Tiga platform ini adalah antara berbagai wadah dan cara penyampaian dakwah.Wadah wadah ini sering menjadi pilihan mereka yang bergelar ustaz atau pendakwah.Ada yang memilih salah satu daripada wadah itu malah ada yang berpeluang untuk tampil pada ketiga tiga platform tersebut yang sudah tentu akan membawa kesan yang lebih terhadap masyarakat atau mad'unya.
Menulis ada kelebihan dan kelemahan yang tertentu dalam sunnah sebaran Islam,andai dinilai kepada dakwah Rasulullah SAW,baginda sudah tentu lebih banyak memilih majlis ilmu dan khutbah sebagai wadah untuk menyampaikan sesuatu kepada para sahabat serta masyarakat Makkah amnya.Cuma para sahabatlah yang paling banyak mengambil peluang dengan menulis dan mencatat apa sahaja ilmu dan pengajaran yang disampaikan oleh Rasulullah Saw kepada mereka.Namun ilmu dan pengajaran itu akan pula disampaikan dalam bentuk lisan kepada mereka yang lain.Begitulah seterusnya disiplin ilmu itu berlaku dalam bentuk sunnahnya yang asal.
Kecenderungan mereka yang memilih untuk menulis sebagai salah satu cara dalam berdakwah, haruslah tidak dianggap untuk terus meninggalkan peranan majlis ilmu sebagai teras utama dalam usaha mendekati masyarakat.Kepimpinan ilmu dan kerohanian adalah bermula dari sana,tanpanya tarbiah tidak akan berlaku.
No comments:
Post a Comment