Sekali lagi demokrasi menjadi isu yang saya pilih dalam menggambarkan suasana politik semasa dewasa ini.Demokrasi yang telah kita pilih untuk menjadi wadah dalam meneruskan cita cita perjuangan kita sebagai seorang hamba yang muslim.
Melalui demokrasi kita memilih untuk mempercayai SPR.Demokrasi juga memaksa kita untuk merujuk kepada budi bicara Sultan yang entah bagaimana jiwa dan raganya.Hasilnya, kita juga yang akan menanggung beban dari sistem yang telah kita junjung bersama itu.Usahlah ditangiskan pemergian mereka yang telah mengkhianati kerana kita telah 'beristikharah' untuk memilih mereka sebagai panglima yang menjaga benteng perjuangan di persempadanan musuh.
Saya pasti akan terus melontarkan persoalan,adakah kita telah memilih 'hikmah' dalam menentukan rentak dan strategi perjalanan..?
No comments:
Post a Comment