Sesuatu yang agak menarik juga apabila terlalu ramai yang bersetuju mengatakan bahawa gerak kerja Pak Lah dilihat terlalu lemah sebagai perdana Menteri dan presiden UMNO.Walaupun saya setuju juga mengatakan bahawa Pak Lah tidak begitu sesuai untuk mengisi jawatan itu,tetapi sebagai rakyat biasa saya tidak mampu untuk melakukan sesuatu agar beliau berhenti dari memegang jawatan tersebut sebagaimana yang sedang dilakukan oleh ramai pihak di luar dan di dalam UMNO khususnya mantan Perdana Menteri 'Mahathir and the son' sendiri.
Bagi saya Pak Lah berhak untuk mempertahankan 'egonya' daripada terus digugat oleh sesiapapun.Itu adalah sebahagian daripada perjuangan hidupnya yang telah 'ditakdirkan' memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dan sekaligus Presiden UMNO.Oleh kerana kedudukannya yang telah berada di situ,jadi saya hanya boleh mengulas sahaja(setakat ini yang mampu)bacaan politik semasa mengikut pemahaman sendiri.
Keadaan politik semasa adalah begitu menarik untuk diikuti.Setelah Tsunami politik melanda berbagai lagi ujian dan badai yang menerjah ke dalam diari politik Pak Lah.Daripada desakan meletakkan jawatan oleh 'Mahathir and the son',peralihan kuasa kepada Najib,cabaran Ku li untuk jawatan presiden,lompat parti dan sebagainya,semuanya menuntut untuk ditangani dengan teliti satu demi satu untuk survival...
Dalam banyak tekanan itu,gangguan daripada mantan Perdana Menteri dan anaknya Mukhriz adalah antara yang mendapat perhatian terus darinya.Hari ini Pak Lah melangkah setapak lagi kehadapan dalam usaha mengekang 'kumpulan pelampau' daripada terus menggugat kedudukan ekslusifnya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.Siang tadi beliau mengumumkan penerimaan masuk Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO.Ada nada keceriaan dari suara dan riak muka.Mungkin baginya itulah kejayaan pertama daripada usaha membebaskan badan kehakiman dan badan pencegah rasuah walaupun ianya baru pada peringkat pengumuman yang belum tentu sejauh mana kesungguhan dalam perlaksanaannya nanti.Pengumuman itu barangkali sudah cukup untuk membuatkan Ezam berpuas hati dan merasakan tidak ada ruang lagi untuk berjuang di luar melainkan melalui UMNO juga.
Ezam adalah bakat bersinar yang 'terlepas pandang' oleh penggilapnya sendiri Anwar Ibrahim.Kemasukan Ezam ke dalam UMNO sudah tentu akan menjawab 'kebuntuan yang sengal' dalam pemuda UMNO ekoran tersepitnya Khairy antara Hishamudin,Mukhriz dan Khir Toyo.Sudah tentu harapan akan disandarkan kepada Ezam untuk barangkali membantu 'menjaringkan gol' dari hantaran cantik Khairy ke gawang lawan.Suara Ezam yang terkenal lantang dan konsisten semasa berjuang bersama Keadilan dulu pasti akan sedikit sebanyak boleh 'membantu'.Itupun andai kehadirannya dalam UMNO kini boleh diterima ramai sebagaimana beliau sebelum dipecat bersama Anwar oleh Mahathir dulu.
Mampukah Ezam berperanan membantu Pak Lah dalam usaha mengekang pihak lawan samada dari luar dan dalam UMNO..?sama samalah kita ikuti episod seterusnya nanti.
No comments:
Post a Comment