Thursday, November 27, 2008

Mahathir mula menyerang najib?

Terbaru kenyataan dari bekas perdana menteri itu menyelar ulasan Najib tentang 'politik wang' dalam Umno yang diakui telah wujud semenjak zaman Mahathir lagi.Kenyataan daripada Najib itu adalah merupakan jawapan kepada serangan Mahathir yang mengatakan politik wang sudah semakin parah hingga kepada suasana yang lebih terbuka dan meluas dalam Umno.

Suara Mahathir itu bolehlah disifatkan sebagai 'puaka' kepada Umno yang mana di zaman beliaulah gejala itu dibiarkan merebak hingga kepada bukan sahaja dalam Umno malah rasuah dan salah guna kuasa dalam pilihanraya juga.Hari ini beliau cuba pula untuk tampil sebagai 'malaikat' yang menyalahkan orang lain yang melakukan rasuah.

Nampaknya kini giliran Najib pula untuk berdepan dengan perang mulut bersama Mahathir sesudah Pak Lah yang telah 'rebah' kepenatan.Setakat mana Najib mampu untuk berhadapan dengan kerenah Mahathir yang bersikap seperti hantu puaka (dalam kepercayaan melayu)mengamuk menagih darah mangsa.Suaranya mengilai siang dan malam mengerunkan setiap penduduk yang hidup di bawah hambatan rasa berdosa kepada diri sendiri.

Dah lama tak tengok cerita melayu..

No comments: