Friday, July 25, 2008

'Bermuzakarah'lah dengan Anwar..

Kehangatan tentang isu 'muzakarah' masih lagi terasa sekalipun Majlis Syura Ulama PAS telah mengumumkan bahawa 'muzakarah' itu haruslah dilihat atau diterjemahkan sebagai 'muqabalah' sahaja.Dengan maksud pertemuan biasa yang tidak melibatkan perbincangan tentang pembahagian kuasa atau penggabungan antara dua parti UMNO dan PAS.Itu sudah pasti dan jelas.

Memang PAS benar benar diuji kali ini.Belum pun lelah terlerai dalam usaha dan kerja kerja untuk memenuhi erti kemenangan dalam pilihanraya yang lalu,kini PAS diasak pula dengan ujian pada menentukan wadah sebenar dalam landasan perjuangan mengagungkan Islam di bumi Malaysia ini.

Rasionalnya isu itu memang ada asas untuk diketengahkan dewasa ini.Sejak akhir akhir ini 'heboh'dikatakan bahawa kedudukan PAS dalam PAKATAN RAKYAT tidak begitu 'mengembirakan' sebagai sebuah parti yang berada pada landasan perjuangan ISLAM di bumi Malaysia.

Saya melihat dalam isu ini kepada kredibiliti 'pemain utama' dalam PAKATAN RAKYAT itu sendiri iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim dalam memainkan peranan untuk tidak meletakkan PAS berada dalam keadaan dilema seperti sekarang.DSAI sebenarnya gagal memberikan keyakinan kepada PAS betapa beliau adalah individu yang pertama yang akan mempertahankan kedaulatan ISLAM dalam kerajaan PAKATAN RAKYAT yang akan dibentuk pada 16 september nanti.

PAS harus melihat keutamaan kepada usaha untuk duduk 'bermuzakarah' dengan Dato Seri Anwar Ibrahim tentang kedudukan dan kedaulatan Islam berbanding UMNO.

No comments: