Friday, June 13, 2008

Tahniah YB Dr Halimah Untuk Jejak Ilmuan

Oleh ibnuqalil(TKO)

Sabtu 7hb Jun yang lalu, Dewan Raja Muda Musa, Komplek Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor menyaksikan detik bersejarah apabila Tan Sri Khalid Ibrahim merasmikan Program Jejak Ilmuan Selangor di bawah inisiatif Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Halimah Ali.


Majlis pelancaran ini diselitkan sempena Industry Career Exposition (ICE) anjuran Unisel, MEF dan Kerajaan Negeri Selangor. Orang ramai berpusu-pusu datang menyaksikan karnival karear ini yang julung-julung kali dianjurkan oleh Unisel. Diantara objektif Program Jejak Ilmuan ini ialah :

1) Mengumpul dan mewujudkan jaringan Ilmuan di Selangor

2) Menggalakkan aktiviti-aktiviti keilmuan di dalam masyarakat

3) Meningkatkan sumbangan tokoh-tokoh Ilmuan di dalam masyarakat secara langsung

4) Menonjolkan tokoh-tokoh Ilmuan dan meningkatkan kedudukan mereka di mata masyarakat


Program Jejak Ilmuan ini akan diisi dengan pelbagai program-program secara berterusan seperti program Ilmuanku, Jejak Ilmuan, Hari Ilmu, Ilmuan Muda, Ilmuan dan Masyarakat dan juga Sistem Pangkalan Data Ilmuan Selangor. Tinjauan mendapati, gerai Jejak Ilmuan semasa karnival berlangsung pada 7hb Jun lepas menyaksikan ramai masyarakat mengerumuni dan menanyakan soalan dengan rasa ingin tahu yang mendalam. Tidak keterlaluan jika dikatakan program Jejak Ilmuan merupakan langkah positif dan proaktif untuk kita membawa masyarakat terutama remaja mengidolakan Ilmuan daripada mengidolakan artis. Tahniah YB Dr Halimah dan tahniah Sekretariat Jejak Ilmuan. Wallahua'lam.

No comments: