Monday, August 25, 2008

UMNO 'lebih ampuh' berbanding sekular di Turki?

Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika ini sedang bertarung gigih dan agak keras di Permatang Pauh.Keras kerana beliau sedang berhadapan dengan 'segala bentuk' bala tentera dan jentera pilihanraya BN yang 'rakus dan bengis'.

Difahamkan,apa yang sedang beliau rintis ini sama sepertimana pernah dilalui oleh rakan seperjuangannya Tayyib Erdogan di Turki.Beza rakannya itu tidaklah melalui mehnah dan fitnah yang dahsyat sebagaimana yang sedang ditimpakan kepadanya kini.Sekalipun Erdogan telahpun dianggap berjaya melepasi ujian melalui pilihanraya,namun kini beliau bersama partinya sedang bejuang melalui Mahkamah Perlembagaan yang dilihat lebih mencabar.

Persoalannya,adakah Anwar akan berjaya melalui ujian piliharaya sebagaimana dulu Erdogan pernah berjaya?Andai gagal...bermakna UMNO memang diakui 'lebih ampuh' berbanding kerajaan SEKULAR di Turki.

Sama sama kita saksikan 26 ogos nanti...

No comments: