Thursday, April 22, 2010

Politik:'Tiada musim perpindahan'..

Bila setiap kali ada pemimpin khususnya PKR yang melompat parti,mereka pasti mengatakan akan ada ramai lagi yang bakal mengikuti jejak langkah mereka selepas ini.Bukan seorang dua yang berkata begitu,malah saya percaya mereka bukan sengaja untuk menyakitkan mereka yang masih bersama parti tetapi memang ada asas untuk mereka berkata begitu.

PKR bukanlah seperti PAS atau DAP yang terbina dari ahli2 yang berjuang sejak lama.PKR boleh dikatakan parti serpihan UMNO yang kecewa.Pemikiran mereka boleh dikatakan hampir sama dengan UMNO,hanya beberapa kerat sahaja yang benar2 mempunyai prinsip perjuangan sebenar.Apabila datang dari budaya UMNO,mereka tidak boleh lari dari budaya 'kebendaan' yang membarah dalam parti tersebut.

Tidak mustahil mereka akan sering terdedah dengan tawaran dan peluang yang lebih baik.Apabila mereka berhadapan dengan masalah dalaman parti,mereka akan mudah dipancing lebih2 lagi memang ada di kalangan tokoh2 awal yang berpaling tadah gembira dan menjadikan perjuangan hidup barunya dengan memancing rakan2 yang masih berada di dalam parti.

Kenapa tidak..?barangkali kerja kerja melobi itu lebih besar labanya dari mencari kedudukan dalam parti politik itu sendiri.Mereka memiliki wang yang sudah tentu boleh 'dipinjam' dari kantung negara itu sendiri.Pembelian pemimpin adalah satu pelaburan untuk bisnes yang lebih besar dengan menguasai negara.

Wednesday, April 21, 2010

Politik Malaysia seperti bolasepak eropah

Sejak kebelakangan ini berita lompat parti dan keluar parti begitu menjadi perhatian politik di Malaysia.Malah ada juga kedengaran laporan yang menyatakan fenomena itu berlaku melalui proses perbincangan dan imbuhan yang bukan sedikit duit digunakan untuknya.Tawar menawar telah berlaku bahkan mungkin menggunakan khidmat agen pengantara bagi kedua belah pihak.

'Siapakah ahli politik yang paling mahal dibayar untuk berpindah..?'Barangkali kenyataan begitu belum tersiar di dada akhbar arus perdana tetapi tidak mustahil pada suatu hari nanti.

Apco:Blogger PR jangan termabuk dengan Arak

Harap semua blogger yang berkempen untuk Pakatan Rakyat kembali fokus kepada isu Apco.Bimbang akan memihak kepada mereka pula nanti.Satu tembakan tak perlu dibalas dengan beribu2 tembakan dari kita.

Tumpuan harus kepada isu yang lain pula...

Tuesday, April 20, 2010

Akaun Facebook Osama dihapus

Bila mula dengar berita tentang beliau mempunyai akaun dalam facebook,saya agak teruja juga untuk menjadi sebahagian daripada peminat.Malangnya hajat saya tak kesampaian apabila mengetahui ianya telah dihapuskan.

Sekalipun menyedari akan kebarangkalian wataknya yang sengaja diada2kan oleh CIA tetapi saya tetap bersemangat mengenali peribadinya dengan lebih dekat.Betapa dunia Islam begitu dahagakan seseorang yang bersifat hero,berani melawan dan sudah pasti tidak tunduk kepada desakan Amerika.

Ahmadinejad adalah tokoh yang seterusnya boleh menjadi kebanggaan...

Senjata Umno makan tuan

Telah keluar dalam akhbar satu kenyataan yang meminta 'jangan dikaitkan pemimpin Umno dalam isu arak'.Memang benar apa yang dikatakan oleh Zaid Ibrahim bahawa pemimpin Umno kalau buat silap tidak pernah akan mengaku,mereka kekal hipokrit kecuali setelah menerima hidayah.

Setelah berita tentang Zaid Ibrahim yang dikatakan 'kaki minum' semasa zaman Umno dulu tersebar luas,kini gambar dan berita pemimpin Umno yang lain pula menjadi perhatian.Apa yang boleh kita perhatikan ialah sindrom penafian itu sentiasa 'melekat' dalam tubuh Umno.Mereka tampil menafikan seolah olah 'mereka seperti malaikat' (pinjam istilah Zaid Ibrahim)yang tidak pernah melakukan kesilapan.

Saya amat tertarik dengan kenyataan Zaid: 'bila berkawan dengan Tok Guru saya mendapat nasihat dan penerangan yang tak pernah ulama Umno terangkan tentang Islam,saya memang pernah buat silap'....

Rakyat yang celik pasti akan cepat menangkap akan makna perkataan yang seperti itu,Zaid Ibrahim adalah 'pilihan muktamad' untuk Hulu Selangor.Selamat mengundi...

Didik masyarakat dalam ghairah kempen

Dalam keghairahan kita berkempen,harus barang jangan dilupa aspek mendidik kepada masyarakat setempat,dan jangan pula terpengaruh dengan gaya BN yang desperado menghentam kita.

sejak kebelakangan ini syarikat iklan sudah mula belajar dari iklan komersial petronas yang sering menyelitkan unsur2 nilai dalam setiap iklan mereka di tv.Jelas kepada kita betapa semua itu boleh dilakukan dan mampu menyentuh perasaan kumpulan sasaran.

Untuk itu suka saya mengingatkan kepada semua yang terlibat dalam proses kempen agar menitikberatkan unsur unsur nilai kepada masyarakat.

Kepada semua saya ucapkan selamat berkempen..

'Lapangan perang adalah strategi terpenting..'

Membaca berita tentang laporan sahabat yang mendapati ramai dikalangan pengundi berdaftar di Hulu Selangor dipindahkan ke kawasan mengundi yang lain,sekaligus mengingatkan kita betapa lapang peperangan itu harus dibersihkan terlebih dahulu sebelum kita ghairah untuk keluar berjuang.

SPR memang terkenal dari dulu cenderung untuk memenangkan BN.Sudah banyak bukti serta keluhan yang kita lontarkan terhadap semua itu.Lalu sampai bila kita sanggup dipermainkan begitu dalam setiap siri pilihanraya yang berlangsung..?Itu belum lagi kita melihat kepada institusi polis,kehakiman dan media yang begitu banyak dikuasai oleh pihak musuh.Lalu saya melihat perjuangan asas kita adalah memperbetulkan duduk sebenar 'medan' yang ingin kita sertai terlebih dahulu.

Tidakkah kita pernah diingatkan tentang beberapa peperangan yang pernah disertai oleh Rasulullah SAW pada satu ketika dulu lebih mementingkan 'strategi kedudukan perang' terlebih dahulu..?Badar umpamanya dipilih kerana sumber airnya,Uhud pula dipilih kerana bukitnya, sekalipun ketika itu umat Islam tewas kerana ingkar dengan arahan yang telah dikeluarkan,apa yang penting ialah strategi telah diutamakan.

Harapan saya agar pemimpin2 yang berada di saf hadapan 'melihat' akan pentingnya strategi itu,kerana sudah tentu insan kecil seperti saya tidak mampu untuk menggerakkan itu semua melainkan sekadar pena sahaja....

Monday, April 19, 2010

Kurang setuju dengan Tuan Man Tuan Ibrahim

Baru baru ini beliau menulis tentang sistem pilihanraya yang perlu dirombak berikutan trend semasa yang banyak melibatkan kes lompat parti.Beliau menyifatkan mereka yang lompat parti tidak harus dikekalkan kerusinya dalam dun atau parlimen malah harus diberikan secara outomatik kepada parti yang menang.Begitu juga dalam kes kematian seseorang calon,kerusi harus juga diberikan kepada parti yang menang.

Begitulah bunyi tulisan beliau itu yang menarik minat saya untuk diulas
sepatah dua kata di sini.

Dalam keghairahan kita menyertai politik demokrasi kita jangan sampai dilalaikan dari prinsip sendiri.Dalam Islam 'sikap berpaling tadah itu adalah sesuatu yang natural.Kita harus menerima fenomena itu sebagai salah satu cabaran hidup.Ianya tentang prinsip dan falsafah perjuangan.Seseorang akan sentiasa terdedah dengan ujian dalam hidup,malah tiada jaminan sama sekali untuk seorang hamba akan kekal dalam hidayah atau kufur selamanya.Itu 'asas' yang perlu difahami oleh semua.

Saya faham akan kekuatiran beliau dengan trend lompat parti sejak kebelakangan ini.Fenomena itu pasti akan membawa Kebimbangan bagi pihak Pakatan Rakyat.Sudah pasti...setiap kita pasti akan takut pada kerugian dan kekalahan,tetapi bukankah kita telah memahami betapa perjuangan ini bukan atas dasar menang atau kalah,malah ianya tentang prinsip dan dasar.

Sesuatu yang harus kita ingat juga betapa sejarah telah membuktikan betapa ramai dikalangan para sahabat yang berada dalam barisan musuh berpaling tadah dan meyebelahi Rasulullah SAW.Bukankah itu juga boleh kita sifatkan sebagai 'lompat' bahkan lebih hebat lagi.Justeru jika ada yang ingin melompat parti,ianya tidak mendatangkan apa2 kepada perjuangan kita malah harus lebih bersyukur kerana diperlihatkan mereka2 yang tidak ikhlas dalam perjuang.

Medan kita dewasa ini adalah berbeza,zuruf harus dibaca dengan lensa yang lebih matang insyaallah.

Thursday, April 15, 2010

APCO: Senjata ampuh PR di Hulu selangor

Bermula esok yang akan menyaksikan demonstrasi di beberapa tempat seluruh negara,isu APCO harus terus diusung ke Hulu Selangor yang mana peratus pengundi melayunya adalah yang terbanyak berbanding kaum lain.

Pakatan Rakyat mempunyai banyak kelebihan dalam pilihanraya kecil kali ini,sekalipun terdapat juga beberapa isu yang menggangu seperti keluarnya adun PKR di kedah serta isu YBK yang melibatkan rakyat Serendah sebulan yang lalu.Namun dua isu itu akan tenggelam dengan isu APCO yang lebih besar dan sensitif di kalangan orang Islam khususnya.Ianya juga melibatkan masalah keselamatan negara yang sering dilaung2kan oleh pemimpin Umno terhadap barisan pembangkang di Malaysia khususnya ketua mereka Anwar Ibrahim.

Malah isu ini sebenarnya boleh juga terus diasak menjadi bahan pembakar semangat rakyat dalam pilihanraya yang ke 13 akan datang.Pemimpin2 Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP harus bijak bermain dengan isu tersebut dan jangan hanya berharap pada Anwar sahaja untuk 'menembak'.

Ayuh kibarkan panji perjuangan ini....

Hulu Selangor:Najib sudah mengalah awal

Kalau tak silap,sebelum Perdana Menteri ke luar negara menemui Obama,beliau sudah memberi ulasan awal tentang bacaan politiknya tentang Hulu Selangor.'Prestasi sebenar BN diukur dalam pilihanraya ke 13'...Begitulah lebih kurang bunyinya ulasan beliau tempoh hari.Apa yang boleh kita baca dari kenyataannya itu ialah beliau berputus harap untuk menang di Hulu Selangor.

Isyarat beliau itu memang bertepatan dengan pengumuman nama calon BN pada hari ini,calon pilihan Palanivel tidak dicalonkan dan ketua penerangan MIC yang terpilih.Dengan pengumuman itu pasti akan mengecewakan ramai kaum india di Hulu Selangor.

Harapan yang tinggi juga terhadap ahli2 PAS agar mereka tidak menyimpan dendam terhadap Zaid Ibrahim yang pernah mencabar hudud di Kelantan satu masa dulu.Islam sentiasa memberi peluang kedua kepada mereka yang ingin memperbaiki diri ke arah kebaikan.

Selamat mengundi...

BN akan kalah di Hulu Selangor..

Berdasarkan calon yang dipilih oleh mereka bagi mewakili pilihanraya kecil kali ini,mereka akan kalah kerana banyak hati yang akan merasa tidak puas di kalangan mereka,calon pilihan Palanivel yang tidak terpilih pasti akan mewujudkan protes senyap dalam MIC.

Tetapi jentera pilihanraya masih di tangan mereka,segalanya mungkin,itu sahaja yang boleh menghalang Pakatan Rakyat untuk menang.Apa pun Najib sudah memberi isyarat awal betapa pentas BN yang sebenar ialah pilihanraya ke 13 nanti.Isyarat itu boleh dibaca bahawa mereka tidak menaruh keyakinan yang tinggi dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor ini.

Oleh itu saya mudah untuk meramalkan kemenangan kepada Pakatan Rakyat..tambahan pula Zaid Ibrahim memang terkenal sebagai hero dalam mempertahankan prinsip serta bersedia untuk berkhidmat untuk rakyat.Pengundi Hulu Selangor adalah mereka yang bijak insyaallah..

Wednesday, April 14, 2010

Sepatutnya lebih mudah

Itulah yang harus diambil peluang oleh semua betapa teknology banyak membantu kita dalam penyebaran maklumat,ianya bukan sekadar di laman tempatan malah boleh menjangkau ke seluruh alam.

Saya baru terfikir betapa ibubapa kita dulu mampu bertahan aqidah mereka hanya sekadar mengupas ilmu melalui kelas2 mengaji Al quran sahaja memandangkan pada zaman mereka tidak begitu terdedah kepada godaan sebagaimana kita pada hari ini.Hari ini kita tidak boleh berpada sekadar kelas2 mengaji itu sahaja,kerana godaan di luar sana amat besar yang akan memakan input yang sedikit yang telah kita perolehi dari kelas2 mengaji tersebut.

Cuba kita buat imbasan tentang persoalan tersebut dengan membandingkan dengan nilai duit pada zaman dahulu dengan zaman kita sekarang.Dulu 20 sen sudah cukup untuk kita berbelanja di sekolah tetapi hari ini anak2 kita memerlukan rm5 malah rm10 bagi sesetengah yang lain.Duit yang dibekalkan oleh ibubapa itu akan digunakan untuk berbelanja kepada banyak benda...duit banyak keperluannya juga banyak.

Kesimpulannya...kita harus memberikan lebih kepada anak2 kita bukan hanya sekadar menghantar mereka belajar mengaji sebagaimana dulu ibubapa kita mendapat pendidikan tentang agama."Ajarlah anak kalian sesuai dengan kehendak zaman mereka"~maksud hadis

Gambaran hari akhirat

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Pelbagai cara untuk kita mencari pahala di akhirat antaranya melalui menderma darah membantu mereka yang memerlukan. - Gambar hiasan

Surah al-Naziat termasuk dalam surah makkiah yang diturunkan selepas surah al-Naba'. Seperti yang diketahui dalam surah al-Naba' banyak dibincangkan berkenaan dengan beriman dengan hari akhirat begitu juga perihal yang berlaku dan gambaran balasan golongan yang baik dan jahat.

Surah ini meneruskan lagi kesinambungan berkenaan hari pembalasan seperti kata al-Maraghi: Allah SWT memulakan firman-Nya dengan bersumpah yang menegaskan berkenaan kebangkitan dari kubur. Hal ini tidaklah menjadi keraguan lagi dengan hujah dan bukti yang jelas.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya. Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya. Dan Demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya. Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya. Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya, (Sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan), Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing). Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut Pemandangannya tunduk gerun. Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu? Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?" Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!" (menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata. (al-Nazi'at: 1-14)

Firman Allah SWT: Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya. Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya.
Mengikut Ibn Mas'ud, Ibn Abbas, Masruq, Said bin Jubair, Abu Salih, Abu al-Dhuha dan al-Suddi iaitu para malaikat yang mencabut nyawa manusia dengan keras dan lembut mengikut amalan dan keimanan mereka.

Firman Allah SWT: Dan Demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya.
Ibn Mas'ud menyatakan maksudnya ialah para malaikat sedangkan Qatadah pula berpendapat iaitu bintang-bintang.

Firman Allah SWT: Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya.
Ledakan gempa
Yang masyhur di kalangan salaf al-salih seperti al-Hasan al-Basri iaitu para malaikat sedangkan al-Hasan berpendapat dia lebih cepat kepada keimanan dan membenarkannya.

Firman Allah SWT: Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya, (Sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)!

Al-Hasan al-Basri berkata: Mereka mengatur urusan langit hingga ke bumi mengikut perintah Tuhan.
Firman Allah SWT: Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekelian makhluk selain dari yang dikecualikan). Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing).

Inilah gambaran hari kiamat dengan membuat hati manusia merasakan ledakan gempa malapetaka dan huru-hara adanya perasaan menggigil, takut dan gementar. Akhirnya membawa kepada penghayatan kepada firman Allah SWT dan mengiktiraf kebenaran-Nya seperti ayat berikutnya.

Firman Allah SWT: Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut. Pemandangannya tunduk gerun.
Syed Qutub berkata: Mereka dalam keadaan takut dan cemas. Mereka kelihatan jelas hina-dina. Perasaan mereka bercampur aduk di antara takut, kecewa, gentar dan lumpuh. Inilah yang berlaku pada hari yang dahsyat, di mana bumi bergegaran dan diiringi gegaran di langit. Inilah suasana yang terangkum dalam sumpah Allah SWT.

Firman Allah SWT: Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu? Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?" Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!"
Muhammad bin Ka'ab berkata: Kaum Quraisy berkata: Seandainya Allah SWT menghidupkan kita kembali setelah kematian kita, maka kita benar-benar menjadi orang-orang yang rugi.

Firman Allah SWT: (menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua). Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.

Ibn Kathir berkata: Yang demikian merupakan hanya satu perintah dari Allah SWT, tiada dua dan juga pengulangan. Tiba-tiba seluruh manusia bangkit dengan melihat di mana Allah perintahkan malaikat Israfil meniupkan sangkakala sebagai tanda kebangkitan seluruh manusia dari generasi amalan hingga yang akhir berada di hadapan Allah SWT.

Syed Qutb berkata: "Kita tidak mengetahui di mana bumi Mahsyar? Kita menerima keterangan yang benar ini dari Allah. Oleh itu, tidak seharusnya membuat tokok tambah dengan keterangan-keterangan yang tidak muktamad".

Berdasarkan kepada nas-nas yang lain, pekikan yang dimaksudkan di sini ialah tiupan sangkakala kedua iaitu tiupan bangkit dari kubur dan berhimpun di padang Mahsyar.
Ungkapan ini membayangkan kecepatan dan kecemasan hati yang takut dan berdebar-debar. Penyelarasan ayat ini jelas dan dapat dilihat pada setiap gerak dan pandangan.

Penutup

Al-Maraghi membuat kesimpulan berkenaan dengan ayat-ayat yang dibincangkan di atas katanya: "Janganlah kamu menyangka bahawa menghidupkan kamu kembali itu adalah perkara yang sukar bagi Kami. "Mengembalikan kamu hidup yang kamu dakwa sukar itu cukup dengan memerintahkan kepada malaikat Kami, untuk menyeru dengan satu seruan sahaja. Maka dengan serta merta kamu semua berada di hadapan Kami."

Tidak ada seorangpun yang tertinggal dan jika ada yang ingin melambatkan diri, maka tidak ada yang dapat berbuat begitu.

Semoga Allah menjadikan kita dari golongan yang beriman dan beramal soleh sehingga melayakkan kita semua menghuni syurganya. Amin

Tuesday, April 13, 2010

Tampil sebagai lebih jujur

Saya baru mendapat motivasi untuk terus menulis lagi di sini,kerana hakikatnya saya memang mempunyai banyak perkara untuk disampaikan kepada pembaca semua,cuma kadang2 saya dihalang oleh sikap sendiri yang tidak lari sebagai seorang manusia biasa.

saya tidak akan terburu buru untuk meluahkan semuanya di sini,kerana sunnah telah mengajar betapa konsisten itu adalah yang terbaik walaupun sedikit,bukankah saya patut berbangga kerana masih berada di sini..?

Perjuangan hidup mesti diteruskan....

Tergendala buat sementara waktu

Sejak saya aktif dalam facebook,blog ini menjadi mangsa diskriminasi tuannya sendiri,hakikatnya saya masih rindu untuk menulis di sini tetapi merasakan buat masa ini platform FB lebuh mudah dan efisien berbanding di sini...

Dalam begitu saya masih mengaku ada kelebihan masing masing dalam menyumbangkan maklumat buat orang ramai..paling penting maklumat dalam blog masih dekat untuk diakses bagi mereka yang berhajat untuk menulis buku..

Moga diberi kesempatan yang lebih untuk terus tampil di sini...