Di samping mengajar saya juga berniaga secara kecil kecilan di Bukit Bintang.Sebelum saya sampai ke tahap mengajar secara sepenuh masa saya harus memastikan urusan kewangan saya berjalan secara lancar melalui perniagaan sebagaimana sunnah Rasulullah SAW.
Rakan niaga saya adalah orang Sabah yang saya kenal melalui ceritanya adalah berasal dari Selatan Fhilipina.Mungkin mereka ini adalah antara hasil dari 'projek IC' yang gempar suatu ketika dulu.Ramai dari golongan itu yang datang ke semenanjung ini untuk mencari peluang pekerjaan khususnya di sekitar Bukit Bintang.
Mereka mempunyai IC tetapi apabila berlakunya operasi dari pihak imigresen kadang kala mereka ini 'sangkut' juga dan terpaksa dihantar pulang ke lokasi yang saya tidak begitu pasti.Yang pasti IC mereka itu tidak tuntas.Kadang kadang saya curiga juga dengan kehadiran mereka di sekeliling, tetapi memandangkan mereka itu muslim jadi perasaan curiga itu terpaksa saya lupakan sahaja.
Pada permulaan saya mengenali mereka di Bukit Bintang,saya tidak pernah terfikir mereka ini datang dari sana.Setelah agak lama saya baru terperasan bahawa mereka ini mempunyai loghat yang agak lain berbanding Sabah biasa.Tambahan pula hanya puak puak mereka itu yang menguasai sektor pekerjaan di situ.Sesekali saya terserempak mereka juga mampu berbahasa Tagalog apabila melayan pelanggan yang datang dari Fhilipina.
Untuk dijadikan cerita,Rakan saya itu mempunyai seorang abang yang sudah berkahwin.Mempunyai empat anak dan seorang ada bersama mereka.Manakala tiga lagi berada di kampung.Isterinya juga bekerja di sekitar Bukit Bintang.Sekali sekala saya lihat mereka ini seperti pasangan bahagia.Sekali sekala juga sampai ke telinga saya bahawa mereka ini sudah acapkali bergaduh di khlayak ramai.
Rakan saya itu sering menjadi orang tengah samada meleraikan atau memotivasikan mereka.Sampai satu tahap beberapa minggu yang lalu mereka bergaduh lagi hingga membawa kepada perceraian yang bukan sahaja satu atau dua bahkan lebih tragis lagi adalah talak tiga.Hari ini saya mendapat berita dari rakan saya itu mengatakan mereka kini telah bersatu kembali duduk sebumbung seperti hidup suami-isteri seperti biasa.Dalam hati saya berkata, "alangkah mudahnya hidup mereka".
Pekerja rakan saya adalah seorang perempuan juga dari 'sana'.Beliau mempunyai seorang sepupu perempuan yang turut bekerja di sekitar Bukit Bintang.Arakian cerita sepupunya itu telah berkahwin dengan seorang warga tempatan yang berbangsa cina(mungkin bekas bosnya)dan memiliki seorang anak.Lebih malang ialah perempuan itu dengan mudah mengadaikan agamanya untuk menikmati kehidupan bersama lelaki berbangsa cina itu.Mengikut ceritanya beliau dikatakan telah memeluk Kristian ekoran mahu berkahwin dengan lelaki itu.Saya cuma kurang pasti mahkamah manakah yang telah membenarkan mereka untuk berbuat begitu.
Sekali lagi hati saya berbisik,"inilah hakikat kehidupan di Malaysia ini".Setakat mana kita mampu untuk bertindak..?
No comments:
Post a Comment