Topik ini barangkali tidak begitu popular berbanding dengan topik politik seperti 16 september yang jadi igauan semua.Entahlah...kenapa pula saya merasakan begitu,tetapi saya yakin ramai yang kurang memerhatikan cerita cerita yang begini sekalipun saya akui memang ada juga terdetik dalam pikiran mereka tentang itu,cuma ia seolah sesuatu yang sukar untuk dijangkau oleh tangan.
Saya tidaklah mahu dikatakan syok sendiri kerana merasakan orang lain tidak berfikiran seperti apa yang sedang saya fikirkan.Sebenarnya saya mengungkapkan kenyataaan begitu kerana saya merasakan saya adalah sama seperti mereka.Lebih seronok dan teruja dengan cerita cerita politik seperti peristiwa 16 september itu berbanding memikirkan bagaimana untuk sampai ke tahap rasa lazat dalam beribadah.
Kalau tidak silap,atau tidak menjadi kesalahan menyebutnya,saya pernah merasakan kelazatan itu.Persoalannya,adakah pengalaman begitu hanya datang sekali dalam hidup,kalau benar begitu saya pasti akan merasa ralat yang tidak berkesudahan kerana pada waktu ini ia tidak hadir dalam diari keimanan saya yang makin tipis ini.Namun hati saya tidaklah merasakan begitu,malah saya yakin suatu hari nanti ia pasti datang lagi menghuni kebasahan hati yang sedang merindu.
Cerita ini datang memang pada waktunya.Ramadhan yang baru hadir melabuhkan rahmatnya pasti membawa seribu satu harapan tentang itu.Malangnya jiwa saya yang belum bersedia meraikan kedatangan Ramadhan yang terbuka untuk diisi dengan berbagai bagai ragam ibadah yang bisa membasuh debu debu noda dan dosa saban hari.
Lalu keinsafan pun hadir terpaut dalam hati mengapa saya masih lagi di sini,di luar rasa hiba,rindu dan syahdu dalam menghayati saat saat kasih yang melimpah dari yang MAHA KASIH dan amat luas rahmatNYA itu.
ALLAHUMMMA inni asyqu da'fa quwwati...Wahawani a'lannas...Ya Rabbi..ila man takiluni...
No comments:
Post a Comment