Monday, March 09, 2009

Tiada tanda Anwar akan memintas

Perlumbaan march sudah semakin hampir kepada pusingan yang terakhir.Semalam saya sempat hadir mendengar pidato kebangsaan Anwar di Shah Alam.Tiada yang boleh saya sifatkan baru bagi sebuah pidato dari seorang tokoh sehebat Anwar kecuali kemahiran yang ditunjukkan oleh beliau lewat nukilan beberapa kata kata hikmah dari tokoh pelbagai Islam, Cina dan India.

Saya gagal membaca objektif dari pidato kebangsaan yang telah disampaikan oleh beliau.Apa yang menjadi tumpuan saya ialah bagaimana perancangan beliau untuk menghalang kemaraan Najib yang akan menguasai takhta hujung bulan march ini nanti.Anwar seolah olah sudah akur bahawa Najib akan menjuarai perlumbaan march ini.Beliau sudah mengingatkan kepada penyokong betapa perjuangan selepas ini akan menjadi lebih mencabar di bawah kuasa 'Raja Penculik' abad ini.

Seperti biasa Anwar dengan semangatnya yang belum pernah pudar,serta keraguan kepada sistem perundangan dan kuasa mahkamah yang sedang diperkudakan,tetap menaruh keyakinan beliau akan terus bertahan dan bekerja untuk memastikan kemenangan akan terlakar juga dalam era Najib nanti.

Tersenyumkah Najib dengan kenyataan Anwar yang begitu..?

No comments: