Mahu atau tidak dalam seminggu dua ini pemikiran kita pasti akan tertumpu ke arah tarikh yang misteri itu.Semua orang sedang bercerita tentang itu,pagi, petang hinggalah membawa ke malam perbualan mereka tetap hangat membahaskan implikasi yang akan berlaku menjelang tarikh itu.
Setelah kemenangan dalam pilihanraya 8 mac yang lalu,Anwar telahpun mewar2kan berita tentang terdapatnya beberapa MP dari BN yang akan melompat menyertai PR seterusnya membentuk kerajaan persekutuan yang baru.Dikatakan antara yang paling ramai dari jumlah mereka yang melompat itu ialah dari negeri Sabah dan Sarawak.Ternyata perang pcykologi yang dilancarkan Anwar begitu menggusarkan kerajaan Abdullah Badawi serta barisan kabinetnya yang lain,malah mahathir sendiri turut merasa kepanasan dari ura2 ahli Mp BN yang akan melompat itu.
Perang Anwar itu ternyata membawa kesan kepada ahli ahli UMNO seluruh Malaysia yang akan bersidang dalam perhimpunan agung tahun ini.Bahangnya juga turut mempengaruhi Abdullah Badawi dalam menyusun dan menentukan mereka yang akan membarisi kabinet kerajaan yang terbentuk selepas pilihanraya.Ahli ahli MP dari Sabah dan Sarawak telah mula berani menyuarakan rasa tidak puas hati mereka tentang layanan kerajaan persekutuan terhadap mereka.Lalu Pak Lah dengan sekonyong2nya cuba untuk menunjukkan betapa beliau adalah merupakan seorang perdana menteri yang prihatin dengan masalah rakyat dengan berjanji memperuntukkan lebih peranan kepada MP Sabah dan Sarawak dalam barisan kabinet.
Seterusnya Pak Lah menerima tamparan hebat dengan penolakan beberapa MP dari Sabah dan semenanjung yang dilantik ke jawatan timbalan menteri menolak jawatan tersebut dengan beberapa alasan.Pendek kata sabah dan sarawak telah berjaya mendapat perhatian Pak Lah.Ini ditambah lagi dengan pelancaran koridor sabah yang telah dilaksanakan sendiri oleh Perdana Menteri.
Semua itu tidak cukup untuk mengendurkan debar dan bahang akibat dari perang pcykologi Anwar.Lalu nikmat dan rahmat kepada sabah sarawak melimpah lagi dengan kerusi speaker, timbalan dan pengerusi kelab penyokong kerajaan di parlimen.Kek ekonomi terus melebar dengan bajet 2009 yang menyaksikan belanjawan yang lebih diberikan kepada Sabah dan Sarawak berbanding tahun tahun yang lalu menunjukkan kesan dari kegusaran kerajaan Pak Lah terhadap isu lompat yang terus terusan menjadi wirid politik PR saban hari.
Detik 16 sep itu semakin hampir,lalu usaha terakhir kerajaan BN untuk menyekat usaha itu ialah dengan melakukan lawatan sambil belajar ke Australia hingga 19 sep nanti sekaligus menafikan peristiwa yang jadi igauan itu benar benar terjadi pada tarikh yang telah dimaksudkan.
16 sep,belumpun tarikh itu terjadi Sabah dan Sarawak telahpun mendapat sebahagian dari haknya,apa lagi selepas dari peristiwa itu.Ternyata semua itu adalah datangnya dari faktor Anwar.Saya setuju..andai bagaimana..?
No comments:
Post a Comment