Saturday, March 01, 2008

Pilihanraya untuk apa

Modul baru ini akan memastikan lanun rasuah, YB kaki tipu, YB songlap duit, YB kaki AP, YB barua cukong, YB jual tanah orang kampung, YB runtuh masjid, YB runtuh kuil, YB rampas mayat, YB kaki ampu, YB pembunuh – semuanya akan digugurkan.

DARI JELEBU
Hishamuddin Rais
Pelik tetapi benar. Hairan lagi menghairankan. Takjub lagi menakjubkan. Setelah mendapat ilham – bukan mimpi – Abdullah Badawi telah membubarkan parlimen. Tarikh pilihan raya ke 12 untuk Malaysia di umumkan.
Sebelum parlimen di bubarkan warga Malaysia secara resmi telah mendengar bahawa satu pembaharuan akan di bawa melalui pilihan raya ke 12. Teknik dan modul baru akan digunakan oleh pemimpin parti pemerintah untuk menilai siapa yang akan di pilih untuk menjadi YB.
Modul baru ini akan memastikan lanun rasuah, YB kaki tipu, YB songlap duit, YB kaki AP, YB barua cukong, YB jual tanah orang kampung, YB runtuh masjid, YB runtuh kuil, YB rampas mayat, YB kaki ampu, YB pembunuh – semuanya akan digugurkan.
Bila berita ini dibaca umum, rakyat seantero negara cukup gembira. Ini tanda bahawa rakyat Malaysia ingin PERUBAHAN dan PEMBAHARUAN. Orang ramai akan beralih. Sebenarnya rakyat dan pengundi akan menyokong sesiapa sahaja yang akan membawa perubahan ke atas nasib mereka.
Heboh dan heboh dari warung judi hingga ke bilik-bilik CEO tentang siapakah muka-muka baru yang bakal menjadi YB mereka. Orang ramai memang telah jelak dengan muka-muka lama seperti Samy Veloo, Khir Toyo, Rafidah Aziz, Nazri Aziz, Aziz Shamsudin, Tengku Adnan, Musa Sabah, Anuar Musa, Ali Rustam, Awang Adik, Mat Nor Yakob, Sharizat Jalil, Hishamudin Keris - sebahagian contoh nama-nama malaon yang telah menjelakkan lagi memuntahkan rakyat.
Muka-muka ini adalah anak-anak didik Mahafiraun. Muka-muka inilah yang selama 22 tahun ini telah menghuru harakan negara. Muka-muka lama inilah yang telah menyusahkan kehidupan rakyat. Muka-muka lama ini yang telah secara resmi merompak, menjarah dan melanun harta negara.
Rakyat berdebar-debar macam anak sekolah nak pergi jumpa Tok Mudim. Rakyat tertunggu-tunggu siapakah muka-muka baru ini. Rakyat menunggu perubahan. Suspens dan seram.
Tup tup… hairan lagi menghairankan.Pelik tetapi benar.Takjub lagi menakjubkan.Percaya macam tak percaya.Rakyat tersentak. Rakyat terdudukMata buntang di kaca TV.Yang rabun bercermin mata.Yang pekak memakai earphone.Yang buta huruf tertanya-tanya
Rupa-rupanya Abdulah Badawi telah memilih malaon-malaon dan lanun-lanun lama untuk menjadi calon. Ciss! Tertidur lagi kah kau wahai Abdullah Badawi –ku?
Apa jadi dengan ilham?Apa terjadi dengan muka baru?Apa terjadi dengan yang rasuah?Apa terjadi dengan penjual AP?Apa terjadi dengan peruntuh masjid ?Apa terjadi dengan peruntuh kuil?Apa terjadi dengan pencuri balak?Apa terjadi dengan barua Mahafiraun?
Pelik tetapi benar inilah. Abdullah Badawi tidak memiliki kudrat dan iradat untuk membuat apa-apa perubahan. Jadi apa tujuan pilihan raya 2008 ini? Apa gilanya Abdullah Badawi yang mendapat mandat besar pada tahun 2004 dahulu tiba-tiba belum sampai 3 tahun sudah hendak membuat pilihan raya.
Pilihan raya berbilion ringgit ini kenapa di adakan tanpa muka-muka baru yang dijanjikan? Inilah teka teki yang perlu kita cari jawabnya.
Hanya ada SATU SEBAB kenapa pilihan raya tahun 2008 ini dijalankan.
SEBABNYA: Pilihan raya tahun 2008 ini bertujuan untuk menafikan Anwar Ibrahim dari bertanding. Sesudah 14hb April 2008 ini Anwar Ibrahim boleh bertanding. Abdullah Badawi mengatakan bahawa dia sudah terlupa dengan Anwar Ibrahim. Terlupa macam mana ? Kalau terlupa pasti nama Anwar pun tidak boleh diingat. Kalau terlupa kenapa pilihan raya ini di buat sebelum 14 April 2008?
Ciss! Tertidur lagikah kau wahai Abdullah Badawi-ku?
Sebenarnya pilihannya 2008 ini cukup menguntungkan Barisan Rakyat – PKR/DAP/PAS. Penyokong dan penaja Barisan Rakyat harus tersenyum gembira. Nama-nama maloan lama ini seharunya di baca sebagai pembantu yang baik dan pembantu setia.
Nama-nama yang di benci rakyat ini akan menjadi pemangkin undi yang akan membawa masuk undi ke dalam peti undi Barisan Rakyat. Lebih bayak poster mereka di pasang lebih muntah orang ramai.
Ingat bagaimana rakyat benci dengan Mahafiraun hinggakan apabila ada gambar Mahafiraun dalam akhbar, akhbar ini tidak ada pembeli. Ingat bagaimana apabila muka Mahafiraun di kaca TV Mak Cik Felda akan beralih chanel. Ingat bagaimana apabila muka Sami Veloo, Rafidah Aziz, Sharizat Jalil atau Nazri Aziz terpampang di TV – kaca TV akan penuh dengan air ludah. Inilah contoh rakyat ingin pembaharuan.
NOTA INGATAN : Di hari pertama apabila nama-nama calon di umumkan bursa saham Kuala Lumpur jatuh 1.7%. Kenapa bursa saham Kuala Lumpur jatuh walhal bursa saham di New York, Hong Kong, Tokyo, Korea, London, Singapura, Frankfurt – semua nya naik.
Dua hari sesudah nama-nama bakal YB diumumkan bursa saham Kuala Lumpur jatuh lagi. Kenapa ini berlaku ? Jawabnya – kerana para pelabur terperanjat dan terpinga-pingat macam tidak percaya apabila melihat lanun-lanun dan penyamun tarbus yang sama akan kembali menjadi YB.
Lalu orang-orang Melaka membuat seloka gurindam untuk ingat-ingatan ke anak cucu cicit:
Dolah Badawi mendapat ilhamEntah tertidur entah tersembamLanun lama jadi pilihanTak tahu nilai batu dan intan
Yang bodoh naik ke atasYang alim jatuh ke bawahYang jujur di buang kerjaYang bodek naik pangkatYang rasuah jadi YBYang bijak di buang universitiInilah angkara yang membuat rakyat benci.

No comments: