Tingkahlaku Mukhriz dalam UMNO dilihat sudah lama menentang arus,sejak ayahnya Mahathir mula menyerang Pak Lah lagi,paling lantang selepas UMNO dan kerajaan BN kalah teruk dalam pilihanraya march lalu,tindakannya menulis surat peribadi kepada Perdana Menteri agar bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan ekoran dari kekalahan teruk dalam pilihanraya hanya sekadar diminta untuk menjelaskan pendirian sebenar tentang isi surat tersebut oleh Pemuda UMNO yang akhirnya menyaksikan beliau tidak dikenakan sebarang tindakan,malah pemuda UMNO 'berpuas hati'dan 'menerima penjelasan' yang diberikan olehnya.
Sejak bila pula UMNO 'menghalalkan budaya menentang arus' begitu..?
Jelas kelihatan dalam tindakan Pemuda UMNO itu,Mukhriz seolah olah mendapat perlindungan daripada ketua pemuda Hishamudin Hussin yang biasanya begitu garang apabila timbulnya isu yang dilihat menentang arus lebih lebih lagi apabila melibatkan Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Terbaru beliau mengulangi desakan setelah menyatakan pendiriannya untuk terus kekal di dalam UMNO berbanding ayahnya yang telah mengisytiharkan untuk keluar dari UMNO dengan alasan tidak lagi yakin dengan presiden UMNO Abdullah Hj Ahmad Badawi.
Lantaran dari tindakan Mukhriz itu,Ketua pemuda Hishamudin Hussin hanya menyatakan rasa kecewanya sahaja tanpa ada sebarang kenyataan yang boleh membuatkan Mukhriz berasa 'segan' atau berusaha untuk menarik balik kenyataannya itu.Samada ketua pemuda itu memang 'lembik' atau beliau adalah antara orang yang bersekongkol menggunakan Mukhriz untuk mendesak Pak Lah agar meletakkan jawatan.
Apa sudah jadi dengan UMNO sekarang ini..?
Pemimpin pemimpin UMNO seperti Najib,Muhyidin dan Hishamudin sebenarnya sedang berlakon di hadapan RAKYAT bahawa mereka masih lagi bersama dengan Pak Lah sedangkan pada hakikatnya mereka sedang mencari jalan bagaimana untuk menyingkirkan Perdana Menteri yang dikatakan lemah itu.
Adakah mereka benar benar berusaha untuk memulih dan mempertahankan UMNO dari terus pecah dan karam di lautan bergelora..?
Siapakah yang bertindak sebagai hulubalang UMNO dalam mempertahankan presidennya dari terus diperkotak katikkan oleh ahlinya sendiri..?
Nazri Aziz,Sharir Samad,Muhammad Taib dan Rafidah Aziz dilihat kadang kadang bangun juga bersuara tetapi suara mereka tidaklah begitu konsisten membuatkannya tidak begitu berkesan untuk menjinakkan mereka yang dilihat cuba untuk melawan arus.
Di mana Khairy ketika ini..?barangkali si menantu kesayangan ini sedang sibuk menyediakan bunga manggar untuk menyambut kedatangan Ezam yang mungkin dilihat mampu untuk berbuat sesuatu terhadap golongan penentang seperti Mahathir dan Mukhriz.
Yang nyata UMNO memang dilihat begitu lemah ketika ini,lautan begitu bergelora sedangkan kapal banyak yang telah rosak serta mengalami kebocoran di sana sini.Apa yang cuma boleh saya perkatakan di sini ialah:Alahai nakhoda...
No comments:
Post a Comment