Saya bosan menunggu bila Pak Lah akan bertindak terhadap Najib.Dalam kesibukan Umno bersiap sedia untuk bertarung sesama sendiri di PWTC,Pak Lah pula jauh di luar negara memanjangkan hubungan perdagangan dengan Kuwait.Barangkali Pak Lah harus memastikan sedikit lagi projek untuk anak anaknya terurus sebelum dia meninggalkan pejabat minggu depan.
Barangkali benarlah bisikannya ke telinga Anwar sewaktu makan tengahari di Hulu Langat tempohari...'Its too late'..Justeru tiada jalan lain bagi Anwar kecuali bersedia untuk berhadapan dengan 'badai' yang entah bagaimana dalam genggaman Najib nanti.Usaha untuk mengekang Najib untuk mara menjadi juara sudahpun gagal.
Seterusnya ulasan harus juga difokuskan ke arah percaturan Najib dalam mengemudi kuasa.Semenjak dua ini si Tua Mahathir mula mengasak lagi.Di atas kertas dikatakan dua proksinya telahpun menang secara moral sekalipun mood pemilihan ahli Umno belum benar benar boleh dibaca.Muhyidin kelihatannya sedikit lega apabila Ali Rustam yang dikatakan telah mendahului kempen Timbalan Presiden dijatuhkan melalui lembaga disiplin.
Manakala Mukhriz anaknya juga dikatakan telah mendahului kempen,ditambah dengan ancaman dan pukulan sipi terhadap khairy yang mungkin sedikit mempengaruhi perwakilan,manakala Norza hulubalang Khairy telah dijatuhkan lagi hari ini.
Mampukah Najib selamat dari bayang bayang Mahathir atau memang naiknya beliau kali ini bersama dengan perjanjian dinasti Mahathir..?Andai Najib sedikit jantan,tentu beliau tidak mahu naik bersama bayangan Mahathir kerana sebelum ini Mahathir telah beberapa kali cuba 'memukul'nya malah memuji Muhyidin orang yang bakal menjadi timbalannya.
Andai naiknya Najib kerana Mahathir,nescaya saya meramalkan kedudukannya sebagai presiden Umno tidak tenang dan selamat.Beliau harus menyelamatkan Khairy untuk mengimbangi Mukhriz,manakala Muhammad Taib harus menjadi gandingannya berbanding Muhyidin yang akan menjadi senjata Mahathir untuk menggangu kerusi empuk presiden nanti.
Dimana sepupunya Hisyamudin?calon naib presiden ini juga kelihatannya tidak boleh diharap kerana cenderung membela Mukhriz yang sudah tentu berada bersama team Mahathir.Zahid Hamidi mungkin orang yang boleh diharapkan untuk menguatkan barisan.Justeru lengkaplah pasukannya Najib-Muhammad Taib-Zahid-Dan Khairy.Sekalipun tidaklah begitu sempurna tetapi lebih selamat berbanding Najib-Muhyidin-Hisyamudin-Mukhriz (Mahathir).
Satu peringatan untuk Najib,Mahathir tidak akan membiarkan anda 'memandu' sendiri,beliau sudah tentu belum puas menggangu sebagaimana dulu beliau menggangu Pak Lah.Andai anda tidak bijak nescaya anda akan menjadi giliran yang seterusnya untuk digulingkan...
No comments:
Post a Comment