Suasana hangat di Perak belum lagi reda,walaupun ianya belum dianggap kalah tetapi seakan menjurus kearah itu,pembelotan tiga adun sebelah Pakatan Rakyat sudah mengambarkan kekalahan pertama perjuangan Islam.Ataupun kita boleh juga melupakan isu kalah atau menang kerana apa yang lebih penting dalam perjuangan kita bukanlah diukur dari kalah dan menang malah keredhaan ALLAH swt itu adalah segalanya.Persoalan kalah dan menang hanya akan ditentukan pada hari pembalasan nanti.
Sejarah Islam lebih memaparkan kepada kita tentang musibah dan ujian yang menimpa keatas perjuangan hidup mukmin.Ujian dan musibah itu boleh saje berupa kehilangan harta benda,kuasa dan anggota keluarga yang pasti akan membuatkan seseorang mukmin itu bersedih dan bermuram duka.Dengan itu bolehlah juga kita sifatkan apa yang perlaku di Perak itu sebahagian dari ujian dari ALLAH swt.
Tanpa mempertikaikan tindakan dari pihak Umno itu memang tidak bertamadun,kita sepatutnya tidak merintih kerana itu kerana kita tahu sifat dan kehidupan mereka memang begitu,malah itu adalah sebahagian dari tugas kita untuk menanganinya sebagai sebuah gerakan Islam yang sentiasa komited untuk berjuang.
Untuk memujuk hati serta muhasabah diri,sayugianya kita merenung kembali apa yang menimpa kepada tentera islam yang kalah dalam peperangan menghadapi musuh.Mereka kalah hanya kerana meninggalkan solat malam dan sunnah bersugi yang menjadi sebahagian dari sunnah yang biasa dilakukan oleh Rasulullah saw tetapi telah ditinggalkan oleh para sahabat semasa perang yang mendatangkan akibat ALLAH swt terlepas pandang terhadap mereka dengan tidak menurunkan bantuan yang selalunya akan membantu kemenangan mereka terhadap musuh.
Untuk isu di Perak,apakah yang telah TERTINGGAL..?
No comments:
Post a Comment