Tumpang gembira dan terharu juga bila dengar berita kerajaan negeri Selangor akan menaikkan elaun guru SRA/KAFA bermula januari 09.Sekurang2nya keluhan mereka sampai juga kepada pihak atasan akhirnya.Tahniah kepada JAIS dan kerajaan negeri Selangor.
Sebelum ini ada juga berita mengatakan kerajaan negeri meminta sumbangan dan tugas yang lebih sedikit dapat diberikan oleh guru guru Kafa setelah kenaikan elaun,lalu ada juga terdapat rungutan dari guru Kafa yang mempertikaikan permintaan kerajaan negeri itu dengan hujah mereka sudah begitu 'dibebankan' dengan kerja kerja yang ada sekarang.Alangkah malangnya guru guru yang mempunyai pemikiran dan tanggapan yang sebegitu.
Pengalaman saya,guru guru Kafa ini memang patut menyumbang usaha yang lebih sepadan dengan kenaikan elaun yang baru itu,walaupun pada dasarnya kerja kerja mereka itu tidaklah sepatutnya dibandingkan dengan elaun yang bakal diterima.Ilmu dan didikan yang mereka berikan sebenarnya adalah lebih bernilai berbanding elaun Rm1,000.00 itu.
Namun kita tidak boleh menafikan keperluan sara hidup setiap warga samada mereka itu guru Kafa ataupun jurutera bangunan.Keperluan hidup mereka adalah sama.Cuba bayangkan mereka adalah antara warga yang tergolong berada di bawah paras kemiskinan Rm 1500.00 sebulan.Tetapi ilmu dan pendidikan tidak pernah mengecewakan mereka dari terus menyumbang.
Tidak boleh dinafikan juga guru guru Kafa ini masih lemah dan perlu untuk diberikan latihan dan pendedahan yang berterusan tentang tugas dan peranan mereka dalam mendidik anak anak bangsa.Tentang sikap,motivasi kerja,tanggungjawab dan kesedaran sebagai agen perubahan haruslah terus mendapat perhatian dari pihak JAIS atau mereka yang terlibat dalam usaha meningkatkan nilai manusia dan masyarakat pada hari ini.
Mereka harus dipersiapkan sebagai 'pendakwah' yang berkalibar,berwibawa,kental dan punya jaya juang yang tinggi dalam menghadapi anak anak di peringkat sekeloh rendah.Kita tidak perlu menunggu hingga mereka memasuki alam universiti di 'menara gading' untuk mendapatkan sistem pendidikan yang terbaik.Kerana di sana barangkali mereka telah 'menemui' kehidupan mereka yang tersendiri..
Tentunya dua Exco agama Dr Hassan Ali dan Exco pendidikan Dr Halimah Ali mempunyai pandangan jauh berupa 'idea dan kesedaran' tentang itu.
No comments:
Post a Comment