Thursday, May 08, 2008

Majlis merisik Anwar di Parlimen

Debar hati makin terasa,
hari bahagia hampir tiba,
rombongan merisik telahpun bersua,
berbalas pantun dengan bahasa,
berbunga bunga gerangan adanya,
suasana rumah semakin ceria,
semuanya tersenyum semangat teruja,
lagak pengantin akan daranya.

Zahid Hamidi pemula bicara,
menyimpul bahasa buat si dara,
agar teruja dan berani bersuara,
kalau suka katakan suka.

Anifah Aman menyambut kata,
menguntum bunga golak di jiwa,
rumah idaman di hari bahagia,
tidak bongkak biar sederhana,
banglo indah bukan matlamatnya,
asal aman jiwa dan raga,
harapan semua rakyat jelata.

Ibrahim ali wakil si janda,
buka cerita akan pengalamannya,
kini berdiri 'bebas' bersuara,
memimpin si dara menurut langkahnya.
dara turut merasa hiba,
kerana kakanda teman berbicara,
bakal bercerita gelora rumahtangga.

Rindu dendam di belakang penjara,
hari ini berteman si nona,
esok pula apakah gerangannya,
singgah sana menteri perdana.

'menteri memanda' gundah gulana,
entah mengapa akan lagaknya,
jangan jangan gila talak tiga,
tiada calon si cina buta.

Dihujung majlis ada suara,
entah dari mana datang arahnya,
cuma bertanya akan rohnya,
Altantuya nama gelarannya,
menagih tempat dalam singgah sana,
manusia apa galas tanggunjawabnya.

No comments: