyakitkan mereka yang masih bersama parti tetapi memang ada asas untuk mereka berkata begitu.

PKR bukanlah seperti PAS atau DAP yang terbina dari ahli2 yang berjuang sejak lama.PKR boleh dikatakan parti serpihan UMNO yang kecewa.Pemikiran mereka boleh dikatakan hampir sama dengan UMNO,hanya beberapa kerat sahaja yang benar2 mempunyai prinsip perjuangan sebenar.Apabila datang dari budaya UMNO,mereka tidak boleh lari dari budaya 'kebendaan' yang membarah dalam parti tersebut.

Tidak mustahil mereka akan sering terdedah dengan tawaran dan peluang yang lebih baik.Apabila mereka berhadapan dengan masalah dalaman parti,mereka akan mudah dipancing lebih2 lagi memang ada di kalangan tokoh2 awal yang berpaling tadah gembira dan menjadikan perjuangan hidup barunya dengan memancing rakan2 yang masih berada di dalam parti.

Kenapa tidak..?barangkali kerja kerja melobi itu lebih besar labanya dari mencari kedudukan dalam parti politik itu sendiri.Mereka memiliki wang yang sudah tentu boleh 'dipinjam' dari kantung negara itu sendiri.Pembelian pemimpin adalah satu pelaburan untuk bisnes yang lebih besar dengan menguasai negara.

Wednesday, April 21, 2010

Politik Malaysia seperti bolasepak eropah

Sejak kebelakangan ini berita lompat parti dan keluar parti begitu menjadi perhatian politik di Malaysia.Malah ada juga kedengaran laporan yang menyatakan fenomena itu berlaku melalui proses perbincangan dan imbuhan yang bukan sedikit duit digunakan untuknya.Tawar menawar telah berlaku bahkan mungkin menggunakan khidmat agen pengantara bagi kedua belah pihak.

'Siapakah ahli politik yang paling mahal dibayar untuk berpindah..?'Barangkali kenyataan begitu belum tersiar di dada akhbar arus perdana tetapi tidak mustahil pada suatu hari nanti.

Apco:Blogger PR jangan termabuk dengan Arak

Harap semua blogger yang berkempen untuk Pakatan Rakyat kembali fokus kepada isu Apco.Bimbang akan memihak kepada mereka pula nanti.Satu tembakan tak perlu dibalas dengan beribu2 tembakan dari kita.

Tumpuan harus kepada isu yang lain pula...

Tuesday, April 20, 2010

Akaun Facebook Osama dihapus

Bila mula dengar berita tentang beliau mempunyai akaun dalam facebook,saya agak teruja juga untuk menjadi sebahagian daripada peminat.Malangnya hajat saya tak kesampaian apabila mengetahui ianya telah dihapuskan.

Sekalipun menyedari akan kebarangkalian wataknya yang sengaja diada2kan oleh CIA tetapi saya tetap bersemangat mengenali peribadinya dengan lebih dekat.Betapa dunia Islam begitu dahagakan seseorang yang bersifat hero,berani melawan dan sudah pasti tidak tunduk kepada desakan Amerika.

Ahmadinejad adalah tokoh yang seterusnya boleh menjadi kebanggaan...

Senjata Umno makan tuan

Telah keluar dalam akhbar satu kenyataan yang meminta 'jangan dikaitkan pemimpin Umno dalam isu arak'.Memang benar apa yang dikatakan oleh Zaid Ibrahim bahawa pemimpin Umno kalau buat silap tidak pernah akan mengaku,mereka kekal hipokrit kecuali setelah menerima hidayah.

Setelah berita tentang Zaid Ibrahim yang dikatakan 'kaki minum' semasa zaman Umno dulu tersebar luas,kini gambar dan berita pemimpin Umno yang lain pula menjadi perhatian.Apa yang boleh kita perhatikan ialah sindrom penafian itu sentiasa 'melekat' dalam tubuh Umno.Mereka tampil menafikan seolah olah 'mereka seperti malaikat' (pinjam istilah Zaid Ibrahim)yang tidak pernah melakukan kesilapan.

Saya amat tertarik dengan kenyataan Zaid: 'bila berkawan dengan Tok Guru saya mendapat nasihat dan penerangan yang tak pernah ulama Umno terangkan tentang Islam,saya memang pernah buat silap'....

Rakyat yang celik pasti akan cepat menangkap akan makna perkataan yang seperti itu,Zaid Ibrahim adalah 'pilihan muktamad' untuk Hulu Selangor.Selamat mengundi...

Didik masyarakat dalam ghairah kempen

Dalam keghairahan kita berkempen,harus barang jangan dilupa aspek mendidik kepada masyarakat setempat,dan jangan pula terpengaruh dengan gaya BN yang desperado menghentam kita.

sejak kebelakangan ini syarikat iklan sudah mula belajar dari iklan komersial petronas yang sering menyelitkan unsur2 nilai dalam setiap iklan mereka di tv.Jelas kepada kita betapa semua itu boleh dilakukan dan mampu menyentuh perasaan kumpulan sasaran.

Untuk itu suka saya mengingatkan kepada semua yang terlibat dalam proses kempen agar menitikberatkan unsur unsur nilai kepada masyarakat.

Kepada semua saya ucapkan selamat berkempen..

'Lapangan perang adalah strategi terpenting..'

Membaca berita tentang laporan sahabat yang mendapati ramai dikalangan pengundi berdaftar di Hulu Selangor dipindahkan ke kawasan mengundi yang lain,sekaligus mengingatkan kita betapa lapang peperangan itu harus dibersihkan terlebih dahulu sebelum kita ghairah untuk keluar berjuang.

SPR memang terkenal dari dulu cenderung untuk memenangkan BN.Sudah banyak bukti serta keluhan yang kita lontarkan terhadap semua itu.Lalu sampai bila kita sanggup dipermainkan begitu dalam setiap siri pilihanraya yang berlangsung..?Itu belum lagi kita melihat kepada institusi polis,kehakiman dan media yang begitu banyak dikuasai oleh pihak musuh.Lalu saya melihat perjuangan asas kita adalah memperbetulkan duduk sebenar 'medan' yang ingin kita sertai terlebih dahulu.

Tidakkah kita pernah diingatkan tentang beberapa peperangan yang pernah disertai oleh Rasulullah SAW pada satu ketika dulu lebih mementingkan 'strategi kedudukan perang' terlebih dahulu..?Badar umpamanya dipilih kerana sumber airnya,Uhud pula dipilih kerana bukitnya, sekalipun ketika itu umat Islam tewas kerana ingkar dengan arahan yang telah dikeluarkan,apa yang penting ialah strategi telah diutamakan.

Harapan saya agar pemimpin2 yang berada di saf hadapan 'melihat' akan pentingnya strategi itu,kerana sudah tentu insan kecil seperti saya tidak mampu untuk menggerakkan itu semua melainkan sekadar pena sahaja....

Monday, April 19, 2010

Kurang setuju dengan Tuan Man Tuan Ibrahim

Baru baru ini beliau menulis tentang sistem pilihanraya yang perlu dirombak berikutan trend semasa yang banyak melibatkan kes lompat parti.Beliau menyifatkan mereka yang lompat parti tidak harus dikekalkan kerusinya dalam dun atau parlimen malah harus diberikan secara outomatik kepada parti yang menang.Begitu juga dalam kes kematian seseorang calon,kerusi harus juga diberikan kepada parti yang menang.

Begitulah bunyi tulisan beliau itu yang menarik minat saya untuk diulas
sepatah dua kata di sini.

Dalam keghairahan kita menyertai politik demokrasi kita jangan sampai dilalaikan dari prinsip sendiri.Dalam Islam 'sikap berpaling tadah itu adalah sesuatu yang natural.Kita harus menerima fenomena itu sebagai salah satu cabaran hidup.Ianya tentang prinsip dan falsafah perjuangan.Seseorang akan sentiasa terdedah dengan ujian dalam hidup,malah tiada jaminan sama sekali untuk seorang hamba akan kekal dalam hidayah atau kufur selamanya.Itu 'asas' yang perlu difahami oleh semua.

Saya faham akan kekuatiran beliau dengan trend lompat parti sejak kebelakangan ini.Fenomena itu pasti akan membawa Kebimbangan bagi pihak Pakatan Rakyat.Sudah pasti...setiap kita pasti akan takut pada kerugian dan kekalahan,tetapi bukankah kita telah memahami betapa perjuangan ini bukan atas dasar menang atau kalah,malah ianya tentang prinsip dan dasar.

Sesuatu yang harus kita ingat juga betapa sejarah telah membuktikan betapa ramai dikalangan para sahabat yang berada dalam barisan musuh berpaling tadah dan meyebelahi Rasulullah SAW.Bukankah itu juga boleh kita sifatkan sebagai 'lompat' bahkan lebih hebat lagi.Justeru jika ada yang ingin melompat parti,ianya tidak mendatangkan apa2 kepada perjuangan kita malah harus lebih bersyukur kerana diperlihatkan mereka2 yang tidak ikhlas dalam perjuang.

Medan kita dewasa ini adalah berbeza,zuruf harus dibaca dengan lensa yang lebih matang insyaallah.

Thursday, April 15, 2010

APCO: Senjata ampuh PR di Hulu selangor

Bermula esok yang akan menyaksikan demonstrasi di beberapa tempat seluruh negara,isu APCO harus terus diusung ke Hulu Selangor yang mana peratus pengundi melayunya adalah yang terbanyak berbanding kaum lain.

Pakatan Rakyat mempunyai banyak kelebihan dalam pilihanraya kecil kali ini,sekalipun terdapat juga beberapa isu yang menggangu seperti keluarnya adun PKR di kedah serta isu YBK yang melibatkan rakyat Serendah sebulan yang lalu.Namun dua isu itu akan tenggelam dengan isu APCO yang lebih besar dan sensitif di kalangan orang Islam khususnya.Ianya juga melibatkan masalah keselamatan negara yang sering dilaung2kan oleh pemimpin Umno terhadap barisan pembangkang di Malaysia khususnya ketua mereka Anwar Ibrahim.

Malah isu ini sebenarnya boleh juga terus diasak menjadi bahan pembakar semangat rakyat dalam pilihanraya yang ke 13 akan datang.Pemimpin2 Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP harus bijak bermain dengan isu tersebut dan jangan hanya berharap pada Anwar sahaja untuk 'menembak'.

Ayuh kibarkan panji perjuangan ini....

Hulu Selangor:Najib sudah mengalah awal

Kalau tak silap,sebelum Perdana Menteri ke luar negara menemui Obama,beliau sudah memberi ulasan awal tentang bacaan politiknya tentang Hulu Selangor.'Prestasi sebenar BN diukur dalam pilihanraya ke 13'...Begitulah lebih kurang bunyinya ulasan beliau tempoh hari.Apa yang boleh kita baca dari kenyataannya itu ialah beliau berputus harap untuk menang di Hulu Selangor.

Isyarat beliau itu memang bertepatan dengan pengumuman nama calon BN pada hari ini,calon pilihan Palanivel tidak dicalonkan dan ketua penerangan MIC yang terpilih.Dengan pengumuman itu pasti akan mengecewakan ramai kaum india di Hulu Selangor.

Harapan yang tinggi juga terhadap ahli2 PAS agar mereka tidak menyimpan dendam terhadap Zaid Ibrahim yang pernah mencabar hudud di Kelantan satu masa dulu.Islam sentiasa memberi peluang kedua kepada mereka yang ingin memperbaiki diri ke arah kebaikan.

Selamat mengundi...

BN akan kalah di Hulu Selangor..

Berdasarkan calon yang dipilih oleh mereka bagi mewakili pilihanraya kecil kali ini,mereka akan kalah kerana banyak hati yang akan merasa tidak puas di kalangan mereka,calon pilihan Palanivel yang tidak terpilih pasti akan mewujudkan protes senyap dalam MIC.

Tetapi jentera pilihanraya masih di tangan mereka,segalanya mungkin,itu sahaja yang boleh menghalang Pakatan Rakyat untuk menang.Apa pun Najib sudah memberi isyarat awal betapa pentas BN yang sebenar ialah pilihanraya ke 13 nanti.Isyarat itu boleh dibaca bahawa mereka tidak menaruh keyakinan yang tinggi dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor ini.

Oleh itu saya mudah untuk meramalkan kemenangan kepada Pakatan Rakyat..tambahan pula Zaid Ibrahim memang terkenal sebagai hero dalam mempertahankan prinsip serta bersedia untuk berkhidmat untuk rakyat.Pengundi Hulu Selangor adalah mereka yang bijak insyaallah..

Wednesday, April 14, 2010

Sepatutnya lebih mudah

Itulah yang harus diambil peluang oleh semua betapa teknology banyak membantu kita dalam penyebaran maklumat,ianya bukan sekadar di laman tempatan malah boleh menjangkau ke seluruh alam.

Saya baru terfikir betapa ibubapa kita dulu mampu bertahan aqidah mereka hanya sekadar mengupas ilmu melalui kelas2 mengaji Al quran sahaja memandangkan pada zaman mereka tidak begitu terdedah kepada godaan sebagaimana kita pada hari ini.Hari ini kita tidak boleh berpada sekadar kelas2 mengaji itu sahaja,kerana godaan di luar sana amat besar yang akan memakan input yang sedikit yang telah kita perolehi dari kelas2 mengaji tersebut.

Cuba kita buat imbasan tentang persoalan tersebut dengan membandingkan dengan nilai duit pada zaman dahulu dengan zaman kita sekarang.Dulu 20 sen sudah cukup untuk kita berbelanja di sekolah tetapi hari ini anak2 kita memerlukan rm5 malah rm10 bagi sesetengah yang lain.Duit yang dibekalkan oleh ibubapa itu akan digunakan untuk berbelanja kepada banyak benda...duit banyak keperluannya juga banyak.

Kesimpulannya...kita harus memberikan lebih kepada anak2 kita bukan hanya sekadar menghantar mereka belajar mengaji sebagaimana dulu ibubapa kita mendapat pendidikan tentang agama."Ajarlah anak kalian sesuai dengan kehendak zaman mereka"~maksud hadis

Gambaran hari akhirat

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Pelbagai cara untuk kita mencari pahala di akhirat antaranya melalui menderma darah membantu mereka yang memerlukan. - Gambar hiasan

Surah al-Naziat termasuk dalam surah makkiah yang diturunkan selepas surah al-Naba'. Seperti yang diketahui dalam surah al-Naba' banyak dibincangkan berkenaan dengan beriman dengan hari akhirat begitu juga perihal yang berlaku dan gambaran balasan golongan yang baik dan jahat.

Surah ini meneruskan lagi kesinambungan berkenaan hari pembalasan seperti kata al-Maraghi: Allah SWT memulakan firman-Nya dengan bersumpah yang menegaskan berkenaan kebangkitan dari kubur. Hal ini tidaklah menjadi keraguan lagi dengan hujah dan bukti yang jelas.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya. Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya. Dan Demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya. Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya. Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya, (Sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan), Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing). Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut Pemandangannya tunduk gerun. Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu? Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?" Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!" (menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata. (al-Nazi'at: 1-14)

Firman Allah SWT: Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya. Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya.
Mengikut Ibn Mas'ud, Ibn Abbas, Masruq, Said bin Jubair, Abu Salih, Abu al-Dhuha dan al-Suddi iaitu para malaikat yang mencabut nyawa manusia dengan keras dan lembut mengikut amalan dan keimanan mereka.

Firman Allah SWT: Dan Demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya.
Ibn Mas'ud menyatakan maksudnya ialah para malaikat sedangkan Qatadah pula berpendapat iaitu bintang-bintang.

Firman Allah SWT: Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya.
Ledakan gempa
Yang masyhur di kalangan salaf al-salih seperti al-Hasan al-Basri iaitu para malaikat sedangkan al-Hasan berpendapat dia lebih cepat kepada keimanan dan membenarkannya.

Firman Allah SWT: Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya, (Sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)!

Al-Hasan al-Basri berkata: Mereka mengatur urusan langit hingga ke bumi mengikut perintah Tuhan.
Firman Allah SWT: Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekelian makhluk selain dari yang dikecualikan). Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing).

Inilah gambaran hari kiamat dengan membuat hati manusia merasakan ledakan gempa malapetaka dan huru-hara adanya perasaan menggigil, takut dan gementar. Akhirnya membawa kepada penghayatan kepada firman Allah SWT dan mengiktiraf kebenaran-Nya seperti ayat berikutnya.

Firman Allah SWT: Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut. Pemandangannya tunduk gerun.
Syed Qutub berkata: Mereka dalam keadaan takut dan cemas. Mereka kelihatan jelas hina-dina. Perasaan mereka bercampur aduk di antara takut, kecewa, gentar dan lumpuh. Inilah yang berlaku pada hari yang dahsyat, di mana bumi bergegaran dan diiringi gegaran di langit. Inilah suasana yang terangkum dalam sumpah Allah SWT.

Firman Allah SWT: Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu? Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?" Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!"
Muhammad bin Ka'ab berkata: Kaum Quraisy berkata: Seandainya Allah SWT menghidupkan kita kembali setelah kematian kita, maka kita benar-benar menjadi orang-orang yang rugi.

Firman Allah SWT: (menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua). Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.

Ibn Kathir berkata: Yang demikian merupakan hanya satu perintah dari Allah SWT, tiada dua dan juga pengulangan. Tiba-tiba seluruh manusia bangkit dengan melihat di mana Allah perintahkan malaikat Israfil meniupkan sangkakala sebagai tanda kebangkitan seluruh manusia dari generasi amalan hingga yang akhir berada di hadapan Allah SWT.

Syed Qutb berkata: "Kita tidak mengetahui di mana bumi Mahsyar? Kita menerima keterangan yang benar ini dari Allah. Oleh itu, tidak seharusnya membuat tokok tambah dengan keterangan-keterangan yang tidak muktamad".

Berdasarkan kepada nas-nas yang lain, pekikan yang dimaksudkan di sini ialah tiupan sangkakala kedua iaitu tiupan bangkit dari kubur dan berhimpun di padang Mahsyar.
Ungkapan ini membayangkan kecepatan dan kecemasan hati yang takut dan berdebar-debar. Penyelarasan ayat ini jelas dan dapat dilihat pada setiap gerak dan pandangan.

Penutup

Al-Maraghi membuat kesimpulan berkenaan dengan ayat-ayat yang dibincangkan di atas katanya: "Janganlah kamu menyangka bahawa menghidupkan kamu kembali itu adalah perkara yang sukar bagi Kami. "Mengembalikan kamu hidup yang kamu dakwa sukar itu cukup dengan memerintahkan kepada malaikat Kami, untuk menyeru dengan satu seruan sahaja. Maka dengan serta merta kamu semua berada di hadapan Kami."

Tidak ada seorangpun yang tertinggal dan jika ada yang ingin melambatkan diri, maka tidak ada yang dapat berbuat begitu.

Semoga Allah menjadikan kita dari golongan yang beriman dan beramal soleh sehingga melayakkan kita semua menghuni syurganya. Amin

Tuesday, April 13, 2010

Tampil sebagai lebih jujur

Saya baru mendapat motivasi untuk terus menulis lagi di sini,kerana hakikatnya saya memang mempunyai banyak perkara untuk disampaikan kepada pembaca semua,cuma kadang2 saya dihalang oleh sikap sendiri yang tidak lari sebagai seorang manusia biasa.

saya tidak akan terburu buru untuk meluahkan semuanya di sini,kerana sunnah telah mengajar betapa konsisten itu adalah yang terbaik walaupun sedikit,bukankah saya patut berbangga kerana masih berada di sini..?

Perjuangan hidup mesti diteruskan....

Tergendala buat sementara waktu

Sejak saya aktif dalam facebook,blog ini menjadi mangsa diskriminasi tuannya sendiri,hakikatnya saya masih rindu untuk menulis di sini tetapi merasakan buat masa ini platform FB lebuh mudah dan efisien berbanding di sini...

Dalam begitu saya masih mengaku ada kelebihan masing masing dalam menyumbangkan maklumat buat orang ramai..paling penting maklumat dalam blog masih dekat untuk diakses bagi mereka yang berhajat untuk menulis buku..

Moga diberi kesempatan yang lebih untuk terus tampil di sini...

Saturday, February 06, 2010

Apa lagi yang tak kena dengan PAS

pergolakan yang walaupun kecil,sudah tentu akan membawa kesan yang tak baik kepada kelangsungan politik PAS.Ianya adalah kesan sampingan dari isu kerajaan perpaduan yang pernah menggoncang PAS dari dalam.

PAS tidak diasak dari luar sebagaimana PKR yang mana kedudukan penasihat serta nadi perjuangan mereka masih berhadapan ranjau yang entah bagaimana hujungnya.Ini ditambah lagi dengan tingkahlaku beberapa kerat pemimpin dalam PKR yang membuat onar sesama rakan Pakatan Rakyat DAP.

Keputusan Jawatankuasa disiplin yang diketuai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man ternyata mendapat kritikan keras dari pelbagai pihak termasuk dari pemuda negerinya sendiri Abdullah Abd Karim.Sepanjang pengamatan saya,TITM adalah antara pemimpin yang dihormati oleh ahli PAS tetapi selepas keputusan tersebut kredibiliti dirinya sudah mula boleh dipertikai oleh ramai pihak.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku saban hari pastinya akan membawa beban kepada PAS.Saya sendiri sukar untuk menjangkakan nasib mereka dalam pilihanraya yang akan datang.Malah apa yang termampu hanyalah menunggu dan melihat sahaja..

Wednesday, January 13, 2010

Allah: Siapa pasung fikrah muslim?

Hasmi Hashim Jan 13, 10 9:06am(Mkini)

Sebagai salah seorang panel forum 'Allah: Siapa Punya?' kelmarin, saya berpendapat bahawa isu kalimah Allah kini tiba di peringkat persoalan sosio-budaya; bukan lagi hanya berlegar kepada persoalan hukum-hakam agama.Dengan banyaknya surah-surah di dalam Quran, jelas sekali penggunaan nama 'Allah' oleh mingguan Herald tidak bersalahan dengan Islam.

Persoalan sekarang, bukan siapa yang berhak memakai nama 'Allah', tetapi terbau kuat akan wujudnya pihak yang mahu memiliki hak mutlak bagi menafsirkan ayat-ayat al-Quran dalam usaha menguasai doktrin Islam itu sendiri.Selepas sekian banyak hujah yang dibentang, di hujung forum, Dr Azwira A Aziz (pensyarah kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia) dua tiga kali berbisik kepada saya, "mengapa jadi begini?"Maksud beliau, mengapa dalam hal ini, kedapatan cendekiawan, ahli akademik, ahli teologi bahkan ulama tidak menjadi jernih akal budinya berhubung isu yang dibincangkan.

