Saya tidak mahu mengulas tentang suasana ambang pilihanraya kecil Permatang pauh yang 'diberitakan panas' serta isu liwat Dato Seri Anwar Ibrahim yang seperti biasa menimbulkan seribu satu persoalan pada akal yang waras seperti saya.
Apa yang ingin saya bicarakan ialah tentang perjuangan hidup yang sedang kita lalui ketika ini.Perjuangan itu pula sudah tentu pelbagai bentuk dan halatujunya mengikut kefahaman dan budaya berfikir masing masing.Ada yang memilih Islam,Demokrasi,Kebangsaan dan berbagai lagi fahaman yang dianuti oleh manusia hari ini.
Apabila berbicara tentang perjuangan lalu kita tidak dapat lari daripada membicarakan tentang peribadi atau individu yang memimpin kita semua ke arah menjayakan usaha usaha perjuangan tersebut.
Pemimpin adalah individu yang bertangungjawab memimpin,memberi tunjuk ajar,melatih,meransang dan merancang segala pergerakan dalam usaha mencapai halatuju sesebuah perjuangan.Pokoknya segala kemahiran perlu ada dalam diri seseorang yang digelar pemimpin.Dalam konteks yang diakui oleh semua bahawa manusia itu bukanlah semuanya sempurna,pemimpin haruslah 'dilihat berusaha' kearah memiliki segala sifat sifat yang patut ada pada seorang pemimpin.
Sekadar mengambil contoh,seseorang yang sering dikatakan mempunyai 'karisma' sebagai seorang pemimpin ialah;Dato Seri Anwar Ibrahim.Andai berada dalam sukan bolasepak,beliau boleh disifatkan sebagai seorang penyerang yang prolifik dan konsisten dalam mengasak kubu lawan,digeruni serta sentiasa memberikan cabaran,merancang serangan dan sering bolos untuk mendapatkan gol yang cantik di akhir perlawanan.Malangnya pemimpin yang begini sering 'dikasari di dalam padang' tanpa menafikan betapa kekasaran yang begitu adalah antara 'sunnah' dalam perjuangan.
Sebagai orang yang bukanlah dekat dengan peribadi DSAI,saya sebenarnya tidaklah begitu jelas 'halatuju' sebenar yang sedang dibawa dan dirintis oleh beliau dalam mengepalai gerakan rakyat ketika ini.Lalu tidak hairanlah jika kita seringkali mendengar 'suara suara keraguan' yang timbul dari kenyataan beberapa pemimpim PAS tentang gerakerja dan perilaku beliau kearah membentuk kerajaan Malaysia yang baru september ini.
Cuma dari sudut kepemimpinan,saya kira DSAI nyata lebih menyerlah berbanding rakan rakan yang lain dalam Pakatan Rakyat khususnya PAS.Namun persepsi umum ahli ahli PAS tetap menyatakan bahawa peribadi DSAI adalah masih lemah dari segi'Islam'nya berbanding dua tokoh besar PAS Tuan Guru Nik Abd Aziz dan Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang.
Persoalannya,akan adakah satu hari nanti lahir seorang individu yang menggabungkan ketiga tokoh itu dalam 'satu pakej' lalu terbentuklah seorang pemimpin yang benar benar berkualiti.
No comments:
Post a Comment