"Dalam situasi malaysia pada hari ini. Kehangatan pilihanraya kecil bagi parlimen permatang Pauh ini masih terus berjalan lancar dan pendokongnya masih terus menjalankan tanggungjawabnya yang julung kali dilakukan termasuklah keperihatinan mereka terhadap rakyat. Dan Rakyat, juga telah menjalankan tanggungjawabnya pada hari ini. Dan DSAI telah diberitakan memenangi Pilihanraya itu dengan majoriti mudah.
Walaupun diberitakn sebelah pihak telah pulang ke tempat asal mereka sebelum mengetahui keputusan. Ada yang lebih menarik untuk diberitakan kejadian-kejadian yang terjadi sebelumnya. Sebelum ini Kite diberitakan dengan kes pengakuan sumpah berani mati saiful yang kononya “menurut Islam” berikutan degan kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadap beliau.Namun sebuah pengakuan sumpah berani mati itu tidak dapat menggugat status DSAI dan juga dikalangan pendokong mahupun penyokong parti-parti yang telah terbentuk di malaysia.
Menjadi lebih menarik lagi kite pula diberitakan dengan kenyataan dari Najib bahawa "Anwar sudah sanggup menjadi alat kepada DAP, banyak yang dia cakap sudah selaras dan selari dengan apa yang dituntut oleh DAP. Tapi hari ini kerana nak jadi Perdana Menteri, dia sanggup bersekongkol dengan DAP dalam semua pendirian walaupun ia tidak boleh kerana boleh memberi kesan kepada politik tanah air," katanyaBerkenaan kenyataan Dato’ Seri Najib ini mendakwa anwar telah tersepit ditengah-tengah situasi dalam kerakusan beliau untuk menjadi PM.
Anehnya beliau selaku naib pemimpin tertinggi di Malaysia menyatakan bahawa usaha DAP yang terang terang menolak penubuhan Negara Islam adalah tidak berdasar kepada perlembagaan yang telah diselaraskan. Iaitu :"Perlembagaan negara menetapkan Islam agama rasmi dan di samping itu agama lain ada hak untuk diamalkan secara bebas dalam negara kita. Jadi, kita pegang kepada itu. Tak payahlah nak jadikan ini sebagai isu," katanyaPersoalan yang penting dalam kisah tragis antara dua pakatan (BN dan PR) adakah ini parti politik yang dicerminkan Rasulullah.
Namun sebelum kite pergi lebih jauh mari bersama-sama fahami maksud Negara Islam atau Daulah Islamiyah. Maksud Negara Islam dari tafsiran sebenar bagi mereka yang memperjuangkan tertegaknya kembali kedaulatan Islam adalah sebuah Negara yag dipimpin oleh seorang muslim (mempunyai qiyadah dan kaidah fikriyah Islamic) dan menggunakan segala susur galur aturan dalam Negara tersebut daripada wahyu 100%. Namun realitynya Malaysia bukanlah bersifat demikian. Amat memalukan apabila Negara yang mempunyai majority ummat Islam ini hanya layak di gelar dipanggil dengan NEGARA BAGI UMAT ISLAM.
Untuk mengulas berkenaan Negara Islam ini dengan lebih dalam lagi marilah kita kembali kepada peninngalan sejarah Islam sewaktu perjuangan Rasulullah dalam mendirikan Daulah Islamiyah pertama di Madinah. Pada saat itu Islam dating sebagai sebuah pandangan hidup (the way of life) yang sangat sempurna. Dengan berdirinya Negara Islam pada waktu itu tidak lain untuk menghancurkan dan memperbaiki segala kerosakan yang ditimbulkan oleh hokum akal dan kemudian menggantinya dengan hokum ALLAH swt.
Dalam perjuangan Rasulullah dan para sahabatnya untuk mendirikan Daulah Islam yang tidak pernah kenal erti putus asa mengharungi perjuangan itu walaupun terpaksa mengorbankan nyawa mereka seperti mana Sumaiyyah juga seisi keluarganya. Mereka berjuang melalui sebuah pertarungan pemikiran yang amat dahsyat serta perjuangan politik yang terus menerus melawan orang-orang musyrik.Dan sejarah juga menyatakan dengan usaha-usaha ini mereka telah berjaya mendirikan Daulah Islamiyah pada tahun Hijriyah (622M).
Keberhasilan ini juga telah berjaya merubah pandangan ummat di Madinah agar masyarakat bersedia menerima Islam sebagai sebuah system yang lengkap tanpa ada cela dan sebagai sebuah pandangan hidup. Impak yang diperolehi terhadap beberapa aspek dibawah naungan Daulah Islam ini adlah seperti berikut:
1. Rasulullah telah berjaya mengatur kehidupan seluruh masyarakat Madinah, baik muslim mahupun non muslim. Dalam aspek ini Baginda mengatur masyarakat dalam tugasnya sebagai seorang pemimpin, ahli politik, seorang ketua Negara, dan tidak lupa juga sebagai seorang panglima angkatan bersenjata.
2. Rasulullah melantik seorang wali dan mengangkat seorang amil yang masing-masing untuk mengatur urusan umat di wilayah dan untuk membantu baginda menyelesaikan berbagai masalah yang hadhir ditengah umat.
3. System Islam yang diterapkan Rasulullah adalah sisterm yang unik yang amat berbeza dengan system yang pernah ada.
4. Seluruh hokum dan peraturannya digali dari Al Quran, dan As Sunnah. Ini menempakkan cirri-ciri yang terhindar dari kelemahan dan keterbatasan seperti mana hokum yang diproduksi oleh manusia.
5. Tidak ada peperangan antara kabilah (kaum) kerana akidah menjadi titik persaudaraan yang mengikat antara umat islam.
6. kekayaan di agihkan secara adil dan saksama, tiada lagi individu capital yang akan menguasai ekonomi sehinggakan ianya ibarat mempunyai mekanisma yang boleh membuat harta kekayaan terus beredar keseluruh lapisan masyarakat dan tidak hanya dimonopoli oleh ahli politik, orang-orang kaya dan berkuasa.
7. Sistem pergaulan dalam islam yang menjamin kaum perempuan diperlakukan selayaknya, memberi hak kepada mereka untuk menghadiri berbagai sector kehidupan. Ini tidak lain mewujudkan kehidupan yang harmonis diantara dua hidupan yang sempurna ini yang tidak lain sama-sama saling memerlukan. Namun mereka terjaga dari segala batasan peraturan yang telah ditetapkan dari aturan si Maha Pencipta.
8. Seluruh warga Negara Islam di jaga dan diberi jaminan berkenaan keadilan selain mendapat jaminan keamanan atas harta kekayaannya, hak miliknya, jiwanya, kehormatannya, serta keyakinannya.
9. Negara menciptakan suatu ligkungan yang mampu mendorong kemajuan di segala bidang. Dan Negara Islam juga adalah Negara yang menghasilkan prestasi ilmiah dan kemajuan teknologi paling unggul di dunia.
10. Sebagai akibat kekuatan ideology islam yang dimulakan dengan qaidah juga qiyadah fikriyah yang diinterprensikan dari Al Quran dan As Sunnah Negara islam yang Hyperpower ini mampu menembus sempadan-sempadan kebangsaan, menyatukan pemikiran, perasaan, dan tingkah laku sehinnga menjadi ummat yang terbaik di antara seluruh manusia.
Namun kini apa yang kita diperlihatkan hanya kekuasaan monopoli kekayaan dari sesetengah pihak yang mempunyai kekuasaan dipersada Negara. Ummat bukan sekadar terpecah belah, tidak sama pemikiran dan tingkah laku, malah system islam aturan dari ALLAH juga tidak diimplimentasikan di mana-mana Negara.
Ini merupakan hasil dari usaha barat yang sentiasa mengadu domba akan kejatuhan umat islam, pecah belah ummat islam. Agar mereka bisa membaham negeri negeri yang dibuat mereka itu untuk mendapat atau mengaut sumber alamnya sebanyak yang mungkin. Inilah yang terjadi dihadapan kita. Di mana palestin, iraq, cech, Kashmir, Indonesia, dan bagai bagai “Negara Umat Islam” lainnya. Di rompak kekayaan harta alamnya, ditindas umat islamnya. Namun sedikit pun jua pembelaan terhadap mereka tidak pernah kelihatan.