Kita akui bahawa 'pemegang fakta' bukan bermakna 'pemegang kebenaran'; sama halnya hujah wajar dijawab dengan hujah dan bukannya penglabelan.Memang, saya tidak punya jawapan ringkas. Hanya yang dapat dirumuskan bahawa suasana malam itu mengingatkan ungkapan profesor Dr Tariq Ramadan kala memberikan syarahan awam bulan lalu di Kuala Lumpur bahawa ia adalah masalah pemikiran umat. Ia bukannya masalah Islam; apatah lagi masalah Illahi... bukan!Tidak sekalipun saya cuba menolak Teks; sama ada al-Quran dan hadith, kala mana sekian banyak ayat al-Quran dipetik misalnya daripada surah Ali Imran (64), al-Ankabut (46) bahkan paling jelas, al-Hajj bermula ayat 39 sehingga 46.Ayat-ayat, kaedah dan disiplin penafsiran juga sempat disentuh Dr Azwira.

Saya kira, pada peringkat ini, adalah keanak-anakan sekali andai ada yang masih membebelkan bahawa umat harus merujuk kepada al-Quran dan hadith (yang diingatkan setiap khutbah Jumaat!) sedangkan memang sudah dilaksanakan seruan itu. Begitu juga rujukan terhadap qias dan ijma' ulama.Oleh kerana masalah ini adalah masalah umat, masalah pemikiran, tentang faham yang mendasarinya, maka saya dengan tegas sejak dari awal mengajak agar diteliti pengalaman Munshi Abdullah sebagai pengalaman dalam lingkungan sosio-budaya Melayu.

Apakah orang Melayu tidak punya pengalaman sejarah di atas isu serupa?Apabila nama Munshi dibangkitkan, tuduhan, ejekan dan fitnah terhadap Munshi didendangkan semula. Paling tidak, tuduhan klise bahawa Munshi itu rapat dan terlalu memuja Barat, atau dalam bahasa hari ini dia pasti akan dituduh "agen Barat".Hubungan baik Munshi dengan sekian ramai orang Inggeris termasuk dengan Stamford Raffles mahupun dengan paderi Kristian yang bernama Thomsen dijadikan alasan untuk menakut-nakutkan Melayu hari ini, seperti mana rasa tidak yakin diri di kalangan masyarakat Melaka kala Munshi masih hidup.

Antara lain, demi muaknya atas tuduhan (labelan) kepadanya, Munshi menuliskan: [D]an banyaklah orang menyatakan pekerjaan itu tiada baik, iaitu merosakkan agama adanya, maka apabila aku mendengar perkataan itu, tunduklah aku sambil keluar air mataku, serta berfikir: 'Dari mana gerangannya datang bencana ini? Terlalu bodoh.'Tohmah dan fitnah seperti 'paderi Munshi' tidak lain datangnya daripada orang yang dimaksudkan itu. Bukan sahaja bodoh, tetapi penuh pula rasa curiga sebagai lambang tidak ada yakin diri ini.Islam telah merungkaikannya di bawah makna 'iman' itu sendiri.

Membayangkan masalah sedemikian, Munshi menulis: [M]aka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu serta memberitahu akan mereka itu, bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang ke dalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka.Kebimbangan segelintir Muslim andai nama Allah itu disalahguna pihak bukan Islam bukan alasan bagi Muslim tidak memberikan hak dan keadilan kepada yang bukan Islam.Bahkan Allah SWT jua mengingatkan bahawa Dia jualah yang berkuasa membinasakan kaum-kaum yang berdusta dan melakukan kerosakan seperti kaum Nabi Nuh dan 'Aad, kaum Nabi Salih (Thamud), kaum Nabi Ibrahim, kaum Nabi Lut, kaum Nabi Musa dan penduduk Madyan.

Faktanya, Munshi meninggal dunia (di Jeddah pada 1854) sebagai seorang Muslim; pegangan agamanya tidak pernah goyang dan calar sepanjang beliau melakukan kerja terjemahan Injil, bahkan sepanjang hayatnya.Begitu juga Thomsen. Dia juga orang alim bagi agamanya. Kealiman dan ketaatannya kepada Kristian sehingga menyebabkan beliau takut untuk menukar barang sepatah pun perkataan di dalam Injil. Dia mahukan Munshi menterjemah sepatah demi sepatah.Munshi tidak bersetuju. Bagi Munshi, jalan bahasa Melayu berbeza dengan jalan bahasa Inggeris.

