Sunday, April 05, 2009

Bagaimana PAS Selangor berperanan

Ulang tahun pertama pemerintahan Pakatan Rakyat di selangor telahpun disambut.Berbagai aktiviti telah diadakan untuk mengenang kembali suasana kemenangan march 2008 yang lalu.Saya cuma sempat hadir pada pidato kebangsaan Anwar yang diadakan di audatorium MBSA Shah Alam sebulan yang lalu.Manakala majlis yang dipelopori oleh pemimpin Pas di Selangor khususnya, tidak begitu mendapat liputan yang sewajarnya.Kenapa PAS tidak menonjol di Selangor?

Barangkali dari segi promosinya kurang,berikutan Pas yang tidak mempunyai saluran media yang besar lagi berpengaruh selain harakah yang terbit dua minggu sekali.Harakah edisi internet juga kurang melaporkan tentang Pas di Selangor.Atau Pas Selangor harus memikirkan bagaimana untuk tampil dengan blog sendiri seperti Tengganukite.net yang diusahakan oleh Pemuda Besut sejak lama dulu.

Saya teruja untuk menulis sedikit tentang peranan dan aktiviti Pas di Selangor lantaran melihat seperti ada 'penangguhan' dalam kerja kerja mendekati masyarakat atau dalam kata lainnya dakwah kepada rakyat Selangor.Pas seolah olah tidak mahu memanfaatkan kuasa yang ada di Selangor sedangkan sebelum ini kita bermati matian berjuang mendapatkan kuasa itu daripada kerajaan BN.

Bagaimana Pas memanfaatkan JAIS untuk sampai kepada masyarakat?atau Pas masih belum mampu untuk menyerap ke dalamnya lantaran terdapatnya unsur unsur yang terlalu berhati hati memelihara saki baki pengaruh Umno di situ?yang agak kelihatan ialah Pas cuba untuk mengubah peranan dan gerak kerja di Masjid dan surau seluruh Selangor dengan mengadakan pemilihan AJK dan Nazir yang baru sesuai dengan semangat demokrasi yang bebas memilih itu.

Itu mungkin melibatkan exco agama,bagaimana pula exco pendidikan yang tentunya memainkan peranan yang lebih berkesan untuk sampai kepada masyarakat.Saya ambil contoh KUIS dan Yayasan Selangor yang banyak berperanan berkenaan dengan pelajar dan jenerasi muda Selangor,bagaimana Pas memanfaatkan dua institusi besar tersebut untuk membawa pengaruh islam yang lebih berkesan?

Manakala satu lagi exco perumahan yang dipegang oleh Pas,saya tidak begitu arif untuk mengulas kerana ianya kelihatan tidak terlibat dengan pendidikan terhadap masyarakat,ianya lebih kepada pembangunan,tetapi tidak mustahil andainya adun yang memegang portfolio tersebut bijak memainkan peranan sebagai seorang pendakwah dalam mendekati masyarakat.

Pas Selangor...bangunlah 'lebih agresif' berdakwah kerana perjuangan sebenar kita selama ini adalah untuk itu.

No comments: