Setelah Najib menjadi Perdana Menteri,Kelibat ketua pemuda yang baru Khairy Jamaludin tidak begitu menonjol,yang sering kelihatan ialah Hisyamudin Husain yang tampil berganding dengan Shahrizat berkempen di pilihanraya kecil,malah Zahid yang menang lebih bergaya berbanding Hisyamudin juga tidak menonjol.Apakah benar 'persepsi awam' yang mengatakan orang orang Pak Lah akan dipinggirkan dalam Umno?
Isyarat awalnya mengatakan begitulah,tambahan lagi Mahathir sudah kembali ke dalam Umno,orang tua yang masih bernafsu itu pasti akan mengatur perancangan bagaimana untuk menyingkirkan menantu Pak Lah yang telah memalukannya dengan kekalahan anaknya Mukhriz dalam pemilihan ketua pemuda.Manakala Zahid pasti belum terlepas badi bersama Anwar yang menghentam Mahathir semasa menjadi ketua pemuda dulu.
Lembaga disiplin Umno telah memberikan isyarat awal mengatakan ada dikalangan mereka yang menang pemilihan Umno tempohari sedang disiasat terlibat dengan politik wang.Sekalipun individu yang terlibat tidak didedahkan,peminat politik sudah tentu cepat membaca riak apabila Khairy yang tidak berperanan mengetuai gerak gempur pemuda dalam tiga pilihanraya kecil yang bakal diadakan selasa ini.
Apa pula masalahnya dengan Zahid yang menang bergaya tempohari?sehingga Hisyamudin pula yang lebih menonjol,mungkin itulah permulaannya dinasti keluarga Abd Razak dan Husain merencanakan penguasaan mereka di bumi Malaysia yang serba boleh ini.
Apakah Zahid dan Khairy sedar akan riak yang sedang bermula ini?bagaimana Khairy berusaha untuk melepaskan diri dari perangkap dan jerat yang ada dihadapan?bara Umno yang 'digenggam' pasti akan lebih perit dan panas selepas pemergian bapa mertua dari singgahsana seri perdana.
Isyarat kedua pasti akan menyusul selepas pilihanraya kecil,ketika itu Najib akan tampil dengan mengumumkan barisan kabinetnya yang baru.Tersenaraikah Khairy dan zahid dalam 'pasukan mantap' Najib yang baru itu?sama samalah kita tunggu dan lihat..
No comments:
Post a Comment