Dr Mohd Asri telah mengeluarkan kenyataan yang berupa komen beliau tentang artis yang ditangkap khalwat baru baru ini.Jelas beliau tidak bersetuju dengan tindakan Jais yang disifatkannya sebagai menyalahi syariah kerana bertindak 'mengintip' dan 'menjatuhkan maruah' orang lain melalui tangkapan serta sebaran media.
Sikap masyarakat terhadap komennya itu pula berbagai bagai,ada yang menyokong dan tak kurang juga menentang.Dalam hal ini siapa yang benar dan boleh diikuti..?pendapat A atau B..?Kekeliruan mula terzahir dalam pemikiran umat Islam di Malaysia sebagaimana biasa mereka sering dikelirukan oleh berbagai bagai sumber pemikiran yang 'kabur'.
Dari sini saya melihat kedua dua belah pihak adalah terdedah kepada kelemahan masing masing apatah lagi mereka mula saling menuding jari sesama sendiri.Lalu saya suka untuk menyarankan agar kedua dua belah pihak duduk bermuhasabah kepada diri sendiri.Insafilah akan 'kekurangan amal dan usaha' dalam cita cita mengagungkan syariah Islam di bumi Malaysia ini.Fikir serta renungkanlah bersama..
No comments:
Post a Comment