Terkilan juga sebenarnya,sebab kadang kadang saya suka juga membaca tulisannya yang banyak sumber tentang politik,tetapi apabila beliau bercerita tentang agama nampak akan kelemahannya.
Saya tak mahu menyalahkan dirinya kerana sedia maklum akan masyarakat Malaysia ini memang masih ramai yang jahil tentang agama mereka sendiri.Mereka hanya dilahirkan sebagai muslim sebagaimana ibu bapa mereka juga muslim tetapi mereka sebenarnya tidak didedahkan atau tidak mendedahkan diri dengan ilmu ilmu agama yang telah mereka warisi daripada ibu bapa mereka."Iman tak dapat diwarisi"..lagu lagu nasyid Raihan itu sudah selalu juga kita dengar,malah ilmu juga.
Seperti biasa ramai pula antara kita ini yang bangun bertindak mengutuk dan mencaci beliau ekoran daripada tulisannya yang begitu.Sekali lagi kesilapan yang menunjukkan kita sering kali gopoh dan tidak berhati hati dalam tindakan.Sebenarnya Raja Petra masih boleh ditegur dengan berhemah akan kesilapannya,beliau hanya menyatakan apa yang dia tahu..well, sekarang kita tahu betapa beliau mungkin telah tersalah mengambil fahaman tentang agama yang dianutinya.Saya yakin di luar sana masih ramai yang tidak berpengetahuan sama seperti beliau,tetapi kita mungkin tidak tahu betapa mereka sebenarnya 'tidak tahu'.
Dalam masyarakat kita sebenarnya terlalu ramai yang 'tidak tahu' tetapi mereka juga tidak tahu yang diri mereka sebenarnya 'tidak tahu'.Pengalaman saya banyak juga bergaul dengan mereka ini yang merupakan orang orang sekeliling,daripada percakapan dan hujah mereka ternyata mereka sebenarnya masih tidak tahu tentang agama mereka.Mengambil contoh paling minima ialah betapa ramai yang tidak tahu membaca Al Quran,sedangkan kita tahu di malaysia ini membaca Al Quran adalah ilmu yang paling simple perlu ada pada setiap orang muslim,itupun masih terlalu ramai yang tidak tahu apatah lagi dengan ilmu ilmu yang lain.
Ada seseorang antara ramai yang saya pernah jumpa itu menyatakan 'ilmu'nya,betapa khatam Al Quran itu hukumnya adalah 'wajib',malah dia bermati matian mempertahankan hujahnya itu hingga ke tahap hubungan dengan suaminya menjadi tegang.Lihatlah betapa sukarnya hidup tanpa ilmu sedangkan kita tahu khatam Al Quran itu hukumnya tidaklah wajib,yang wajib ialah 'belajar' membaca Al Quran itu sendiri.Adapun syarat khatam itu adalah untuk mengetahui selok belok bacaan kesemua ayat Al Quran itu daripada guru yang mengajar,secara formalnya itulah juga yang dipanggil 'sanad'.
Begitulah halnya akan masyarakat kita hari ini,Raja Petra adalah antara mereka yang perlu mendapatkan ilmu ilmu itu,malah beliau adalah lebih dituntut kerana kerja kerjanya yang suka menulis itu takut akan membawa fitnah pula andai menulis sesuatu yang diluar daripada asas ilmu itu sendiri.
Raja Petra..mohon pergilah belajar
No comments:
Post a Comment