Saturday, May 09, 2009

Bila ulama disokong media BN

Dalam suasana musim pemilihan pemimpin Pas yang diadakan dua tahun sekali itu,mereka secara tidak sengaja telah terperangkap dalam gaya dan terma pemilihan parti lawan khususnya Umno.Budaya menghentam dan merendahkan calon lawan sudah semakin meliar dalam parti yang menggelarkan diri mereka sebagai gerakan Islam itu.

Adalah menjadi kebiasaan apabila melihat mereka yang berada dalam aliran kebangsaan berbalah sesama mereka,tetapi apabila 'pebalahan' itu melibatkan mereka yang berada dalam aliran agama,itu adalah sesuatu yang amat menyedihkan sekalipun kita tahu perbezaan pendapat itu adalah sebahagian dari sunnatullah yang tidak dapat tidak pasti berlaku sebagaimana juga telah berlaku pada zaman sahabat Rasulullah SAW dahulu kala.

Kita selalu mendengar rungutan dan kenyataan yang berupa perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin pemimpin Pas terhadap media,namun kini mereka seolah olah lupa akan hal itu bahkan menjadi penyumbang kepada laporan negatif pihak media terhadap pergolakan dalaman rumahtangga mereka.(Lihat Utusan)

Politik telah melekakan mereka dari memerhatikan 'perangkap' yang sedang menunggu di hadapan mereka.Kebejatan musuh seolah sudah tidak menjadi masalah bagi mereka lagi kerana apa yang lebih penting ialah lawan sesama sahabat dalam jemaah yang dikesan berlainan dengan pemikiran mereka.Aliran pemikiran yang berbeza adalah sangat bahaya kepada jemaah dan ianya haruslah 'dibenteras' malah 'dihapuskan' sama sekali.

No comments: