Tuesday, December 23, 2008

Dakwah gaya PAS

Ketika ini PAS sedang mempersiapkan diri untuk berhadapan satu lagi 'perang' pilihanraya yang akan menentukan kawasan jajahan.Atau boleh juga kita sebut sebagai usaha memperluaskan empayar Islam di bumi Malaysia.Adapun kerajaan yang memerintah ketika ini telah dilabel sebagai tidak begitu memperjuangkan ketuanan Islam malah sering dibuktikan sikap yang suka berdolak dalik apabila berhadapan dengan isu yang melibatkan kepentingan Islam.

Justeru itu PAS bangun 'berijtihad' untuk memperbetulkan keadaan melalui saluran 'demokrasi' untuk menguasai urusan pemerintahan negara dengan cara yang telah terbukti adil dan selamat iaitu Islam.Ijtihad sebagaimana ianya,samada salah atau betul tetap akan membawa pahala kepada muslim yang berijtihad.

Walaupun berhadapan dengan kritikan tentang ijtihad PAS itu,mereka tetap memilih jalan demokrasi sebagai salah satu wadah dalam perjuangan.Sekalipun mereka sebenarnya amat menyedari akan kelemahan sistem demokrasi,mereka seolah olah tiada pilihan dalam mengangkat roh perjuangan yang diyakini sepanjang proses pemahaman mereka terhadap Islam.

Tsunami 2008 telah banyak mengubah lenskap politik negara,yang mana kedapatan beberapa negeri telah jatuh di bawah pemerintahan kerajaan PR,kerajaan yang telah menggabungkan antara tiga parti PAS,KEADILAN dan DAP.Malah PAS itu sendiri telah lama menguasai Kelantan seterusnya yang terbaru Kedah dan Perak.Sekalipun Perak bukanlah negeri yang dikuasai sepenuhnya oleh PAS tetapi PAS berpeluang untuk menjadi ketua kerajaan oleh sifat melayunya yang sering menjadi pilihan utama kepada Sultan,kuasa tertinggi bagi sesetengah negeri melalui perlembagaan.

Justeru melalui KUASA itu bagaimana PAS telah BERTINDAK...?Sebagai seorang MUSLIM dan juga ahli PAS saya sentiasa dituntut untuk bermuhasabah.

1 comment:

Anonymous said...

Maaf, saya tidak dapat diyakinkan bahawa PAS telah berijtihad dengan sebenar-benar kaedah berijtihad. Belum ada satupun kajian komprsehensif yang mendalam oleh PAS tentang demokrasi. Yang ada hanyalah pendapat dan sangkaan sahaja. Dan saya juga, maaf, tidak yakin bahawa PAS mampu berijtihad dalam hal besar sebegini. Sebab tiadapun yang layak berijtihad. Maaf, saya lihat PAS belum memahami demokrasi dengan sebetul-betul pemahaman. Maaf, jangan cepat-cepat mengecap saya sebagai Hizb ut-Tahrir; saya bukan HT, saya adalah saya.

Maaf, yang saya nampak sekarang ini ialah dik kerana fitnah yang melanda akhir zaman ramai dari kita yang dah tak nampak jalan yang sepatutnya kita tempuh. Bila kita telah bersama-sama demokrasi, kita merasakan seolah-olah tiada jalan lain lagi untuk menegakkan Agama.

Inilah masaalahnya...

Dan yang paling menyedihkan pandangan ini dipegang oleh sebahagian besar dari ilmuan yang dididik dalam aliran Agama. Yang menyebabkan kerugian besar kepada Agama itu sendiri.