Sunday, June 21, 2009

Kenyataan Setiausaha Agung boleh dipercayai?

Setiausaha Agung Pas yang baru Hj Mustapha Ali telah mengeluarkan kenyataan mengatakan "Pas tidak bersedia untuk berbincang dengan Umno buat masa in",sekaligus bercanggah dengan kenyataan Timbalan presiden sebelum ini yang nampak garang untuk berbincang.Kenapa kenyataan kedua dua pemimpin yang dilihat dalam satu pasukan (Kerajaan Perpaduan)berlainan pada kali ini..?

Adakah kenyataan ini boleh dipegang sebagai satu kenyataan yang bermaruah atau hanya sekadar mainan dan pemanis bibir sebagaimana sebelum ini kenyataaan tentang itu pernah juga keluar sebelum muktamar tetapi berbeza pula selepas muktamar.Malah ianya menjadi semakin hangat hingga menjadikan TGNA marah dan mengeluarkan 'suara' yang agak keras dan hampir tidak dipercayai oleh ramai ahli Pas.

Saya melihat tindakan Hj Mustapha Ali itu sebagai ingin menjadi suara utama selepas Presiden,yang mana sebelum ini beliau bertindak mengarahkan supaya percakapan tentang isu Kerajaan Perpaduan dihentikan yang sekaligus ditempelak pula oleh TGNA.Arahan itu adalah sebagai langkah untuk meredakan keadaan 'tetapi dibelakang tabir mereka terus berkerja hingga ke satu tempoh yang hanya mereka yang terlibat sahaja yang mengetahui.

1 comment:

Tuk Ketuo said...

Tulis banyak pun tak berguno pado orang macam Nasa-Tapa and the geng penipu. Lobih ambik borang amNO isi masuk dan berkokok la apa pun daripado dalam sano.