Thursday, September 11, 2008

Peranan Konrad Adenauer Foundation(KAF) dalam IFC di Malaysia


Peter Schier, Wakil KAF di Malaysia merupakan penaja paling lama kepada think tank Anwar (IKD), sejak Anwar menjadi TPM. Modus operandi KAF adalah menaja orang no 2 terpenting dalam negara dengan harapan tokoh itu akan menjadi PM untuk melaksanakan misi organisasi Jerman itu mewujudkan IFC di Malaysia.

Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia - Peter SchierJacqueline Ann Surin

Konrad Adenauer Foundation (KAF) atau Yayasan Konrad Adenauer, dinamakan sempena Canselor Jerman yang pertama, ditubuhkan lebih dari 50 tahun yang lepas. Mendapat namanya daripada Etika Pengajaran Sosial Kristian Katolik dan Kristian Protestan, dan menentang latar belakang sejarah Nazi, ia bekerja keras untuk keamanan, kebebasan dan keadilan dengan menganjurkan nilai sejagat yang dikongsi oleh pelbagai budaya dan agama di atas bumi. Asas politik Parti Demokratik Kristian Jerman, yang telah berada di Malaysia lebih dari 30 tahun yang lepas, telah difitnah oleh beberapa kumpulan Muslim, dan baru-baru ini telah diserang oleh delegasi UMNO pada perhimpunan agung parti kerana melemahkan Islam secara perlahan-lahan.

Wakil KAF di Malaysia, Peter Schier, menjawab kritikan tersebut dan berbicara dengan JACQUELINE ANN SURIN mengenai tugas organisasi untuk menggalakkan lebih persefahaman dan harmoni dalam masyarakat majmuk.

TheSun : Nyatakan tentang Yayasan Konrad Adenauer dan tugasnya di Malaysia.

Peter Schier : Pertama sekali,matlamat utama yayasan ini di seluruh dunia, dan di Jerman, adalah untuk menggalakkan demokrasi, peraturan undang-undang, hak asasi manusia dan konsep Jerman yang sangat unik iaitu ‘ekonomi pasaran sosial’, iaitu pasaran ekonomi dengan sosial, ekologikal dan tanggungjawab yang beretika.Tambahan kepada perkara tadi, khususnya di negara membangun, kami juga cuba untuk menyumbang dalam membasmi kemiskinan. Tetapi perkara ini hanya melibatkan negara yang agak miskin, dan fokus kepada tugas kami di sana adalah lebih kepada perubahan struktur politik dan pentadbiran yang baik dan untuk menggalakkan perubahan politik yang mungkin pada akhirnya akan membawa kepada kepimpinan politik yang komited dalam membasmi kemiskinan.

Ok.Di Malaysia, kami telah berada di sini sejak 30 tahun. Pada tahun ini, yayasan ini sudah 50 tahun. Jadi, Malaysia adalah salah sebuah negara rakan kongsi kami yang paling lama. Disebabkan situasi politik, khususnya sebelum Perdana Menteri baru memegang kuasa, kami (berhenti sejenak) tidak dapat bekerja dengan lebih giat dalam menggalakkan demokrasi, peraturan undang-undang dan hak asasi manusia. Kerana, seperti yang anda maklum, Perdana Menteri yang lepas tidak meletakkan penekanan dalam membangunkan aspek-aspek ini dalam sistem politik .

Sejak Perdana Menteri yang baru berkuasa, kami telah lebih aktif dalam usaha untuk menggalakkan demokrasi, peraturan undang-undang dan hak asasi manusia. Kami juga aktif terutamanya dalam menyokong Perdana Menteri membasmi rasuah.Kami telah menganjurkan seminar-seminar yang berkaitan perkara tersebut dan kami telah menerbitkan buku oleh (bekas Presiden Transparency International Malaysia), Tunku Abdul Aziz, Fighting Corruption: My Mission (sambil memberikan isyarat terhadap buku tersebut di atas meja) di mana Perdana Menteri telah menulis kata-kata pendahuluan yang sangat indah. Ini adalah satu aspek sebab kami menjadi lebih aktif sejak beliau memegang kuasa.Sebelum ini, kami agak aktif dalam menganjurkan konsep Jerman yang sangat unik dalam ‘ekonomi pasaran sosial’. Kami telah melaksanakannya dan kami masih melaksanakannya bersama-sama Malaysian Institute of Management (MIM) atau Institut Integriti Malaysia di mana kami telah menyokong tiga kursus kepimpinan (untuk para pengurus dalam sektor awam dan perniagaan dalam tiga kumpulan umur).

