Teringat semasa kecil dulu,saya sering marah atau geram dan bertindak agresif apabila diejek oleh kawan kawan.Ejekan kawan itu bolehlah juga kita istilahkan sebagai 'buli' mengikut bahasa yang popular pada hari ini.Justeru itu,Saya menjadi takut untuk 'menjadi,mengikut atau dilihat seperti' apa saje objek yang mereka gunakan dalam ejekan itu.Tidak keterlaluan andai saya sifatkan diri saya adalah antara mangsa kepada perbuatan 'buli'.Anda bagaimana..?
Maaf,saya belum berpeluang menonton filem tempatan yang bertajuk 'Buli' atau 'Buli Balik' untuk menterjemahkan maksud sebenar kepada perkataan tersebut.Cuma moto yang tertulis "jangan jadi mangsa buli" memang sering bermain di kepala apabila terasa akan berlakunya unsur unsur buli dalam kehidupan seharian.
Semasa kecil juga saya sering dihidangkan dengan cerita para sahabat yang berjuang bersama Rasulullah SAW.Tentang jihad dan betapa hebatnya andai terpilih sebagai seorang yang mati syahid.Tidak dinafikan saya juga bercita cita untuk mati syahid pada waktu itu.Bilal,keluarga Yasir dan Saidina Hamzah adalah antara idola yang menjadi igauan.Namun igauan itu menjadi seakan hanya antara 'mainan mimpi' yang sukar untuk ditemui dalam kehidupan sebagai muslim dewasa ini.
Syariat Jihad dan mati syahid seolah sudah dimansuhkan dari hukum.'Tidak sesuai' malah lebih parah ianya dianggap sebagai "GANAS".Sesiapa yang berusaha untuk menghidupkan syariat itu pula akan dilabel sebagai "PENGGANAS".Anda sedang diejek.Anda juga adalah antara mangsa 'BULI'.
Persoalannya,mampukah perkataan 'jangan jadi mangsa buli' itu merungkai belengu yang sekian lama melanda kita umat islam pada hari ini.Atau kita juga turut terpegun dengan kata kata Barack Obama"Yes We Can".Tepuk dada tanyalah hati..
No comments:
Post a Comment