Sedih juga membaca berita tentang pergolakan dalaman yang dikatakan berlaku dalam Pas Selangor.Sekalipun ramai yang tampil cuba untuk meneutralkan suasana,tetapi pergolakan itu tetap diyakini berlaku juga.Lebih sedih lagi bila mendapat tahu bahawa pergolakan itu berlaku dari masalah hubungan sesama parti dalam Pakatan Rakyat.
PAS telah bersepakat (dalam muktamar yang lalu)untuk bersama dalam Pakatan Rakyat setelah itu bergolak pula kerananya.Alangkah malangnya ahli ahli PAS yang melantik pimimpin mereka yang terdedah untuk berbalah dan berselisish pendapat.
Saya tidaklah mempunyai maklumat yang lebih detil tentang masalah itu,tetapi sebagai ahli saya juga tertanya tanya di manakah pihak yang lebih benar dan mendapat pembelaan yang lebih adil dalam kes ini samada Khalid Samad atau Dr Hassan Ali.Walaupun ramai yang tampil menyatakan kita haruslah Wala' kepada pemimpin,tetapi saya tidak bersedia untuk menjadi pengikut yang setia membabi buta.
Keengganan TGNA untuk mengulas dalam isu itu juga menimbulkan tanda tanya kepada saya,seolah ada sesuatu yang yang tak kena telah berlaku dalam PAS Selangor.Setakat ini saya belum juga mendengar ulasan dari Presiden TGHH dan tidak juga dari Timbalannya Ust Nasaruddin.
Apapun,kenyataan terbaru dari Khalid Samad yang dilihat 'mengalah' dalam hal ini,amatlah dipuji dan dihargai.Barangkali sekarang baru saya faham maksud dari tajuk buku KEMUNCUP DALAM PERJUANGAN tulisan TGNA yang mana saya belum berkesempatan membacanya lagi.
Begitu terasa dalam diri saya ingin menyumbang kearah memantapkan perjuangan PAS,tetapi apakan daya saya hanyalah 'orang kecil' yang belum sampai ke tahap itu lagi.'Orang besar' dalam PAS haruslah tahu bagaimana untuk berbuat sesuatu sebelum keadaan menjadi lebih parah.
No comments:
Post a Comment