Membaca berita tentang laporan sahabat yang mendapati ramai dikalangan pengundi berdaftar di Hulu Selangor dipindahkan ke kawasan mengundi yang lain,sekaligus mengingatkan kita betapa lapang peperangan itu harus dibersihkan terlebih dahulu sebelum kita ghairah untuk keluar berjuang.
SPR memang terkenal dari dulu cenderung untuk memenangkan BN.Sudah banyak bukti serta keluhan yang kita lontarkan terhadap semua itu.Lalu sampai bila kita sanggup dipermainkan begitu dalam setiap siri pilihanraya yang berlangsung..?Itu belum lagi kita melihat kepada institusi polis,kehakiman dan media yang begitu banyak dikuasai oleh pihak musuh.Lalu saya melihat perjuangan asas kita adalah memperbetulkan duduk sebenar 'medan' yang ingin kita sertai terlebih dahulu.
Tidakkah kita pernah diingatkan tentang beberapa peperangan yang pernah disertai oleh Rasulullah SAW pada satu ketika dulu lebih mementingkan 'strategi kedudukan perang' terlebih dahulu..?Badar umpamanya dipilih kerana sumber airnya,Uhud pula dipilih kerana bukitnya, sekalipun ketika itu umat Islam tewas kerana ingkar dengan arahan yang telah dikeluarkan,apa yang penting ialah strategi telah diutamakan.
Harapan saya agar pemimpin2 yang berada di saf hadapan 'melihat' akan pentingnya strategi itu,kerana sudah tentu insan kecil seperti saya tidak mampu untuk menggerakkan itu semua melainkan sekadar pena sahaja....
No comments:
Post a Comment