Saya baru mendapat sedikit ketenangan berhubung isu muzakarah yang masih lagi hangat diperkatakan dewasa ini.Bahkan ianya masih lagi dalam peringkat berbalas balas kenyataan dari beberapa orang pemimpin samada dalam PAS ataupun UMNO,malah DAP juga kini mula memasuki gelanggang kerana barangkali merasakan tidak mahu tenggelam dan tertinggal di belakang dalam isu yang sedang hangat diperkatakan itu.Bukankah sesuatu isu yang kontroversi itu akan meruntun glamour juga kepada mereka yang terlibat di dalamnya hehe..
Karpal Singh berhak untuk berasa sangsi.Beliau cuma mewakili mereka yang lain turut berasa sangsi melalui sikapnya yang selalu 'vokal' itu.Malah sikap 'tak fahamnya' terhadap 'perjuangan PAS' itu memang telah dimaklumi sejak lama dulu.Justeru suaranya yang terbaru meminta 'keanggotaan PAS dalam PAKATAN RAKYAT di kaji semula'tidak harus dilihat sebagai satu masalah yang baru.Karpal singh memang sudah terkenal 'nakal' sejak dulu sama seperti rakannya yang seorang lagi Samy Vellu.
Barangkali ramai yang tidak faham betapa muzakarah itu adalah salah satu daripada usaha PAS untuk menguatkan PAKATAN RAKYAT dalam mempersiapkan diri untuk berangkat menduduki tahta di putrajaya pertengahan september ini.Masakan tidak,dalam keghairahan PKR berbincang dan bermuzakarah dengan ahli ahli MP UMNO dan komponen BN di Sabah dan Sarawak untuk menyertai atau dalam istilah yang lebih popularnya 'melompat' ke dalam PR,begitu juga DAP yang cuba mempengaruhi ahli ahli MCA untuk turut melompat,lalu PAS juga merasa diri terpanggil untuk turut mengatur langkah ke arah itu.
Saya melihat PAS dalam isu ini telah terpilih (oleh media khususnya serta orang yang berkepentingan)untuk menjadi 'lebih popular' berbanding yang lain apabila digossipkan telah mengadakan 'hubungan sulit' dengan UMNO.Bukankah orang yang baik dan berpotensi untuk diminati ramai itu sering menjadi bahan fitnah dan dengki segelintir manusia?
Kepada ahli dan penyokong PAS di luar sana,anggaplah isu 'muzakarah' ini sebagai salah satu proses kearah diri yang yang lebih matang.
3 comments:
bagi tuan...itulah kehendaknya...utk kepentingan PAKATAN...tetapi adakah tindakan PEMIMPIN2 yg terhegeh2 memulakan perbincangan mula2 dulu di Parlimen berfikir seperti TUAN ?...saya sendiri sudah mengkaji penglibatan saya dalam politik...ke hulu..kehilir..saya tidak pernah meminta BALASAN !!!..apa yg saya mahu adalah KEADILAN dan PERJUANGAN KEBEBASAN HAK ASASI di dalam PERLEMBAGAAN...itu saja...semua terpelihara...Islam, Melayu...bangsa lain sekali...ITU SAJA !!!!!
saya pun boleh buat spt apa yg org buta (pemimpin kita) ttp ada tujuanlah..utk tidak KETINGGALAN...ttp apabila saya dah ada dlm KUMPULAN...nak ketinggalan apa... melainkan cuba2 nak potong LINE adalah....agar diberikan KEUTAMAAN sbg org PENTING katakan...sungguh !!!! begitulah amalan saya ttp ini berkenaan dgn masa depan saya...
Saya nk tumpukan kpd hidup saya yg biasa...tak payah nak berpolitik !!!!..olh kerana PEMIMPIN berselindung (pada awal2nya) dan pakat2 mendahului yg lain..sampai org bawahan tidak ketahui...TGNA sndiri tak tahu...
jd kesimpulannya..saya pun pakat2 nak mendahului dlm hidup saya...demi anak2 dan isteri saya juga...
harap maaf...saya tak tahu..kalu saya kata begini...mungkin yg lain pun mempunyai pendapat sama..allahu wa allam...
saya nak tumpukan kpd keluarga dan kerja saya...nak maju ke depan...kalu begini..tak maju2..asyik2 kebelakang...baru kedepan...balik kebelakang semula...LETIH lah..yg kena TEMBAK bukan pemimpin...yg kena cota..bukan PEMIMPIN..saya tgok org bawahan dan rakyat biasa saja...mrk tak kaya2 juga...duk pakai motosikal dan paling besar pun Kancil jugak...
tt[p pemimpin lain..REXTON dan MERCEDES !!!!!
saya tk nk fikir pasal politik dah..
Cepat benar kau ni merajuk. Orang perjuangan tak begitu. Macam dah patah semangat aje.
Sikap berputus asa adalah amat tidak digalakkan dalam Islam...sila rujuk..
Post a Comment