Seperti mana Anwar,Ezam juga adalah seorang tokoh yang saya kenal dari jauh,kedua duanya mempunyai daya tarikan yang hampir sama sekalipun kelebihan harus diberikan kepada Anwar kerana pengalaman dan kerusi 'tok guru'nya kepada Ezam dalam kehidupan berpolitik.
Dalam usia 40an,beliau dilihat lebih matang dan berani untuk berdiri di atas kaki sendiri tanpa Anwar berbanding Azmin yang masih menumpang tuah dan karisma Anwar melalui PKR.Walau bagaimana pun faktor kecewa adalah jawapan yang paling dekat kepada persoalan mengapa beliau sanggup keluar meninggalkan PKR parti yang pernah beliau menjadi antara orang yang sama sama mengasaskannya dulu semasa Anwar masih di dalam penjara.
Kekecewaannya berasas kerana setelah berpenat lelah dengan segala macam pengorbanan,tiba tiba ada rakan yang lebih dulu untuk menawarkan diri dalam merebut jawatan tertinggi,malah kekecewaannya bertambah apabila hasrat itu turut disokong oleh gurunya sendiri Anwar,sekaligus sokongan itu secara moralnya menghantar diri beliau dalam kelompok mereka yang kalah.Saya juga pasti akan merasa kecewa andai berada pada kedudukan beliau pada waktu itu.
GERAK hanyalah berperanan sebagai tempat untuk mengubat hati yang luka,mengisi kekosongan agar tidak terlalu dihambat oleh rasa yang kecewa.
Selepas pilihanraya 8 march,tsunami politik menyaksikan PKR dan pakatan pembangkang menang banyak kerusi termasuk menguasai lima negeri malah ada ura ura mengatakan bakal mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan.Dalam tempoh kegembiraan rakan rakan menyambut kemenangan besar itu di mana Ezam berada..?Sepi pasti makin mencengkam..
Sesuatu harus difikirkan segera agar tidak terlalu jauh ketinggalan di belakang,untuk tunduk kembali menumpang kasih dalam PKR pantang sekali,manakala PAS juga nanti lambat laun akan bersemuka juga dengan wajah wajah yang melukakan melalui kerjasama dalam Pakatan Rakyat.Lalu jalan yang paling selamat ialah UMNO yang sebenarnya tidak ada lagi seteru yang besar sebagaimana dulu sewaktu keluar bersama Anwar kerana tidak bersetuju dengan Mahathir.
Selepas Mahathir,tiada lagi seteru di dalam UMNO,Pak Lah sendiri bukanlah menjadi satu halangan yang besar dalam perjuangan politiknya andai dinilai kembali kepada asas keluarnya beliau dari UMNO dulu.Keluarnya Mahathir dari UMNO adalah satu saat yang paling sesuai dan relevan untuk Ezam kembali berjuang melalui UMNO sebagaimana dulu.Tambahan lagi dengan dasar terbaru Pak Lah yang bercadang untuk memulihkan sistem kehakiman dan badan pencegah rasuah amatlah bersesuaian dengan apa yang ingin diperjuangkannya dalam GERAK selama ini.
Malah perinsip Ezam itu tidak pernah tersasar dengan perinsip dan pegangan politik Anwar sendiri yang selalu mengungkapkan bahawa beliau tidak pernah memusuhi UMNO dan akar umbinya,bahkan tidak setuju dengan sikap beberapa kerat pemimpin tinggi yang rasuah.Kepada Ezam..selamat meneruskan perjuangan.
No comments:
Post a Comment