Saya suka mengulas tentang isu Pakatan Rakyat juga kedudukan PAS dalam pakatan yang boleh kita sifatkan sebagai agak strategi itu(maaf kepada mereka yang tidak bersetuju).Kerana kita semua sedia maklum akan rujukan kita adalah kepada peristiwa 'Hudaibiyah' dalam langkah bekerjasama bersama Pakatan.
Dalam suka ada juga sedihnya,sedih apabila terkenang kepada 'kefahaman' sesetengah kita yang tidak begitu konsisten dalam hal ini.Malah terus terusan meragui dan merasa tidak begitu yakin dengan langkah dan tindakan kita untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.
Sebelum ini kita kecoh dan gempar dengan isu 'muzakarah' dengan UMNO,terbaru jiwa kita digegarkan lagi dengan isu 'negara sekular'yang timbul hasil daripada konggres DAP yang baru sahaja bersidang.Kenyataan kenyataan yang keluar dari beberapa pemimpin DAP memang selalunya 'keras' malah sering menggugat kesabaran 'hati seorang mukmin'untuk bangun menghunus pedang di leher lawan.
Dalam keadaan keras yang begitu,apalah usaha kita selain pasrah dan redha dengan syarat dan disiplin yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh 'perjanjian hudaibiyah' itu berlangsung.Apakah kita lupa kepada 'sunnah' para Sahabat dalam mengekang diri sepanjang tempoh itu.
Percayalah..serta yakinlah wahai saudara saudaraku betapa Hudaibiyah itu memang 'perit dan pahit',tetapi 'seribu hikmah' pasti menanti di hujung kepahitan itu insyaallah.
Apakah kita masih leka betapa peluang dan ruang untuk berdakwah sekarang ini begitu luas terhampar dihadapan mata..?Apakah kita masih dibuai mimpi alasan dan sejuta penangguhan sewaktu kita berada dalam jajahan UMNO dan BN sebelum ini..?Sampai kapan lagi kita harus menunggu dan terus menunggu..?
Satu perkara yang saya kira sudah cukup untuk disebutkan di sini ialah, betapa ber'nyawa'nya kini mimbar mimbar jumaat kita setelah terpenjara sejak sekian lama."LALU APAKAH BENTUK KEBESARAN DARI TUHANMU YANG INGIN KAU DUSTAKAN LAGI..."
No comments:
Post a Comment