Kesedaran tentang sebuah tuntutan membuatkan saya sering berfikir untuk mencari jalan bagaimana merealisasikan azam yang tersemat.Belajar dan menimba ilmu serta cuba untuk menerapkan segalanya dalam kehidupan.Perjalanannya sudah pasti sukar dengan berbagai bentuk dugaan dan mehnah yang harus ditempohi.Kadangkala kuat dan kadangkala jiwa merempuh hari hari yang agak murung dan mendung.
Saya selalu teringat akan pesanan dan tunjuk ajar guru yang sering mewasiatkan,betapa sebuah institusi itu haruslah bermula dari diri sendiri.Sekaligus teringat juga akan pesan yang sama semasa menghadiri kursus GSC sebulan yang lalu.Sekalipun wadahnya berbeza tetapi matlamatnya tetap sama.
Persiapkan diri,tetapkan matlamat dan usahakan pendekatan sehingga segala perancangan tercapai.INGAT...Tiada Lagi ALASAN.
No comments:
Post a Comment