Pertengahan bulan kedua sebagai warga pendidik telahpun berlalu.Belum kelihatan mempunyai peluang untuk membawa gerakan dan semangat seperti tiga tahun yang lalu di Ampang.Barangkali proses menyesuaikan diri kali ini agak perlahan berbanding dulu.Malah sikap 'berhati hati' yang kurang baik pada diri saya itu amat mudah dikesan seperti biasa.Harapan sentiasa mekar untuk 'benih' yang sentiasa segar dalam jiwa yang masih bernyawa ini.
Saya sering memujuk hati agar mengakui betapa pelajar pelajar yang sedang membesar di sekolah bukanlah satu jaminan kepada berjayanya usaha usaha mendidik kearah pembentukan jatidiri seorang muslim sejati.Sudah sedia maklum mereka juga telah punya budaya hidup membesar dalam persekitaran keluarga sendiri yang agak sukar untuk disentuh oleh warga pendidik seperti saya.Namun jurang itu bukanlah satu alasan yang akan membantutkan usaha usaha ke arah mendidik dan membentuk jatidiri mereka sepertimana yang telah dicitakan semua.
Warga As -Syakirin yang masih muda remaja itu apabila dilihat sekali imbas memanglah menampilkan berbagai watak dan latar belakang keluarga yang berlainan.Andai tiada 'arus' yang betul nescaya mereka pasti akan tercicir juga seperti yang lain.Dikalangan mereka ada yang sudah biasa merokok,cenderung kepada gaya hidup liar,jiwa kosong dan pencarian jatidiri yang salah itu biasa kelihatan dari bahasa badan mereka sehari hari.
Saya cuma sasarkan bilangan mereka kepada 300 orang sahaja rendah dan menengah.Malah apabila disenarai pendekkan kepada pelajar menengah, ia barangkali cuma mencapai bilangan 100 orang pelajar sahaja.Bilangan 300 itu terlalu sedikit berbanding ramai lagi yang berada di luar sana dalam masyarakat.Barangkali 300,000 orang untuk Shah Alam sahaja atau satu juta orang untuk rakyat Selangor secara keseluruhannya.
Selangor sebagaimana sedia maklum adalah sebuah negeri di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat yang mana PAS sebagai sebuah gerakan Islam adalah salah satu anggota parti yang bergabung untuk mentadbir.Bermakna keterlibatan PAS adalah secara langsung dalam urusan pentadbiran, sekaligus bertanggungjawab mendidik dan mencorakkan gaya fikir dan budaya hidup mereka selepas ini.Bagaimana PAS mengurus semua itu..?
Sebagaimana saya merasa tanggungan yang agak berat mengurus pelajar seramai 300 orang itu,barang sudah tentu PAS akan merasa lebih berat dan mencabar lagi dalam mengurus dan mendidik rakyat yang mempunyai rencah hidup yang lebih rumit dan berbagai.Apa khabar wakil rakyat di setiap kawasan adun dan parlimen..?Sudah tentu anda akan terpanggil untuk bersama kami juga sebagai warga pendidik malah dengan tugas yang lebih besar dan mencabar.Atau anda bagaimana..?
No comments:
Post a Comment