Mesyuarat berlangsung dengan jayanya.Tahniah kepada YDP baru yang dilantik bersama barisan ajknya.Semoga perjalanan program sekolah akan bertambah berkesan lagi dalam usaha mengisi matlamat perjuangan kita sesuai dengan moto 'PROFESIONAL BERTAKWA'.
Saya teruja dengan ucapan perasmian Ir Izham Hashim juga merangkap pengerusi lembaga pengarah yang menyatakan As-Syakirin adalah merupakan sebuah institusi yang dimiliki oleh ibubapa dan guru sekalipun diasaskan oleh ahli lembaga pengarah yang memegang saham dalam syarikat.Bertitik tolak dari itu beliau amat mengalu alukan sumbangan dan kerjasama dari semua guru dan ibupaba dalam menjayakan cita cita mendidik anak anak agar menjadi manusia yang berguna.
As-Syakirin telahpun bergerak selama 9 tahun,pada usia yang sebegitu telah banyak juga pencapaian yang telah diperolehi namun kita belum boleh berpuas hati setakat itu sahaja malah harus bekerja dengan lebih gigih lagi dalam usaha membina peribadi pelajar dan juga guru sebenarnya malah ibubapa juga.
Sebagaimana ditegaskan oleh Ir Izham juga,pelajar As-Syakirin yang kini berada di tingkatan 3 adalah antara pelajar asas yang merupakan kayu pengukur sejauh mana As-Syakirin berperanan dalam membentuk pelajar.Kejayaan pelajar sudah tentu bukan hanya diukur dari kecemerlangan akademik sahaja malah keseimbangan dari segi rohaninya amatlah dititik beratkan.
Kepada semua warga AsSyakirin,selamat melaksanakan tanggungjawab dengan dedikasinya..
No comments:
Post a Comment