Situasi ini tidak jauh beza di Malaysia. Walaupun tidak pernah kita terlihat atau dinampakkan penyiksaan fizik, kita tetap tidak lepas dari penyeksaan mental.Bukan sahaja Negara bukan dinamakan Negara islam. System-sitem yang terdapat di dalam perlembegaan Malaysia juga bukanlah dari Islam. Apatahlagi politik. Apa yang ada hanya politik yang disiarkan dan di pelopori oleh teori michaevelli yang dipakai oleh ummat yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuangnya. Yang sememangnya busuk dan amat hodoh.
Contohnya cuba kite lihat dari segi politik itu sendiri yang telah membawa pengertian “ tidak ada kawan tidak ada lawan yang ada hanya kepentingan abadi”. Dahulunya kite dapat lihat bagaimana kerjasama antara mereka dalam mentadbir Negara bersama-sama membentuk qiyadah fikriyah kapitalis ini. Tetapi kini tiada lain hanya penghacuran sesame sendiri. Makna politk di dunia kini yang telah diselewengi oleh WA Robson “ ilmu politik mempelajari kekuasaan dalam masyarakat, yaitu sifat hakiki, dasar, proses ruang lingkup dan hasil.
Focus bagi seorang politician tidak lain hanyalah perjuangan untuk mencapai atau mempertahankan kekuasan melaksanakan kekuasaan atau pegaruh atas orang lain, atau menentang perlaksanaan kekuasaan itu”. Dan kita lihat buktinya di ulasan akhbar Berita Harian tadi. Tidakkah pernah kite fIkir bahawa mereka dahulu pernah minum kopi secawan. Mendapat karipap dari tangan yang sama. Tp kini apabila manfaat yang tercipta itu lupus maka pertelingkahan pula menyusul.
Sekiranya ianya diamalkan oleh orang-orang yang tidak mempunyai aqidah Islam itu tidaklah menjadi persoalannya. Namun sayangnya ianya terjadi ditengah arus kemodenan Islam oleh pejuangnyaImpaknya terhadap Islam itu kita semakin terpecah belah, si a khas untuk orang si a, si b akan menjadi si orang b, dan iaya tidak berkekalan. Kadang ianya boleh bertukar kepada ab, atau a-b, hinnga mungkin akan datang a+b..
Namun jika dibahaskan politik kufur ini ternyata tidak akan bisa tamat. Kerana ianya tidak lain hanya membawa kekotoran, kenistaan, dan kehinaan tidak kiralah bagi ummat mahupun si pendokongnya.
Ianya tampak berbeza dengan system politik Islam. Kerana politik Islam tidak lain membawa kepada penyatuan ummat dibawah aqidah yang satu dan mabda yang sama. Iaitu yang bersandarkan kepada AL QURAN DAN SUNNAH. Qaidah fikriyah yang berbeza menimbulkan situasi qiyadah fikriyah yang berbeza.
Kerana apabila Islam menjadi sandarannya maka terbentanglah pintu pemersatuan ummat, pintu pembelaan terhadap urusan ummat dari sekecil masalah sehingga sebesarya tidak mengira dari dalam mahupun keluar Negara. (RI’AYAH SYU’UN AL UMMAH DAKHILIAN WA KHARIJIAN).
Definisi PolitikSecara lughah (bahasa), siyasah (politik) berasal dari kata sasa, yasusu, siyasatan yang bererti ‘mengurus kepentingan seseorang’. Perkataan siyasatan menurut pengertian bahasa adalah ‘pemeliharaan/pengurusan’.
Dalam kamus Al-Muhits dikatakan – sustu ar-ra’iyata siyasatan, ai amartuha wa nahaituha, ai ra’itu syu’naha bi al-awamir wa an-nawahi (aku memimpin rakyat dengan sungguh-sungguh, atau aku memerintah dan melarangnya, atau aku mengurusi urusan-urusan mereka dengan perintah-perintah dan larangan-larangan). Ini dari segi bahasa.
Adapun maksud siyasah menurut istilah/syara’ adalah ri’ayah asy-syu’un al-ummah dakhiliyyan wa kharijiyan (mengatur/memelihara urusan umat sama ada dalam atau luar negeri) [Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah ad-Dustur].
Pengertian ini diambil dari beberapa hadis di mana Rasulullah saw menggunakan lafaz ‘siyasah’ untuk menunjukkan maksud pengurusan/pemeliharaan urusan umat, antaranya hadis riwayat Bukhari dan Muslim,“Adalah Bani Israel dahulu yang mengatur urusan mereka adalah nabi-nabi (tasusuhum al-anbiya’).
Bila wafat seorang Nabi, maka diganti dengan Nabi yang berikutnya. Sesungguhnya tidak akan ada lagi Nabi sesudahku tetapi akan ada Khulafa’ dan jumlahnya banyak. Para sahabat bertanya, ‘Lalu apa yang engkau perintahkan kepada kami?’ Nabi bersabda, ‘Penuhilah ba’iat yang pertama, yang pertama sahaja, berikanlah kepada mereka hak mereka. Sesungguhnya Allah akan meminta pertanggungjawaban mereka atas apa saja yang mereka urus/pelihara.
”Berkenaan lafaz tasusuhum al-anbiya’, Ibn Hajar al-‘Ashqalani berkata, “Dalam hal ini terdapat isyarat bahawa harus ada bagi rakyat, orang yang mengatur urusan mereka, membimbing mereka ke jalan yang baik, dan memberikan keadilan kepada orang yang dizalimi dari orang yang zalim.” [Fath al-Bari, VI/497]
Menurut Imam As-Suyuthi pula, tasusuhum bermaksud “yang menjalankan urusan mereka” [As-Suyuthi, ad-Dibaj, IV/456].
Dan menurut Imam an-Nawawi, tasusuhum bererti “yang menangani urusan mereka sebagaimana para amir dan wali menangani urusan rakyat.” [Imam an-Nawawi, Sahih Muslim bi Syarh an-Nawawi, XII/231-232].
Justeru, hadis ini menjelaskan makna as-siyasah (politik). Secara bahasa, kata sasa-yasusu-siyasah juga boleh membawa makna ra’a syu’unahu (memelihara urusan-urusannya). Dengan kata lain, as-siyasah (politik) maknanya adalah ri’ayah syu’un al-ummah (pengaturan dan pemeliharaan urusan-urusan umat).
Inilah pengertian politik menurut Islam, yang mana berdasarkan hadis ini, semua nabi, termasuk Nabi Muhammad saw menjalankan peranan politik mereka sebagai pengurus, pengatur, dan pemelihara urusan umat. Dan peranan politik (mengatur urusan umat) ini dengan jelas akan diambil alih pula oleh para Khalifah yang sekali gus menjelaskan bahawa pemimpin/pengurus umat Islam (untuk seluruh dunia) setelah Rasulullah adalah Khalifah, yang akan mengurusi/memelihara kepentingan umat Islam.
Dari pengertian politik ini, tidak hairanlah jika ada ulama menekankan bahawa politik dan agama adalah ibarat dua saudara kembar [Lihat: Imam al-Ghazali, Al-Iqtishad fî al-I‘tiqad, hlm. 199].
Dikatakan juga, “Jika kekuasaan (as-sulthan) terpisah dari agama atau jika agama terpisah dari kekuasaan, nescaya keadaan manusia akan rosak” [Lihat: Ibn Taimiyah, Majmu‘ al-Fatawa, 28/394].
Ulama-ulama yang ikhlas, baik yang salaf mahupun yang khalaf memahami pengertian politik dari perspektif ini dan mereka adalah golongan yang selalu melakukan amar ma’ruf nahi mungkar terhadap pemerintah sehingga ada yang dipenjarakan dan dibunuh.
Keadaan ini jauh berbeza dengan kedudukan ulama sekarang di mana ada yang menolak politik, ada pula yang memahami dan mengambil politik ala sekular dan ada pula yang bersekongkol dengan pemerintah sekular dan menyalahkan gerakan Islam yang melakukan aktiviti politik memuhasabah pemerintah.
Berdasarkan maksud politik (siyasah) menurut Islam, maka adalah jelas bagi kita bahawa mengurus/memelihara (ambil peduli) tentang urusan umat Islam adalah tanggungjawab politik yang dibebankan oleh Allah swt ke atas bahu pemerintah. Ini sesuai dengan sabda Nabi saw bahawa, “Imam (pemimpin) itu pemelihara dan dia bertanggungjawab di atas orang yang dipelihara (rakyat)nya” [HR Muslim].
