Malah lebih kepada unsur keganasan.Kita sedia maklum pemain bolasepak di Eropah mendapat hasil yang lumayan dari kontrak permainan mereka dengan sesebuah kelab bolasepak.Ini boleh dilihat dari berita yang agak panas sebelum ini tentang tawaran perpindahan yang sangat lumayan pemain bolasepak Brazil Kaka,beliau telah ditawarkan harga berbilion ringgit oleh Mancester City untuk berpindah dari Milan,malangnya tawaran yang boleh dikatakan 'melampau' itu telah ditolak oleh beliau untuk kekal bersama Milan.
Nampaknya suasana itu kini boleh kita lihat di Malaysia,bezanya di sana melibatkan bolasepak tetapi di sini ia melibatkan politik yang dijadikan sumber perniagaan yang tidak bermoral oleh segelintir pihak khususnya UMNO.
Dua adun PKR yang 'menghilangkan diri' dikatakan telah ditawarkan Rm10 juta setiap seorang untuk berpindah pasukan.Tidak dipastikan kehilangan mereka itu adalah melalui proses culikan atau kerelaan sendiri.Adalah menjadi perkara yang telah tersebar di sini bahawa kes penculikan ahli politik memang pernah berlaku terhadap adun dari PAS Kelantan sebelum ini.
Terbaru muncul lagi dakwaan yang melibatkan harga yang lebih tinggi Rm50 juta untuk kerja kerja melobi sahaja tidak termasuk 'yuran perpindahan'.Dakwaan tersebut telah keluar dari surat akuan sumpah ketua bahagian Ipoh Barat PKR Fauzi Muda yang mendakwa telah ditawarkan wang sebegitu rupa oleh pemimpin atasan UMNO untuk melobi adun PKR untuk berpindah ke pasukan BN.
Tidak cukup dengan itu,tawaran perpindahan juga turut 'dibrutalkan' lagi dengan bentuk ugutan dan perangkap yang serba melemaskan mereka yang menjadi mangsa.Berita ugutan ini memang sering kita dengar dari kes jenayah tetapi kini telah menular ke dalam sistem politik samseng ala Malaysia.
Semalam saya secara kebetulan berpeluang menonton movie di astro,kisahnya tentang kumpulan adik beradik yang melakukan jenayah di Dallas,mereka cuba untuk menguasai kawasan dengan kekerasan polis dan mafia,mereka cuba untuk membeli perniagaan warga tempatan dengan cara paksaan dan jenayah.Cerita itu mengingatkan saya betapa dalam percaturan politik setempat,pasti kedapatan unsur unsur jenayah yang melibatkan kumpulan samseng malah pihak polis itu sendiri.
Persolaannya negara kita Malaysia ini BAGAIMANA..?
No comments:
Post a Comment