Andai terjemahan secara literal (harfiah) seperti yang dimahukan oleh Thomsen, akan mengakibatkan maksud asal Injil akan tergelincir.Contohnya diberikan Munshi sendiri pada halaman 201, ayat 28 dalam edisi 'kitab Injil Tuan Thomsen'. Ayatnya berbunyi: Maka tatkala itu Simeon mengangkat anak 'Isa itu pada tangannya lalu memuji Allah.Menurut Munshi, jalan bahasa Melayu oleh Thomsen itu membayangkan bahawa Nabi Isa seolah-olah mempunyai anak, sedangkan kata Munshi, [M]aka dalam fahamku demikian kerana belum pernah aku mendengar dalam agama Islam, istimewa dalam agama Masehi, akan 'Isa itu kahwin.

Secara tidak langsung, kerja terjemahan Injil, yang kemudiannya dikenali sebagai "Injil Melayu Melaka dan Singapura", telah membuatkan keyakinan Munshi terhadap ajaran Islam semakin jelas.Apa yang mengecewakannya, bukan kerja terjemahan itu. Munshi kecewa apabila begitu banyak kesalahan yang dilakukan oleh Thomsen, yang tidak mahu mendengar nasihatnya sebagai guru.Di pihak Thomsen pula, beliau sangat takut untuk mengubah-ubah letak duduk perkataan daripada Injil versi King James kepada laras bahasa Melayu.

Begitu juga dengan penggunaan nama 'Allah'. Bagi istilah 'tuhan' yang tidak merujuk kepada Tuhan yang disembah, maka telah dihilangkan satu huruf 'lam', menjadi bunyinya 'Alah', sementara bagi maksud Tuhan yang disembah, dikekalkan ejaan alif-lam-lam-ha dengan bunyinya 'Allah'.Perlu diingatkan bahawa Injil berkenaan dicetak dengan tulisan jawi. Barangkali kalau dilihat seperti mana hari ini, seperti kitab agama di sekolah-sekolah agama Islam negeri Johor. Kitab berkenaan dicetak puluhan kali, dan cetakan pertama di Melaka sebelum di Singapura.

Siapakah yang membeli dan membaca Injil dalam bahasa Melayu itu, kalau tidak kemudiannya dibaca oleh orang Melayu?Namun, tidak wujud kes yang dapat disahkan bahawa orang Melayu di Melaka atau Singapura, atau Johor, atau Riau (Sumatera) pada zaman itu, misalnya, yang menukar agama mereka kepada seorang Kristian.Injil Melayu Melaka dan Singapura itu bukanlah Injil yang pertama kali diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Di zaman Belanda, iaitu sebelum Inggeris menguasai Melaka, pemerintah Belanda telah mengarahkan seorang pegawai tingginya yang bernama Klinkert untuk menterjemah Injil dalam bahasa Melayu.Kira-kira 150 tahun Munshi meninggalkan kita.

Cendekiawan, ulama bahkan muslim keseluruhannya tidak boleh mengikuti jejak Vatican dalam kes ahli sains Galileo Galilei yang ditangkap, dipenjara dan diseksa hanya kerana orang pandai itu membuktikan bahawa bumi bukan titik tengah cakerawala seperti mana doktrin Kristian.Hanya selepas seluruhnya hidup Galileo terseksa; selepas 350 tahun kemudiannya, pada 1992 barulah Vatican mengakui kesalahannya dan memohon maaf.Arakian, darjat umat dan Melayu tidak akan termuliakan dengan fitnah yang diangkat sebagai 'fakta'; samalah bahawa bahasa Melayu tidak akan jadi bahasa yang besar dan agung tanpa kesediaan menerima ilmu luar ke dalam bahasanya; termasuklah pengetahuan daripada kitab-kitab agama lain.

Dalam sekian banyak pertengkaran dan perbezaan, sedar tidak sedar kedua-dua orang alim itu, Munshi dan Thomsen, telah sama-sama memilih istilah 'Allah'. Mereka sama-sama mengakuinya.

Hasmi Hashim, seorang pengkritik budaya dan penulis rencana, bergiat aktif bersama PKR.

Tuesday, January 05, 2010

Ibn Rushd jawab al-Asya'irah, al-Ghazali

Abdul Rahim Sabri Jan 3, 10 4:42pm(mkini)


Setelah menekuni Al-Kashfu ‘an Manahij al Adillah fi ‘Aqaid al-Millah antara karya ulung failasuf Cordoba, Ibn Rushd, beberapa tahun lalu sehingga hari ini, semakin saya membacanya, semakin asyik untuk memahami kesudahan buku ini.Karya ini, seperti nasib karya-karyanya yang lain, jarang sekali diperkatakan atau dibahaskan untuk perbincangan di universiti kita.

Sepanjang pengalaman saya belajar di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) dahulu, buku ini tidak dijadikan bahan kuliah.Saya mengenali buku ini pun selepas tamat pengajian sejak 2004 lalu. Sekali pun tidak mahu dimasukkan dalam sukatan pengajian di kampus-kampus kita, saya fikir mahasiswa serta masyarakat umum patut didedahkan dengan buku ini.

Karya Ibn Rushd, atau Averroes di dunia ilmiah Eropah, meluncurkan satu kritikan umum terhadap mazhab ahli kalam – pada zamannya dan kini - khususnya kepada al-Asya’irah, mazhab teologi yang menterasi akidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.Ia dihasilkan sebagai usaha membumikan karya klasik Greek dalam falsafah Islam.Ibn Rushd bukan sahaja failasuf, beliau juga seorang qadi, ahli fiqh, pengamal perubatan dan pemikir Islam sewaktu pemerintahan kerajaan Muwahhidin pimpinan khalifah Abu Yaakub Yusuf Abdul Mukmin.

Beliau menulis buku sewaktu berada di Marakesh, Maghribi pada tahun 575 H atau 1179 M. Bebarapa tahun sebelum itu, beliau dilantik menjadi qadi (hakim) di Cordova (Qurtubah) dan Ishbiliyyah (Seville). Buku ini sambungan dan pelengkap kepada karyanya yang awal Al-Damima fi al-Ilm Al Ilahi, sebuah makalah mengenai ketuhanan dan Faslul Maqal fi Taqrir ma baina al-Syariah wal Hikmah Min al-Ittisal, karya yang mengharmonikan antara Islam dan falsafah, setahun sebelum itu.Jamaluddin al-Alawi (almarhum), menulis dalam bukunya Al-Matan Al-Rushdiyy, berkata Ibn Rushd menulis karya-karya ini, ketika zaman "al-fasilah al-Ghazaliyyah" (tempoh mengkritik karya Imam Al-Ghazali) iaitu selepas beliau menguasai ilmu dari ahli falsafah Greek dan sebelum beliau memasuki zaman untuk menghuraikan karya Aristotle secara terperinci (al-syarh al-kabir) - perkataan demi perkataan, ayat demi ayat dan menghuraikan dengan bahasa yang lebih mudah.

Sebelum zaman tersebut, beliau menguasai, memberi komentar, dan meringkaskan karya-karya tokoh failasuf dari Greek, seterusnya menghasilkan lebih 30 karya yang dinamakan sebagai al-talkhis dan al-mukhtasar. Kedua-dua jenis buku ini bermaksud 'ringkasan'.Karya beliau al-Kulliyat fi al-Tibb (kitab perubatan) dan Bidayatul Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid (kitab fiqh empat mazhab) ditulis pada zaman ini.

Manakala tokoh pemikir Islam kontemporari Mohamed Abid al-Jabiri menyifatkan buku ini karya terhadap kritikan pemikiran al-Ghazali dan mengkritik buku pengikut al-Asy’ari yang ralat dan rancu ketika membahaskan tentang ketuhanan dan sifat-sifatnya.Dengan perkataan lain, bermula tahun 574 H hingga 576 H, merupakan waktu reaksi intensif Ibn Rushd terhadap masalah pengkafiran terhadap ahli falsafah Greek oleh Imam al-Ghazali dalam karya-karyanya. Oleh itu Ibn Rushd cuba mengharmonikan antara syariat Islam dan falsafah. Katanya, kedua-duanya saling memerlukan antara satu dengan lain sambil menyifatkan mereka adalah "saudara susuan".

Buku ini juga sebagai kritikan terhadap kumpulan atau mazhab ilmu kalam yang cuba memaksa aliran pemikiran mereka kepada umum, khususnya kepada mazhab teologi al-Asya’irah, pada waktu itu.Oleh itu, dalam tempoh "al-fasilah al-Ghazaliyyah" ini, Ibn Rushd menulis empat karya penting falsafah Islam dan "membetulkan akidah" umat Islam termasuk mengkritik kitab Tahafut al-Falasifah, karya agung al-Ghazali dengan magnum opusnya Tahafut al-Tahafut. Ibn Rushd menulis empat karya tadi selepas beliau menguasai ilmu dan meringkaskan karya-karya Aristotle dan karya Greek yang lain, yang meliputi ilmu logik (mantiq), perubatan, metafizik dan ilmu tabii.

Di samping itu, beliau juga menguasai tradisi pemikiran Islam seperti Al-Quran, hadis, fiqh empat mazhab, usul fiqh dan usuluddin.Sehubungan itu saya mencadangkan kempat-empat karya ini harus dibaca bersama agar kita mendapat gambaran awal tentang jalur pemikiran Ibn Rushd dalam usaha beliau untuk meluruskan pandangan al’Asya’ari dan al-Ghazali yang melekat dan sebati sekian lama.