Kesemua tiga program tersebut, sebenarnya, dirangka untuk menanamkan tanggungjawab sosial, ekologikal dan etika dalam diri peserta. Menjadikan mereka lebih sedar, anda tahu, tentang kesan keputusan yang mereka ambil dalam perniagaan.Keuntungan, ya, tetapi tidak sehingga menjejaskan kesihatan pekerja. Keuntungan, ya, tetapi tidak sehinggakan anda mempergunakan pekerja atau staf anda. Keuntungan, ya, tetapi anda harus tidak mencemarkan alam sekitar, anda tidak harus memusnahkan alam sekitar. Dan ‘tanggungjawab beretika’, kekangan ketiga dalam apa yang kita namakan ‘ekonomi pasaran sosial’, adalah, dalam usaha membuat keuntungan, kita tidak sepatutnya melintangi sesetengah norma etika, sebagai contoh, perniagaan dengan wanita dan kaum minoriti. Keuntungan tidak menjustifikasikan segalanya. Maruah manusia perlu dihormati dan dilindungi.

Kemudian, di Sabah dan Sarawak, kami ada 2 rakan kongsi. (Angkatan Zaman Mansang atau Movement for Progress) di Sarawak and IDS, Institute of Development Studies atau Institut Kajian Pembangunan di Sabah. Bersama Azam, kami sedang mengadakan program untuk wanita, membangunkan keupayaan untuk wanita luar Bandar supaya mereka lebih berpengetahuan dan mampu untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dalam kehidupan seharian. Untuk membolehkan mereka menambahkan pendapatan, untuk berhadapan dengan birokrasi dan sebagainya. Dan kami juga telah mengadakan program pembangunan belia dengan kumpulan Sabah.

Kemudian, rakan kongsi penting yang lain adalah IKD, Institut Kajian Dasar. Ini adalah kumpulan pemikir untuk Anwar Ibrahim, dan saya ingin tekankan bahawa kami telah mengadakan kerjasama dengan IKD semasa Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri. Tetapi, apabila dia sudah tidak diingini dan disumbatkan ke dalam penjara, kami tidak berhajat untuk memutuskan hubungan dengan IKD kerana kami percaya, sekiranya kerajaan atau pemimpin kerajaan ada masalah dengan seorang ahli politik, kami tidak perlu menghadapi masalah dengan ahli politik tersebut.Juga, ini adalah perkara yang terpenting, kami berpandangan bahawa layanan terhadap Anwar tidak adil dan secara jelas tidak mengikut kedaulatan undang-undang yang kita junjung. Bagi kami, perkara tersebut berkaitan dengan prinsip dan perpaduan bersama seorang rakan lama yang telah diberikan layanan yang tidak adil.

Tetapi, saya ingin katakan, kami tidak menyokong (Parti) Keadilan (Rakyat) sebagai sebuah parti. Ya. Kami berdiri di atas prinsip. Kami, sebenarnya bekerja dengan setiap parti politik yang berminat untuk bekerja dengan kami. Kami berdiri di atas prinsip, untuk prinsip politik, bukan untuk parti politik.