Memelihara rakyat bermaksud mengambil berat tentang kepentingan-kepentingan rakyat yakni menunaikan segala hak dan kewajipan rakyat mengikut ketentuan yang telah Allah perintahkan ke atas mereka. Bagi setiap individu Muslim dan gerakan Islam pula, mereka juga wajib berpolitik dengan maksud wajib ke atas mereka memerhatikan urusan atau kepentingan umat Islam.
Wajib bagi mereka memastikan bahawa mereka ‘diatur’ (oleh pemerintah) dengan hukum-hakam Islam dan wajib pula bagi mereka memuhasabah pemerintah sekiranya pemerintah tidak menerapkan hukum Islam ataupun mengabaikan kemaslahatan kaum Muslimin.
Dalam hal ini, Allah swt telah mewajibkan adanya segolongan (jemaah/gerakan) dari kalangan umat Islam agar mengajak manusia kepada Islam dan melakukan amar ma’ruf nahi mungkar. Firman Allah, “Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (Islam), dan menyuruh kepada yang ma’ruf serta mencegah dari yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang menang.” [TMQ Ali Imran (3):104].
Inilah tanggungjawab politik umat Islam yang telah diwajibkan oleh Allah swt. Peri pentingnya muhasabah dari rakyat kepada pemerintah yang zalim, yang tidak menerapkan Islam sehingga Allah dan RasulNya meletakkan satu darjat yang tinggi kepada mereka yang melakukan aktiviti politik (muhasabah) ini, dengan status sebagai sayid asy-syuhada (penghulu para syahid). Sabda Nabi saw, “Penghulu syuhada adalah Hamzah ibn Abi Thalib dan seseorang yang berdiri di hadapan penguasa yang jahat/zalim, lalu menyerunya berbuat baik dan mencegahnya berbuat mungkar, kemudian ia dibunuh (oleh penguasa tersebut)” [HR Hakim].
Rasulullah adalah Ahli PolitikSesungguhnya amat salahlah orang yang mencontohi Rasulullah hanya dalam bidang akidah, ibadat dan akhlak semata-mata. Sesungguhnya amat naiflah pandangan orang yang tidak mahu terlibat dengan politik dan hanya mementingkan soal akidah dan ibadat sahaja.
Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah uswatun hasanah bagi kita di dalam semua perkara, bukan hanya akidah, ibadat atau akhlak semata-mata? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah seorang ahli ekonomi dan ahli politik yang agung? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah merupakan seorang pemimpin sebuah kutlah (kelompok/gerakan) Islam (semasa di Mekah) dan baginda adalah Ketua Negara Islam (semasa di Madinah) dan sekali gus merupakan seorang pemimpin dunia Islam?
Adakah sebagai seorang pemimpin sebuah kutlah, Rasulullah bukan ahli politik? Adakah sebagai seorang pemimpin negara dan pemimpin dunia, Rasulullah bukan ahli politik? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah mengajak manusia kepada (agama) Islam dan dalam masa yang sama melakukan aktiviti politik di dalam dakwahnya, baik di Mekah mahupun di Madinah? Tidakkah mereka sedar akan hadis Rasulullah yang masyhur (semasa Rasulullah masih di Mekah),“Demi Allah, andaikata mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan urusan (dakwah) ini, hinggalah Allah benar-benar memenangkanku atau aku hancur bersamanya, sekali-kali tidak akan aku tinggalkan.” [HR At-Thabari].
Hadis ini sebenarnya agak panjang di mana pada awalnya orang kafir Quraisy sudah tidak tahan dengan dakwah Rasul yang meremeh-remehkan akidah dan kepercayaan mereka, mencaci sembahan-sembahan mereka dan ‘menghentam’ segala bentuk ‘sistem kufur’ yang mereka amalkan.
Kafir Quraisy tahu dan memahami bahawa apa yang Rasulullah inginkan ialah sebuah kekuasaan/negara di mana sistem Islam dan hukum Allah boleh diterapkan di dalamnya. Atas sebab inilah mereka cuba menawarkan atau memberi kuasa kepada Rasulullah, cuma dengan syarat Rasulullah mesti meninggalkan dakwah baginda.
Jadi, apakah dakwah Rasulullah yang ‘menghentam’ akidah, pemerintahan dan sistem kufur yang ada ini bukan dakwah yang bersifat politik? Apakah usaha Rasulullah untuk mendapatkan kekuasaan/negara (untuk menerapkan hukum Allah) ini, bukan aktiviti yang bersifat politik?
Hadis ini (dan banyak lagi hadis lainnya) sebenarnya dengan jelas menunjukkan bahawa aktiviti dakwah yang Rasulullah lakukan adalah berbentuk politik.
"Hadis ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah tidak pernah kompromi atau tunduk kepada orang-orang kafir (apatah lagi bersekongkol dengan pemerintah dan sistem kufur) di dalam aktiviti dakwah/politik baginda. Walhal jika difikirkan secara logik, adalah lebih baik Rasulullah menerima sahaja tawaran kuasa yang diberikan oleh orang kafir Quraisy, kemudian baginda bolehlah merubah sistem yang ada setelah baginda berkuasa."
Namun, hal ini samasekali tidak dilakukan oleh baginda Rasul kerana Islam wajib dimenangkan di atas kekufuran, bukannya disatukan atau dikompromikan dengan kekufuran. Di dalam dakwah dan aktiviti politik untuk mendapatkan kekuasaan, bukan maslahat/manfaat dunia yang diambil kira oleh Rasul, tetapi kepatuhan kepada perintah Allah dan keredhaanNya sahajalah yang dicari.
Mengatakan Rasulullah berdakwah hanya dari segi akidah, ibadah atau akhlak sahaja tanpa mengaitkannya dengan siyasah/politik (mengurus urusan umat) adalah menyalahi al-Quran itu sendiri. Adalah suatu yang amat dangkal apabila seseorang itu hanya mementingkan aspek akidah tetapi tidak mementingkan aspek siyasah (yang merupakan sebahagian dari hukum syara’).
Ini kerana terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh tentang aspek siyasah/politik di dalam dakwah Rasul walaupun ketika itu masih di peringkat awal dakwah (di Mekah). Malah, terdapat ayat-ayat Al-Quran (semasa di Mekah) yang membincangkan (dan ada yang diturunkan kerana) hal-hal politik yang sedang berlaku (contohnya Surah ar-Rum).
Ini belum lagi mengambil kira ayat-ayat Madaniyah yang begitu banyak menyentuh tentang politik. Rasulullah di peringkat awal dakwah lagi telah diperintah oleh Allah agar melakukan aktiviti siyasah dengan melaknat sistem kufur yang dipraktikkan dan membetulkan sistem tersebut.
Firman Allah,“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka minta dipenuhi dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi.” [TMQ al-Muthaffifin (83):1-3].
“Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makan orang miskin.” [TMQ al-Ma’un (107):1-3].
Ayat yang pertama di atas adalah ‘menghentam’ sistem ekonomi yang diamalkan oleh kafir Quraisy yang suka menipu dan ayat yang kedua pula ‘menghentam’ (celaan Allah ke atas) pembesar/pemerintah Mekah yang suka mengherdik anak yatim dan tidak mempedulikan orang-orang miskin di kalangan mereka.
Ayat-ayat ini dan banyak lagi ayat lainnya di mana Allah mengajar Rasulullah (dan orang-orang yang beriman) bagaimanakah aktiviti dakwah siyasah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pendakwah, bukan hanya dakwah dari segi akidah sahaja, walaupun di peringkat awal dakwah. Jadi, dalam keadaan sekarang pun samalah kedudukannya di mana kita sedang dilingkari oleh sistem yang rosak, maka adalah menjadi kewajipan atas kita untuk menghentam sistem yang rosak ini dan berusaha menggantikannya dengan sistem Islam YANG 100%.
Tidak kiralah siapa anda, dimana anda, bangsa apa anda apa yang penting hanyalah perjuangan bersama menyatukan ummat di seluruh dunia dengan aqidah islamiyah, dan runtuhkan system yang rosak ini dari akar hingga ke daunnya. Dan gantikannya dengan islam dan aturannya secara total tanpa kekerasan berlandaskan methode kenabian. Yang akan membawa keberkatan, kesejahteraan, keamanan, kehormatan, kedamaian, keselamatan, dan kehidupan bagi kite semua ummat MUHAMMAD SAW. Dan ianya juga adalah tanggung jawab bersama."
No comments:
Post a Comment