Saya terpangil untuk membicarakan tentang pendatang asing ini kerana sudah sering benar terbaca berita tentang rungutan orang kita perihal gelagat warga asing yang menguasai kawasan perumahan,kawasan perniagaan ,pasar borong dan sebagainya.
Saya secara tak langsung kadang kadang tersinggung juga dengan kehadiran mereka yang memenuhi ruang pemandangan di sekitar ibu kota khususnya di lokasi Kota Raya dan jalan Raja Laut yang setahu saya dulunya adalah kawasan tumpuan warga kota untuk membeli belah atau atas tujuan yang berbeza.Hari ini jelas kelihatan kawasan itu sudah dipenuhi dan dikuasai oleh warga asing terdiri dari Indonesia,Bangladesh,Myanmar,Philipina dan berbagai lagi.Pemandangan itu sedikit sebanyak mendatangkan rasa jengkil di hati saya.
Saya secara prinsipnya bukanlah anti pendatang,lebih lebih lagi yang melibatkan saudara seagama,kerana saya diajar agar tidak memisahkan antara negara dan warna kulit bila melibatkan persaudaraan sesama islam.Tinggal lagi kerana sudah hidup dan membesar dalam sistem yang memisahkan antara negara,bangsa dan berbagai persempanan yang lainnya,hati saya kadang kadang terpaut juga dengan nilai yang diterapkan oleh 'mereka' itu.
Setelah mengambil kira keperluan negara terhadap buruh asing untuk memenuhi permintaan tenaga kerja dalam berbagai sektor,kita semua terpaksa akur dengan kehadiran orang luar ke negara kita.Bermula dengan kehadiran buruh berbangsa cina dan india di zaman penjajah british hinggalah sekarang ini pemerintahan di bawah kuasa 'Bangsa' sendiri.Sikap sesetengah yang cuba menyalahkan kerajaan British pada masa lalu yang bertanggungjawab membawa tenaga buruh asing ke negara ini tidaklah boleh diterima lagi kerana kini kita juga semua maklum betapa negara memerlukan mereka untuk membantu melaksanakan pelan dan perancangan dalam membagunkan negara.
Mereka juga manusia biasa seperti kita malah mungkin boleh saya katakan lebih bijak mengambil peluang dari keadaan kesempitan dan kesusahan hidup di negara mereka lalu melihat peluang yang cukup banyak terhampar di sini.
Salahkah mereka atau kita yang terlalu 'pemurah' dan tidak peka sebenarnya sehingga membiarkan penguatkuasaan tidak ditadbir dengan sebaik mungkin berbanding negara lain yang lebih teliti dan tegas.
No comments:
Post a Comment