Sekarang, sejak akhir-akhir ini, ingin saya katakan, sejak saya tiba pada 2002, mereka lebih menganjurkan satu konsep Islam yang berfikiran terbuka. Khalid Jaafar, Pengarah IKD, menamakannya sebagai ‘kesedaran Islam’, Islam Tanwiri. Saya fikir ianya satu konsep yang sangat menarik kerana ianya menyokong pluralisme. Jadi, kami menyokong perkara tersebut.Dan juga penerbitan, terutamanya terjemahan sastera Islam yang berorientasikan perubahan supaya (bangsa) Melayu dapat membaca buku-buku tersebut, sebagai contoh, seperti buku ini (mengambil sebuah buku Islam yang diterjemahkan & Dasar Pemerintahan ) oleh Ali (Abdul) Raziq yang berkaitan dengan hubungan di antara agama dan politik, negara dan agama.

Kami telah membiayai terjemahan ini yang berkaitan dengan kehidupan dan pepatah lama Confucius ke dalam Bahasa Melayu supaya bangsa Melayu dapat membaca berkaitan Confucius.Mereka (IKD) juga mempunyai sebuah laman web, yang juga dibiayai oleh kami. Inti sari utama, anda tahu, untuk menerbitkan buku-buku di dalam Bahasa Melayu supaya bangsa Melayu mampu untuk meluaskan pemahaman mereka terhadap budaya yang berbeza, ya. Dan aliran alternatif di dalam budaya dan juga perkara-perkara agama.Kerana dunia kita mempunyai kepelbagaian, kita harus menerima pluralisme dalam politik dan juga di dalam agama. Dan kami menyokong pendekatan yang berkaitan dengan pluralisme ini.Dan bagaimana dengan penglibatan anda dalam usaha antara agama atau usaha dialog antara agama?Ini adalah tugas utama pejabat kami sendiri.

Kami mempunyai rakan dari Malaysia yang mempunyai satu kontrak bersama kami. Saya sebutkan MIM, IKD, Azam,IDS, bersama mereka kami mengadakan perjanjian dan mereka mendapat bantuan kewangan yang tetap pada setiap tahun dan oleh yang demikian, mereka faham berapa jumlah yang mereka ada, dan kemudiannya mereka akan membuat kertas cadangan, berapa banyak seminar, bentuk penerbitan yang akan mereka hasilkan.

Selain itu, pejabat kami juga mempunyai wang kami sendiri dan sekali lagi kami bekerjasama dengan rakan organisasi Malaysia tetapi berdasarkan kes-kes yang tertentu untuk menjalankan sebilangan program. Sebagai contoh, salah satu rakan kami yang penting adalah Malaysian Strategic Research Centre (Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia) yang diketuai oleh (Abdul) Razak Baginda. Dan, organisasi ini yang dilihat sebagai kumpulan pemikir Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Razak).

Kami telah mempunyai hubungan selama beberapa tahun, dan bersamanya (Razak), saya telah memulakan siri syarahan antara budaya MSRC-KAF, ya. (Mengambil keluar 3 buah buku). Ini adalah 3 buah buku yang telah diterbitkan setakat ini : yang pertama berkaitan isu negara Islam, yang kedua adalah punca keganasan dan yang ketiga pendidikan merentasi sempadan etnik dan agama.

Kami sedikit lambat dalam sebuah buku lagi yang berkaitan dengan pengalaman Malaysia dan antarabangsa dalam menentang keganasan. Dan, kami mungkin akan menerbitkan sebuah buku lagi yang berkaitan pendidikan kerana rakan saya Razak dan saya percaya bahawa hanya melalui pendidikan kita boleh mengubah masyarakat kita untuk menjadi lebih baik.Dan adakah buku-buku ini khusus dalam menggalakkan hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang dan demokrasi?Secara keseluruhannya, ianya tepat seperti yang anda katakan, tetapi sebenarnya ia juga menggalakkan persefahaman yang lebih baik di antara budaya dan agama.

Semenjak saya mengambil alih pejabat ini pada Musim Panas 2002, saya telah bergiat aktif dalam memberikan tumpuan dalam menggalakkan satu persefahaman yang lebih baik di antara budaya dan agama, khususnya selepas peristiwa 9/11.Dan merujuk kepada kecenderungan pemikiran yang berbahaya ini, bahawa pertembungan tamadun tidak dapat dielakkan, saya telah berfikir ianya merupakan sesuatu yang sangat penting untuk memulakan satu program yang akan cuba mengelakkan pertembungan tamadun ini. Kerana saya fikir, semestinya ada alternatif lain yang kepada mimpi buruk manusia seperti ini. Satu pertembungan tamadun.

Pertembungan tamadun boleh menjadi satu senario yang amat menakutkan kepada kita. Ianya bermakna bahawa kita perlu sekali lagi menggunakan budaya, atau kononnya budaya, kononnya perdebatan agama, dalam berkelahi antara satu sama lain, membunuh satu sama lain. Dan, saya fikir, bahawa terdapat sesuatu yang kita secara jelas perlu cuba untuk mencegahnya.Kita tidak boleh membenarkan perkara ini berlaku sebagai seorang rakyat dan organisasi politik yang bertanggungjawab. Ianya adalah kewajipan moral dan politik kita untuk mencegah perkara ini dari berlaku. 3 matlamat asas yang utama adalah keamanan, kebebasan dan keadilan. Ketiga-tiga matlamat ini adalah sangat penting dan anda perlu memahami matlamat- matlamat ini bertentangan dengan latar belakang sejarah Jerman, khususnya pada peringkat pertama abad ke-20.

Yang pertama, 2 Perang Dunia telah bermula dari bumi Jerman. Jadi, pengalaman perang, yang telah menyebabkan kemusnahan secara keseluruhan, bukan sahaja kepada negara-negara jiran tetapi juga kepada negara kami sendiri, Jerman dibahagikan kepada 2 negeri, yang paling penting, pembunuhan lebih dari 10 juta orang dari pelbagai pihak telah memberikan kami satu pengajaran daripada sejarah kami sendiri bahawa kami perlu melakukan setiap perkara yang mampu untuk mengelakkan peperangan. Kita harus menggunakan pendekatan keamanan dalam menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Jadi, ini adalah sebab kenapa usaha menggalakkan demokrasi menjadi salah satu matlamat utama kami.

Yang kedua, untuk menggalakkan kebebasan bermaksud untuk menggalakkan demokrasi, untuk menggalakkan hak asasi manusia dan untuk menggalakkan kedaulatan undang-undang.Berlawanan dengan latar belakang pemerintahan diktator Hitler dan pembunuhan 6 juta orang Yahudi di kem konsentrasi Jerman, saya fikir ianya adalah sangat jelas daripada sejarah kami bahawa demokrasi, kedaulatan undang-undang dan perlindungan ketat terhadap hak asasi manusia merupakan elemen yang penting dalam satu sistem politik yang boleh mengelakkan pemerintahan diktator penjenayah dan tidak berperikemanusiaan daripada muncul semula di Jerman dan di negara-negara lain.Tetapi ianya tidak cukup untuk mewujudkan struktur demokratik, untuk mewujudkan institusi untuk kedaulatan undang-undang dan menggubal perlindungan hak asasi manusia dalam perlembagaan dan undang-undang negara.

Kita juga perlu mendidik orang ramai, termasuk kakitangan awam dan ahli politik, untuk menjadi dan kekal sebagai demokrat (penyokong prinsip demokrasi) yang baik, untuk menghormati kedaulatan undang-undang dan untuk melindungi hak asasi manusia.Ianya tidak cukup dengan hanya mempunyai struktur demokrasi dan institusi untuk kedaulatan undang-undang dan sebuah suruhanjaya hak asasi manusia tetapi kita memerlukan demokrat yang aktif untuk menghidupkan fungsi institusi demokratik, kita memerlukan pembela kedaulatan undang-undang supaya ianya mengatasi sesiapa yang mahu mewujudkan undang-undang yang hanya untuk kepentingan mereka, dan kita juga memerlukan aktivis hak asasi manusia yang akan sentiasa bersuara sekiranya hak asasi manusia terancam. Ini adalah sebab kenapa pendidikan sivik sebenarnya pusat kepada fungsi yayasan ini. Kami cuba untuk menanam nilai demokratik ke dalam peserta seminar, bengkel dan persidangan yang kami anjurkan. Dan kebanyakan penerbitan yang ditulis mensasarkan perkara yang sama, juga.

Yang ketiga, konsep keadilan bukan hanya bermaksud hak yang sama dan peluang yang sama untuk semua pihak tetapi juga keadilan sosial. Tanpa keadilan ianya sukar, jika tidak mustahil, untuk mengecapi keamanan dan kebebasan. Keamanan ,kebebasan dan keadilan sebenarnya saling bergantung.

KAF juga terlibat dengan Persidangan Inter-Faith Commission-IFC (Suruhanjaya Antara Agama), yang merupakan sebuah persidangan yang amat penting. (Persidangan tersebut telah menghasilkan satu draf usul untuk mewujudkan IFC yang kemudiannya telah dihantar kepada kerajaan untuk dilaksanakan, tetapi usul tersebut telah ditangguhkan.

Sokongan KAF terhadap IFC juga disifatkan oleh delegasi UMNO sebagai cubaan untuk melemahkan Islam)Ya, sudah tentu.

Kami telah menyokong usaha untuk merangka satu usul untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama sejak akhir 2003. Saya telah diminta untuk menyokong usaha ini pada peringkat awal tetapi sesetengah pihak meminta saya untuk tidak telibat kerana, menurut mereka, pendekatan yang digunakan oleh Steering Committee Towards the Formation of an Interfaith Commission of Malaysia (Jawatankuasa Penaja Terhadap Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia), mungkin merupakan satu pendekatan yang tidak termasuk kononnya kumpulan Islam ‘aliran utama’, dan oleh yang demikian, saya tidak menyatakan dengan jelas pendirian yayasan ini untuk menyokong usaha ini.

Pada peringkat seterusnya, permintaan yang lain telah dibuat untuk sokongan. Pada kali ini saya bercakap dengan kelompok orang yang agak ramai dalam usaha untuk memastikan sama ada tuduhan bahawa usaha ini tidak termasuk kumpulan Islam. Saya telah menghadiri satu mesyuarat Jawatankuasa Pemandu di mana saya telah mengajukan banyak soalan. Dan hanya selepas saya meyakinkan diri saya bahawa pendekatan ini bukan eksklusif tetapi merangkumi semua, yang semua pihak dijemput untuk menyertai dan tiada sesiapa yang disingkirkan, saya memutuskan untuk menyokong usaha ini kerana saya percaya bahawa untuk mewujudkan satu Suruhanjaya Antara Agama dalam usaha untuk menggalakkan persefahaman yang lebih baik di antara agama yang berbeza dan juga untuk mengemukakan isu yang berkaitan dengan hubungan yang praktikal di antara agama, merupakan satu pendekatan yang baik untuk memastikan kestabilan dan keharmonian untuk seterusnya.

Dialog dan persidangan secara aman melalui institusi adalah lebih baik daripada konflik termasuk pergaduhan dengan pedang dan membunuh antara satu sama lain.Sekiranya saya lihat bahawa inisiatif ini akan menentang sesetengah agama, terutamanya Islam, saya tidak akan menyokongnya. Masalahnya apbila sesetengah kumpulan atau Individu Islam yang menggambarkan diri mereka sebagai ‘aliran utama’ atau mewakili ‘aliran utama Islam’ menggunakan kekecohan dan juga telah berbohong mengenai projek suruhanjaya ini.

Suruhanjaya Antara Agama, seperti yang telah dijelaskan dalam draf usul, hanya akan mempunyai fungsi penasihat, dan tidak akan mampu untuk menentukan perkara yang berkaitan murtad, atau isu sensitif yang lain. (Ianya ) tidak akan mempunyai kuasa membuat keputusan secara keseluruhan. Ini adalah fakta tetapi pengkritik usaha IFC masih menyebarkan penipuan bahawa IFC akan mempunyai kuasa membuat keputusan.

Tambahan pula, apa yang sangat penting untuk diketahui bahawa komposisi suruhanjaya tersebut akhirnya akan ditentukan oleh Perdana Menteri dan Kabinet,dan Yang Dipertuan Agong akan mencalonkan ahli suruhanjaya tersebut. Dan draf juga telah menjelaskan secara terperinci bahawa majoriti ahli suruhanjaya adalah Muslim. Jadi, apa yang perlu ditakutkan? Tiada apa yang perlu ditakutkan.

Tetapi anda juga telah dibidas, dan saya telah membacanya daripada e-mel ini (yang dihantar kepada Schier), mereka juga telah memanggil anda seorang ‘pensabotaj budaya’.Mereka ini merupakan pelampau. Tiada perkataan lain untuk mereka. Dan kepentingan mereka bukan kebenaran, tetapi mereka mempunyai agenda peribadi dan politik. Jadi, mereka menggunakan pelbagai jenis dakwaan, putar belit dan penipuan dalam usaha untuk memburukkan saya dan yayasan.

Sebilangan mereka ini mempunyai latar belakang PAS atau ada juga yang lebih melampau dari PAS. Ianya kelihatan selepas kalah teruk dalam pilihan raya 2004, PAS telah membuat keputusan untuk menggunakan pelbagai cara di luar Parlimen untuk mendapat merit politik. Tidak mengejutkan, mereka telah menggunakan isu agama sebagai jalan terakhir untuk menyerang demokrasi, kedaulatan undang-undang, kebebasan dan pluralisme dan kerajaan Perdana Menteri baru dengan menggunakan pelbagai cara di luar Parlimen seperti demonstrasi dan pelbagai jenis ancaman.

Kenapa sebuah agensi yang ditaja oleh negara luar atau juga seorang warganegara luar berminat atau terlibat dalam isu-isu di Malaysia?Jadi, yang pertama sekali, apabila anda seorang warganegara sebuah negara, atau seorang rakyat asing tinggal dalam sebuah negara asing, apa yang perlu anda hormati adalah Perlembagaan yang merupakan undang-undang asas, selain undang-undang lain di negara tersebut.

Saya tidak fikir bahawa ‘sabotaj budaya’ atau ‘campur tangan dalam urusan dalaman’ termasuk dalam jenayah di dalam kanun jenayah di Malaysia atau negara lain yang bertamadun.‘Masuk campur’ atau ‘tindakan sabotaj’ merupakan tuduhan yang biasanya digunakan oleh diktator atau pelampau yang tidak menerima kebebasan bersuara, kebebasan memberikan pandangan, kebebasan berhimpun, kebebasan akhbar dan sebagainya.

Mereka hanya membenarkan pandangan yang dikemukakan adalah selari dengan pemikiran mereka. Ini adalah sebab kenapa mereka menentang idea pluralisme dan liberalisme. Kenapa mereka adalah pelampau. Mereka ini, sebenarnya, mahu mewujudkan pemerintahan yang dipengaruhi oleh diktator dalam kelihatan alim untuk mengamalkan hukum-hukum agama dalam pemerintahan negara.

Satu pemerintahan diktator yang hanya membenarkan satu jenis pandangan sahaja untuk disuarakan? Adakah ini yang anda maksudkan?Sudah pasti, tanpa sebarang sangsi. Sekiranya anda menentang pluralisme, anda menyokong pemerintahan diktator, Sekiranya anda hanya membenarkan satu pandangan untuk disuarakan, apakah jenis sistem tersebut? Ia adalah pemerintahan diktator. Noktah.

Dan sebagai sebuah agensi yang ditaja oleh negara luar, adakah anda fikir bahawa Konrad Adenauer Foundation (Yayasan Konrad Adenauer) juga mempunyai kepentingan dalam apa yang berlaku di Malaysia?Sudah tentu.

Kerana kepelbagaiannya, Malaysia merupakan sebuah negara yang penting. Ianya merupakan alam kecil yang mempunyai masyarakat global dari semua latar belakang agama dan etnik. Oleh yang demikian, kami mempunyai banyak perkara untuk belajar daripada Malaysia dan juga untuk diberikan kepada Malaysia.Dan jadi, ianya adalah pemikiran di belakang tugas KAF di seluruh dunia, bahawa keamanan dan keharmonian, atau usaha terhadap menggalakkan keamanan dan keharmonian tidak hanya perlu dilaksanakan dalam negara sendiri.

Ianya merupakan sesuatu yang perlu merentasi sempadan.Keamanan adalah nilai sejagat. Kebebasan dan keadilan,juga, tidak hanya termaktub dalam Perlembagaan Jerman tetapi banyak di negara-negara lain di dunia. Sebenarnya, kesemua nilai ini merupakan sebahagian daripada sebilangan konvensyen, sebahagian daripadanya disahkan oleh Malaysia.

Kami aktif di 120 negara, dan kamu belum pernah mengalami sebarang masalah yang serius dengan aktiviti kami di luar negara…. Tiada apa yang salah dengan menganjurkan nilai sejagat. Sebenarnya, setiap negara perlu gembira bahawa sebuah yayasan seperti kami bekerja di peringkat kebangsaan dan arena antarabangsa untuk menganjurkan nilai-nilai ini.

KAF juga terlibat dalam membawa Global Ethic project (Projek Etika Global) dalam bentuk pameran dan kemudiannya penerbitan buku kecil. Bolehkah anda menerangkan tentang perkara ini, dan bagaimana ianya sesuai untuk menggalakkan keamanan?Asas Global Ethic project adalah Declaration Toward a Global Ethic (Deklarasi Ke Arah Etika Global) yang telah diluluskan oleh Parlimen di World's Religions pada September 1993.

Deklarasi ini merupakan dokumen pertama dalam sejarah agama, dan juga merupakan serah manusia yang telah diterima oleh wakil-wakil agama yang berbeza mengenai nilai moral yang sama dan standard etika yang mereka kongsi bersama.Dan di sinilah terbentangnya perkara yang sangat bermakna kepada deklarasi untuk masa depan manusia. Dan apabila anda melihat kepada tandatangan dalam deklarasi ini, anda akan menemui sekurang-kurangnya 2 nama Muslim Malaysia yang terkenal : Tan Sri Ahmad Sarji (Abdul Hamid) yang merupakan Pengerusi IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) dan Datuk Dr Ismail Ibrahim, yang pada masa sekarang merupakan duta ke Arab Saudi; sebelum ini dia merupakan Pengerusi Majlis Fatwa Negara, dan sebelum itu, dia merupakan Ketua Pengarah Eksekutif IKIM. Juga, Dalai lama telah menandatanganinya (deklarasi) sebagai mewakili penganut Buddha Tibet.Punca kebijaksanaan spiritual dan agama dan asas sokongan kepada projek Global Ethic adalah meluas.

Setakat ini, tiada dokumen antara agama telah ditemui mempunyai sokongan yang meluas dan ianya, oleh yang demikian, sangat penting dalam membina keamanan di antara agama, budaya dan ketamadunan. Kerana Malaysia merupakan dunia kecil yang sebahagian daripada masyarakat global masa hadapan, Pejabat KAF Kuala Lumpur bersama-sama Malaysian Interfaith Network-MIN (Rangkaian Antara Agama Malaysia) dan Global Ethic Foundation (Yayasan Etika Global) telah menerbitkan Declaration Toward a Global Ethic (Deklarasi Ke Arah Etika Global) di Malaysia dalam Bahasa Inggeris, Malaysia dan Cina.

Selepas Malaysian Interfaith Network-MIN (Rangkaian Antara Agama Malaysia) ditubuhkan pada akhir 2002, kami menyertai projek Global Ethic secara gigih tetapi dengan kerjasama yang tidak rasmi dengan mereka dalam mempromosikan projek Global Ethic di Malaysia.

sumber asal : thesundaily.com

No comments: