Asasnya ia baru pada peringkat suara anak anak muda dalam PAS.Saya juga adalah wakil daripada golongan itu tetapi barangkali lebih senang mengambil pendapat dan pandangan yang sedikit berbeza berbanding mereka.
Ceritanya bermula begini.Sebelum ini sudah ada kedengaran suara suara yang menyatakan terdapatnya usaha kearah perbincangan antara PAS DAN UMNO dalam menjamin apa yang dikatakan sebagai 'survival melayu dan islam' di Malaysia.
Sebelum ini saya seolah tidak begitu mengindahkan cerita yang sebegitu kerana bagi saya ianya hanyalah merupakan satu tindakan yang boleh dianggap 'mengambil langkah kebelakang'.Justeru wujud juga cakap cakap yang mengusulkan keraguan dan keyakinan diri PAS dalam tubuh Pakatan Rakyat yang sedang terbentuk kini.
Angin kencang mula bertiup kembali selepas 'insiden buruk' yang tidak diingini berlaku di Kelana Jaya 6 julai lalu.Pemuda PAS melalui lidah naib ketua pemudanya ust Nasharuddin,Nik Abduh serta beberapa lagi nyata kesal dan menggambarkan kembali 'instinct' mereka yang telah lama terbendung lalu menyifatkan peristiwa itu sebagai sesuatu yang telah dijangka berlaku.
Adakah Pemuda PAS tidak yakin dengan kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat?Kenapa mereka membiarkan diri dalam keadaan lemah hingga 'meloloskan' anasir anasir tidak sihat berlaku di Kelana Jaya?Pakatan Rakyat tidak harus dikorbankan semata mata kerana lemahnya persediaan kita dalam mengisi nikmat kemenangan yang telah ALLAH hamparkan di hadapan mata.Adakah kita rela sekadar untuk menjadi pengecut dengan cuba menghindari ujian dan realiti sebenar kehidupan sebagai hamba dewasa ini?
Tulisan ini akan lebih menarik bila ditinggalkan dengan bentuk persoalan yang begitu.
No comments:
Post a Comment