Sunday, July 06, 2008

Hidup yang hidup

” Jangan jadi orang yang hidup tapi mati, jadilah orang hidup yang hidup” pesanan saya kepada anak murid saya semasa kelas terakhir kami tadi.

” Ustaz, boleh ustaz jelaskan maksud hidup yang hidup tak? Tak faham la….” tanya ‘Ain Nasuha, salah seorang pelajar saya ketika saya mula memulakan langkah untuk beredar dari kelas.


HIDUP YANG HIDUP

“‘Ain, sekiranya sekejap lagi ‘Ain tiba-tiba mati….. tanpa apa-apa sebab, bukan kerana eksiden atau kerana sakit…agak-agak ramai tak orang yang akan menangisi kematian ‘Ain. Ataupun selepas setahun kematian ‘Ain nanti, ada lagi tak orang yang akan mengenang ‘Ain?” tanya saya.

” Entah la ustaz. Keluarga saya kot yang akan menangisi kematian saya. Yang lain mungkin kejap je la, lepas tu terlupa la kot” jawabnya ringkas.

” Itu bermaksud ‘Ain hidup atas dunia ini hanya bersama adik beradik ‘Ain sahaja. Bagi orang lain ‘Ain hidup tetapi mati” jawab saya mematikan perbualan.

HIDUP YANG MATI

Ramai manusia menyangka apabila mereka mampu bergerak, boleh bercakap, mempunyai rakan taulan untuk bermain dan belajar maka itu membawa maksud mereka itu hidup. Bahkanmereka tidak memikirkan pun samada aku ini hidup ataupun mati kerana sememangnya aku sedang hidup.

Hakikatnya mengikut kata nabi

” Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada orang lain”

Apakah kita boleh mengira seseorang itu hidup dalam keadaan kehidupannya bersekitar tempat kerja , rumah, makan…

tempat kerja , rumah, makan…

tempat kerja , rumah, makan…

Tanpa ada usaha yang lain, apakah dapat kita bezakan dengan robot. Kerana robot tidak diklasifikasiakn sebagai manusia yang hidup. Ia hidup dengan berbuat apa yang sudah disetkan sahaja.

Jadi apa bezanya dengan manusia yang hidupnya statik sahaja. Bukankah kehidupannya tidak lebih dari sebuah robot.

Orang yang hidup tapi mati sebenarnya orang yang hidup TANPA MEMBERI MANFAAT PADA ORANG LAIN.

” Tapi kan saya kerja juga, dan kerja saya juga memberi manfaat kepada orang lain” jawab si A, marah barangkali.

Persoalannya apakah kita akan bekerja sekiranya tidak dibayar gaji oleh majikan.

” Wooiih, mana boleh,ingat kita ni kuli ke.” Mungkin itulah barangkali respon si A.

Maka hakikatnya kita lebih memberi manfaat kepada diri sendiri berbanding orang lain.

” Habis tu takkan kita nak pergi ceramah tak dapat apa-apa, minyak, persiapan ceramah semua tu perlukan duit”

Kalaulah semua manusia memegang prinsip SENTIASA MEMBERI MANFAAT PADA YANG LAIN…maka dia akan memberikan hak kita, kita akan memberikan hak dia.

Hak kita untuk mendapat bayaran, hak dia untuk mendapat pengisian yang berkualiti.

HIDUP TIDAK MATI

Ia bukan kenyatan yang pelik bagi manusia yang impiannya untuk hidup selama-lamanya. Kalau boleh semua manusia ingin hidup selama-lamanya dalam keadaan sihat dan tidak mati….tapi semua orang juga tahu ianya amat mustahil.

Tapi jangan pelik jika saya katakan ada manusia yang masih hidup walaupun sudah beratus tahun. Malah seribu tahun barangkali.

Rasanya semua orang mengenali Muhammad Rasulullah,Imam Syafie, Hanafi, Hanbali, Abu Hanifah, Imam Nawawi, Imam Rafi’, Hassan al-Banna dan ramai lagi (sekadar menyebut beberapa nama)….Mereka merupakan orang yang MASIH HIDUP dan belum mati.

Kerana apakah logik untuk kita ambil manfaat daripada orang yang sudah mati? Adakah diterima akal untuk kita naqalkan perkataan orang yang sudah mati…..

Ye, logik sekiranya hidup kita sentiasa memberi manfaat pada orang lain. Hidup tidak akan mati apabila KITA SENTIASA DIKENANG MAKHLUK DI LANGIT DAN DI BUMI KERANA SUMBANGAN DAN MANFAAT YANG KITA BERIKAN BERLANDASKAN PANDUAN ILAHI.

” Ya Allah, jadikanlah kami dari kalangan mereka”(Ridhauddin.com)

No comments: