Saya selalu memikirkan bagaimana untuk lebih berperanan dalam arus perjuangan hari ini.Bukan bermakna kita tidak berperanan sebelum ini,tetapi sesuai dengan seruan agar kita sentiasa mempertingkatkan amal dan usaha kita dalam mengejar cita cita menjadi manusia muslim yang lebih bertaqwa insyaallah.
Barangkali ada yang sudah berkira kira untuk menggandakan usaha setelah menang pilihanraya yang lalu,tidak kurang juga ada yang menunggu untuk selesai bermuktamar seminggu yang lalu,selepas pilihanraya kecil permatang pauh malah tidak kurang juga yang menunggu apabila kita berjaya membentuk kerajaan seawal 16 september ini atau selepas pilihanraya ke 13 empat ke lima tahun lagi.
itulah sikap kita secara umumnya,tanpa menafikan segelintir yang telah dan sentiasa merancang merencana dan melakukan kerja.
Sebagaimana yang diberitakan,telah ada usaha ke arah menggerakkan kempen menghidupkan kembali usrah di Perak dengan selogan: 'Satu usrah setiap cawangan'.Barangkali itu adalah satu inisiatif dari Menteri Besar yang baru Dato' IR Nizar Jamaluddin di Perak yang menyedari betapa negeri itu sekarang sedang berada dibawah kelolaannya.
Manakala di Selangor kita juga pernah diberitakan tentang program 'jejak ilmuan' yang dilancarkan oleh exco pendidikan dan modal insan Dr Halimah Ali yang saya sendiri tidak begitu detail tentang bagaimana perlaksanaannya secara berjadual memandangkan kedudukan dan kerja yang mungkin 'agak jauh' dari program tersebut.Namun saya mengharapkan usaha usaha ke arah itu telahpun berjalan dengan rancaknya insayaallah.
Saya suka memfokuskan bicara ke daerah yang lebih kecil dan dekat dengan persekitaran diri dan keluarga.Justeru Pandan adalah pilihannya.Sekalipun tinggal di Miharja tetapi Pandan adalah lebih 'dekat' dengan saya kerana pernah bermastautin lama malah masih memilih untuk bersembahyang jumaat di sana.
Saya akan memilih untuk berperanan di sana,lalu kita semua juga harus memilih untuk berperanan di kawasan masing masing untuk menghasilkan sebuah masyarakat yang bertamadun, berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa kepada PENCIPTA insyaallah.
No comments:
Post a Comment