Wednesday, July 09, 2008

Mehnah politik yang memenatkan

Malaysia hari ini begitu sibuk dengan cerita politik yang hangat,Anwar Ibrahim dan Najib Tun Razak adalah antara dua tokoh yang mendominasi tajuk berita di akhbar dan sembang kedai kopi di seluruh negara.Apapun kesudahannya masih belum menampakkan riak kerana masing masing masih dalam proses cerita dan peristiwa.

Saya tidaklah tampil sebagai orang yang akan mengulas tentang isu fitnah yang sedang hangat itu malah sekadar ingin mengolah tentang betapa 'politik' itu adalah sesuatu yang amat memenatkan.Tetapi ia tetap menarik untuk diikuti kerana ianya adalah sebahagian dari sejarah yang bakal terbentuk sebagaimana saya begitu tertarik mengikuti lakaran sejarah mereka yang hidup sebelum ini lebih lebih lagi ianya berkaitan dengan sejarah Islam.

Oleh kerana sejarah itu telah menjadi sebahagian daripada bahan ilmiah yang pernah saya selongkari,lalu menjadi perkara yang harus diutamakan juga saya menjejaki susur galur politik hari ini yang pastinya akan membentuk sebuah sejarah itu.

Siapa yang tidak pernah terkesan dengan peristiwa perlantikan khalifah islam yang pertama,bagaimana Abu bakar dan Omar mengurus kehidupan ummat,bagaimana Osman mengendali pemerintahan yang akhirnya banyak melibatkan keluarga sekaligus bermulanya zaman fitnah kepada ummat.Bagaimana Ali melalui pergolakan dan perselisihan antara sahabat.Semua peristiwa itu turut menggambarkan apa yang sedang berlaku di zaman kita sekarang ini.Pergolakan dan perselisishan antara ummat.

Secara kasarnya 'sistem politik' itu dilihat banyak membantutkan fokus utama kita ummat islam terhadap 'RISALAH ISLAM' itu sendiri.

No comments: