Ramadhan yang berlalu masih meninggalkan bekas bekas kekesalan seolah akan ada sesuatu yang belum tercapai dari maksud rahmat yang telah dibekalkan.Gerimisnya kecil berbanding cuaca dunia yang kemarau berpanjangan lantaran nipisnya lapisan ozon keimanan manusia yang yang membawa nama insan.
Syawal telah menjangkau ke pertengahan,tanda ia belum juga berakhir seperti tempoh waktu asar yang lama sebelum tiba senja membawa bersama azan maghrib yang menginsafkan.Mereka sering membisikkan pada diri sendiri:"aku masih boleh bersolat asar selagi azan maghrib belum berkumandang sebagaimana aku juga boleh makan sahur selagi fajar subuh belum bersinar.
Apa yang ingin saya lontarkan..?Ya..kadang kadang jelas juga kelihatan budaya yang begitu.Kita menyambut Aidilfitri tidak sebagaimana semangat Ramadhan.Barangkali itulah sikap yang terpantul dari rasa perut yang kenyang.Manusia mudah menjadi rakus dan buas terhadap diri sendiri.Cuma segelintir mungkin mereka yang insaf di fajar aidilfitri tetapi tidak mustahil keinsafan itu turut cair bersama sinaran mentari yang membakar lewat dhuha dan zuhur.
Anda faham..?bagaimana..?Ya..biar saya teruskan lagi bicara.Saya sebenarnya baru saje habis bercuti raya dua hari yang lalu.Dua minggu...ya..tentu lama bukan..?tiga hari di Temerloh,serta bakinya saya sempurnakan di Labuan dan K kinabalu sabah.Perjalanan yang agak jauh membuatkan saya terfikir untuk melakarkan sesuatu di sini.
Cuma sedikit yang ingin saya perkatakan, tentang suasana masyarakat kita menyambut hari raya.Apapun persekitaran itu hanyalah terbatas di ruang legar lensa mata saya yang amat kecil itu.Ianya sekadar persepsi umum namun tetap nyata dan berbentuk realiti.
Suasananya bermula seusai bangun tidur,mandi dan berkemas ke masjid,bersolat sunat aidilfitri dengan khutbah yang sekadar lepas2,bertahlil,bersalam salaman,ziarah dan makan makan serta sembang yang mendatar dan bersifat luaran semata mata.Jarang antara kita yang bercerita tentang iman dan amal malah ada juga yang merasakan itu adalah sesuatu yang mungkin taboo..'tidak usah dibicarakan' biar masing masing diri yang menguruskannya.Itu saje..
No comments:
Post a Comment